Nasi adalah makanan ruji yang memang sudah sebati dengan kehidupan kita di Malaysia. Pada waktu pagi sahaja pun tengoklah berapa benyak jenis juadah nasi yang boleh kita beli dan makan.
Begitu juga dengan makan tengahari. Pelbagai lauk-pauk yang menjadi hidangan santapan makan yang disertakan dengan nasi. Dan malam pula usah ceritalah, memang meriah dengan pelbagai menu nasi.
Tapi sejak kebelakangan ini ramai orang terutamanya yang ingin menurunkan berat badan mula menjauhi nasi. Tak keterlaluan MASKULIN katakan mereka juga anggap nasi ini sebagai ‘musuh’ utama yang membuatkan berat badan naik sebelum itu.
NASI TAK SALAH
Ada betul dan ada salahnya. Yang betulnya ya, nasi boleh mengakibatkan berat badan naik tetapi jika ia diambil dengan berlebihan. Dan salah jika anda nak anggap nasi itu sebagai musuh. Nasi tak pernah salah. Anda boleh makannya setiap hari cuma perlu ambil dalam kuantiti yang mencukupi sahaja.
IKLAN
Seperti MASKULIN pernah kongsi sebelum ini, gunakan formula makan suku-suku-separuh. Suku nasi, suku lauk dan separuh sayur dan buah.
Selain makan dalam kuantiti atau jumlah yang tak kerterlaluan anda juga perlu menjaga bila masa sesuai untuk makan nasi. Jom ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.
IKLAN
WAKTU TERBAIK
Masa terbaik untuk anda makan nasi ialah pada waktu siang. Ini kerana pada waktu siang metabolisme badan berada pada tahap paling aktif dan mampu menyerap nutirisi daripada makanan seperti nasi. Tubuh juga boleh mencerna semua makanan yang anda nmakan dengan baik.
Makanan paling penting dalam diet harian anda ialah sarapan. Dan jika anda ingin makan nasi pada waktu pagi, pastikan anda berhenti makan sebelum kenyang.
IKLAN
Sebagai contoh pastikan posrtion nasi yang anda makan itu tak lebih segenggam sahaja. Untuk lengkapkan sarapan sertakan dengan sayur dan juga sedikit buah.
JANGAN MAKAN SELEPAS WAKTU INI
Sebaiknya waktu makan malam terbaik ialah sebelum masuknya waktu maghrib atau sebelum pukul 8. Jika anda makan pada waktu malam ia merupakan tempoh masa yangh sangat dekat dengan waktu tidur. Dan bila ini berlaku fungsi perncernaan akan bekerja lebih lambat semasa anda sedang tidur dan berehat.
Lalu lama-kelamaan boleh menjadi punca berat badan anda naik dan perut juga mula jadi boroi.
Sepanjang beberapa minggu lalu dunia heboh memperkatakan tentang perbicaraan di antara Johnny Depp dan bekas isterinya, Amber Heard. Sepanjang perbicaraan berlangsung Johnny Depp mendakwa dirinya turut menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Dan dengan perbicaraan serta bukti yang meyakinkan pihak juri, Johnny Depp telah memenangi kes tersebut. Perkara ini sedikit sebanyak telah banyak membuka mata banyak pihak tentang isu kaum lelaki juga boleh menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Walaupun masalah sering dikaitkan dengan golongan wanita dan juga kanak-kanak, namun ada sebilangan lelaki menderita setiap hari menjadi mangsa penderaan sama ada fizikal dan mental.
Mengulas perkara tersebut Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa. Dan mereka mempunyai hak untuk dilindungi seperti termaktub dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).
Memetik laporan BERNAMA beliau berkata, “”Kalau kita lihat definisi mangsa dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521), jelas menunjukkan akta ini tidak membezakan mangsa keganasan melalui jantina.
“Malah, kalau kita lihat dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 8 pun, menjamin kesamarataan seperti yang termaktub dalam Perkara 8 (1) yang menyatakan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan sama rata, tidak kira lelaki mahupun perempuan.
“Dalam Perkara 8 (2) juga menyatakan tidak boleh ada diskriminasi dalam undang-undang termasuk jantina. Ini sangat jelas, lelaki juga mempunyai hak untuk dilindungi daripada keganasan rumah tangga,” katanya ketika menjadi tetamu program Koresponden Bernama terbitan Bernama TV bertajuk ‘Keganasan Rumah Tangga: Hak Kaum Lelaki’ hari ini.
BERANIKAN DIRI
Akan tetapi menurut beliau lagi jumlah lelaki yang tampil ke hadapan untuk membuat laporan mengenai keganasan rumah tangga sangatlah rendah berbanding mangsa lain.
Statistik dari Jabatan Masyarakat Selangor sebagai contohnya hanya melaporkan 30 orang mangsa lelaki dari jumlah 254 kes keseluruhannya di negeri tersebut. Beliau juga percaya jumlah mangsa lelaki sebenarnya lebih daripada apa yang dilaporkan.
Namun mungkin di atas beberapa sebab tertentu ramai yang mengambil pendekatan mendiamkan diri.
Kepada lelaki di luar sana jika anda menjadi mangsa usah segan dan takut. Tampil ke hadapan dan dapatkan perlindungan kerana anda berhak!
