Salam 1 Ramadan buat anda semua pembaca setia MASKULIN. Selamat menjalani ibadah puasa yang pada tahun ini kita semua lalui dengan suasana yang sangat berbeza.

Di sebalik dugaan negara berdepan penularan wabak COVID-19, kita harus bersyukur kerana masih boleh berpuasa bersama-sama keluarga di rumah. Kepada yang berjauhan mungkin hubungan itu dapat terus diharmonikan dengan jalinan secara digital.

Jika kebiasaan bulan Ramadan meriah dengan juadah dari bazar Ramadan, kali ini mungkin hidangan secara terus dari dapur jadi pilihan ramai.

Berpuasa dengan duduk di rumah sepanjang masa juga punya cabaran berbeza terutama di waktu malam.

Tabiat makan lewat dijangka bakal menjadi rutin ramai orang terutama di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Apatah lagi buat anda yang terpaksa bekerja dari rumah dan perlu menyiapkan tugasa hingga lewat malam.

Makanan pasti jadi buruan sebelum masuk tidur.

IKLAN

Makan Lewat Malam Boleh Menyumbang Ke Arah Pertambahan Saiz Seluar

Pepatah ‘makan malam punca jadi buncit’ tidak diendahkan malah ada di antara mereka beranggapan apa salahnya sekali sekala makan lewat malam.

Namun begitu, anda perlu tahu bahawa selain daripada menjadi buncit, ini antara senarai penyakit yang berpotensi anda hadapi sama :

1. Penyakit kronik diabetes
2. Tekanan darah tinggi
3. Kolestrol tinggi dalam darah
4. Penyakit jantung
5. Kehilangan bentuk badan
6. Lemak terkumpul di pinggang

IKLAN

Ini kerana apabila kita makan, badan akan menghasilkan insulin untuk membawa gula ke dalam darah supaya ia boleh digunakan sebagai tenaga.

Makan Lewat Malam Boleh Menyumbang Ke Arah Pertambahan Saiz Seluar

Bagaimana pun, insulin ini akan berkurangan sewaktu kita tidur dan sekiranya anda makan beberapa minit sebelum tidur, tenaga yang terhasil kurang aktif sekali gus bertukar menjadi lemak.

Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah dan tabiat ini, Maskulin mencadangkan :

IKLAN

1.

Makan malam awal walaupun sesibuk mana sekali pun. Paling kurang di antara pukul 6 petang hingga 8 malam sahaja untuk makanan yang berat.

2.

Jika lapar pada tengah malam, cuba minum dua cawan air atau segelas minuman panas yang rendah kalori dan lemak seperti teh herba tanpa gula atau susu suam.

3.

Bagi individu yang menjaga badan, makan dalam kuantiti yang sedikit namun boleh berulang kali namun jika lapar pada waktu malam, set minda untuk tidur dan rehatkan badan sahaja.

4.

Jangan ada makanan di bawah tudung saji atau makanan ringan yang mudah dicapai kerana ia antara faktor kenapa anda mudah ‘tergoda’ untuk makan pada waktu malam.

5.

Segera berus gigi selepas makan. Ia akan membuatkan anda berfikir dua tiga kali untuk berus gigi sekali lagi jika mahu makan pada lewat malam.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI