
Daging kambing enak dimakan sama ada secara panggang mahu pun dalam sajian kari kambing serta sup kambing.
Namun dalam menikmati keenakan itu, tak ramai yang tahu bahawa daging kambing ini memiliki khasiat semulajadinya yang tersendiri seperti yang MASKULIN senaraikan di bawah ini:
1. Rendah kolestrol
Kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging-daging lain sekali gus menjadikan daging kambing sebagai pilihan makanan alternatif daging merah yang terbaik.
BACA: Selain Bersenam & Jaga Makan, Anda Boleh Minum 6 Jenis Teh ini Sebagai Minuman Diet
2. Rendah lemak
Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati daging kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).
3. Rendah kalori
Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).
4. Lemak tidak tepu
Kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain. Ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tidak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.
BACA: Untuk Jaga Kesihatan, Elak Makan 6 Spesis Ikan Ini, Ia Tinggi Kandungan Merkuri!
5. Asid amino
Asid amino adalah sumber protein yang ideal. Daging kambing mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.
Jadi, jom makan daging kambing!
Tambah Pahala Dengan Melakukan 10 Perkara Sunat Pada Hari Jumaat

Salam Jumaat kepada pembaca MASKULIN semua. Seperti mana yang kita tahu, Jumaat merupakan hari yang digelar sebagai Saiyyidul Ayyam atau penghulu bagi segala hari.
Panggilan itu diberi kerana terdapat pelbagai keberkatan dalam hari Jumaat. Lebih istimewa terdapat pelbagai amalan sunat yang boleh kita lakukan pada hari tersebut.
Mungkin anda sudah sedia makum sesetengah perkara di bawah namun anggaplah ini sebagai perkongsian untuk kita sama-sama ingat demi kesejahteraan hidup.
POTONG KUKU
Memotong kuku merupakan satu amalan untuk menjaga kebersihan diri. Untuk dapat lebih faedah, potonglah kuku pada hari Jumaat kerana ia merupakan amalan sunat. Lagi pun makan menggunakan tangan antara amalan Sunnah dan menjadi keperluan untuk kita menjaga kebersihan tangan bagi mengelakkan tangan yang kotor memasuk makanan ke dalam mulut.
MANDI SUNAT
Mandi Sunat Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.”
BACA SURAH AL-KAHFI
Membaca surah al-Kahfi ini antara surah yang menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajal dan pelbagai lagi. Tambahan pula, surah ini terdiri daripada kisah penduduk gua, pemilik dua kebun, Nabi Musa dan Nabi Khidir serta kisah Zul Qarnain yang mengandungi teladan dan pengajaran yang banyak.
Rasulullah bersabda,
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim)
BERSEDEKAH
Antara amalan yang paling mulia ialah bersedekah. Dan bersedekah pada hari Jumaat adalah lebih utama dibanding dengan hari-hari yang lain.
BACA: Petua Nak Lembutkan Hati Pasangan, Rahsianya Ada Dalam Solat Berjemaah
PAKAI PAKAIAN ELOK
Golongan lelaki terutamanya, jika nak pergi solat Jumaat apa kata pakai baju Melayu atau jubah dengan lengkap dan cantik. Memakai pakaian elok sangat dituntut terutamanya pada ketika hendak menunaikan solat.
GUNA WANGI-WANGIAN
Antara amalan sunat pada hari Jumaat ialah memakai wang-wangian. Akan tetapi, wangian yang dipakai hanya cukup sekadar keperluan kerana jika berlebihan dikuatiri akan menganggu jemaah lain yang turut sama menunaikan solat.
BANYAKKAN ZIKIR & DOA
Melakukan zikir dan dia tak terhad selepas solat sahaja. Malah, ia sangat digalakkan ketika anda mulakan pekerjaan dan bila selesai melakukannya. Pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab untuk berdoa berdasarkan pendapat majoriti ulama iaitu makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
PERGI MASJID AWAL
Anda sebagai jemaah digalakkan hadir awal ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat dan mendapatkan saf pertama.
Rasulullah S.A.W bersabda,
“Sebaik-baik saf barisan lelaki yang paling depan, dan yang terburuk ialah yang paling belakang, dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir, dan yang terburuk ialah yang paling depan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Tambahan pula, apabila kita hadir awal ke masjid, kita boleh melakukan beberapa amalan sunat lain seperti berzikir, selawat dan membaca al-Quran sebelum menunaikan solat Jumaat.
BERSELAWAT
Kita akan diingatkan setiap kali khutbah Jumaat agar untuk berselawat ke atas Rasulullah S.A.W kerana kelebihan berselawat dan sbagai tanda kasih kita kepadanya.
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali).” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
PERBANYAKKAN SOLAT SUNAT
Kita sangat digalakkan untuk menunaikan solat-solat sunat seperti solat Dhuha dan solat sunat Rawatib. Selain itu, solat sunat untuk bangun sepertiga malam untuk menunaikan solat sunat tahajud dan lain-lain bagi menambahkan amalan sebagai tanda kwtakwaan kita kepada Allah S.WT.
Ia merupakan satu kerugian besar jika kita tak ambil kelebihan ini untuk perbanyakkan amalan pada hari Jumaat. Ketepikan duniawi buat sementara dan sering ingatkan diri agar tak terlepas menunaikan ibadah sunat hari Jumaat ini.
Ais Batu Atau Air Sejuk Dapat Mengembalikan Memori & Bantu Isu ‘Pelupa’!

Tengah panas begini memang terbanyanglah segelas air yang dipenuhi ais batu kan? Memang sedaplah! Tambah pula ais seketul-seketul macam tuh.
Tetapi tahukah anda ais batu sebenarnya ada perbezaan sama ada ais diperbuat daripada air yang di masak atau pon tidak.
Ais yang keruh selalunya dikatkan air yang tidak dimasak dan ditapis. Ais yang jernih pula air yang dimasak & bertapis.
Tahukah anda, ais batu ini ada banyak kesan sampingannya. Antaranya Air batu yang sejuk akan membekukan makanan berminyak di dalam perut serta melambatkan proses penghadaman.
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
Namun banyak juga kebaikan ais batu ini. Antaranya seperti Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
Malah, jika ibubapa membiarkan anaknya mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam.
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan Facebook untuk dapatkan update terkini.
Dr Zubaidi Kongsi 10 Barang Yang Tak Perlu Simpan Dalam Peti Sejuk, Sila Alert!

Kita sering memenuhkan segala benda di dalam peti sejuk kononnya bagi mengelakkan ia mudah rosak. Sedangkan cara kita itu sebenarnya salah kerana peti sejuk bukanlah stor!
Anda harus tahu, tidak semua benda boleh diletakkan di dalam peti sejuk. Ini kerana ada sesetengah barang yang jika disimpan di dalam peti sejuk boleh menjejaskan kualitinya.
Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsi di laman Facebooknya 10 benda yang tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk. Semoga panduan ini dapat membantu anda mengemaskini barang-barang yang ada di dalam peti sejuk.
Ini perkongsiannya. Semoga bermanfaat.
BARANG YANG TIDAK PERLU DISIMPAN DALAM PETI SEJUK
Kita selalu meletak hampir semua barang dan makanan yang kita beli ke dalam peti sejuk. Kadang kala ia boleh merosakkan kualiti bahan makanan itu.
1. Bawang
Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan petisejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering.
2. Kentang
Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar peti sejuk dalam keadaan kering.
3. Sos
Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.
4. Roti
Menyimpan roti dalam peti sejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.
5. Makanan dalam tin
Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
6. Makanan panas
Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.
7. Rempah ratus
Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan petisejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.
8. Mentega
Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.
9. Madu
Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.
10. Bahan bukan makanan
Keluarkan bahan bukan makana seperti bahan kosmetik dari peti sejuk. Ia boleh mencemarkan bahan makanan yang disimpan bersamanya.
Rujukan : News Australia
#HealthDrZubaidi