Kebersihan rumah kini bukan lagi dianggap satu hal yang dititikberatkan oleh kaum wanita sahaja. Malah kini lelaki juga tidak kalah dalam memilih dan membeli pelbagai produk serta peranti berkaitan dengan kebersihan kediaman.
Suatu ketika dahulu mesin hampagas diperkenalkan ke dalam kehidupan masyarakat moden. Impaknya memang sangat besar kerana ia bukan sahaja menyenangkan kerja membersihkan habuk dan kotoran malah lebih selamat dan cepat.
Peranti berteknologi robotik ini dilancarkan pada 24 Julai yang lalu di ibu negara.
Namun kini terdapat satu trend terbaru bila melibatkan mesin pembersih vakum. MASKULIN jangkakan dalam tempoh 10 tahun akan datang mesin permbersih vakum robotik akan menggantikan mesin hampagas tradisional.
Antara pengeluar yang mengetengahkan teknologi robotik dalam mesin pembersih vakum ini ialah A&S. Jika sebelum ini mereka lebih dikenali sebagai pengeluar barangan elektronik seperti TV dan perkakasan audio namun kini segmen pemberish vakum robotik menjadi medan terbaru mereka.
Antara selebriti online yang turut hadir memeriahkan majlis.
Produk robotik ini merupakan hasil kerjasama daripada A&S dan Neatsvor, syarikat yang menawarkan inovasi robotik dalam perkakasan kelengkapan rumah.
Dilancarkan pada 24 Julai yang lalu mereka memperkenalkan beberapa model vakum robotik untuk pasaran tempatan. Antara model yang paling mencuri MASKULIN ialah A&S Neatsvor V390 dan A&S Neatsvor X500.
Dengan ciri seperti penyapu, penyeret pintar, fungsi mop, pengecasan otomatik, kawalan menerusi Wi-Fi dan perancang pintar ia benar-benar sebuah produk yang berkonsepkan futuristik.
Selain itu mesin perbersih habuk tampa kord, A&S Cleany S100 turut diperkenalkan. Muncul dengan berat hanya 1.42kg, ia dilengjapi mesin HEPA yang mempunyai kuasa sedutan mencecah 20,000 Pa. Malah ia senang dibawa ke mana sahaja kerana boleh digunakan tanpa sebarang sambungan wayar.
Buat anda yang ingin rumah sentiasa bersih tapi tak perlu berpenat lelah, mungkin inilah produk yang ada jawapannya.
Pertama sekali secara jujurnya bila anda mendengar perkataan ‘shopping’ kepada jantina manakah yang lebih dekat dengan aktiviti tersebut?
Sebagai lelaki anda tidak seharusnya berfikiran panjang untuk menemui jawapannya. Apatah lagi jika anda seorang lelaki yang sudah berkahwin atau punyai teman wanita.
Wahai lelaki sekalian ketahuilah bahawa ‘shopping’ itu adalah satu salah perkara yang membahagiakan wanita. Sila ingat perkara itu sampai bila-bila. Dan MASKULIN mengatakan perkara tersebut bukanlah dengan konotasi negatif tetapi merupakan satu bentuk pujian.
Wanita memang gemar membeli-belah dengan cara tersendiri,dengan lebih teliti dan mungkin lebih baik berbanding lelaki. Namun itu tidak bermakna seorang lelaki merupakan seorang yang ‘lousy’ dalam membeli-belah.
Secara konsensusnya masyarakat beranggapan perbelanjaan barangan keperluan di rumah kebiasaannya akan dikendalikan sepenuhnya oleh wanita. Kaum lelaki sebagai suami pula cukup sekadar mengeluarkan wang untuk perbelanjaan tersebut.
Terdapat satu kajian dari Warton School of Business hadir dengan kesimpulan mengatakan ‘men buy, women shop’. Apakah yang dimaksudkan oleh mereka?
Walaupun corak perbelanjaan lelaki dan wanita secara amnya tidaklah berbeza namun terdapat beberapa perbezaan dari segi sterotaip, perspektif dan juga motif perbelanjaan yang dilakukan.
Sebagai contoh tabiat membeli belah secara di atas talian atau e-dagang. Kajian mendapati di antara faktor yang memainkan peranan sangat penting bagi wanita dalam membeli-belah ialah kaitan emosional yang kuat, psikologikal dan peranan simbolik berbanding lelaki.
Manakala lelaki pula lebih kepada aspek rasional, membuat keputusan dengan cepat dan bersedia untuk mengambil risiko terutamanya produk atau peranti berteknologi tinggi dan baharu.
Di bawah MASKULIN kongsikan 7 perkara yang membezakan tabiat membeli-belah di antara lelaki dan wanita.
WANITA PENTINGKAN DISKAUN
Secara perbandingan wanita lebih gemar mencari barangan atau produk yang menawarkan diskaun. Malah, wanita juga lebih cenderung untuk membeli-belah lebih banyak ketika musim jualan murah berbanding lelaki.
Selain itu, penggunaan sebarang kupon atau kod diskaun juga lebih banyak digunakan oleh wanita. Disebabkan itulah rata-rata lelaki berbelanja lebih tinggi untuk satu-satu produk.
LELAKI BERBELANJA LEBIH TINGGI BILA SEMAKIN DEWASA
Berbeza dengan wanita yang lebih banyak ‘shopping’ ketika usia mudanya, lelaki lebih banyak menghabiskan wang berbelanja sakan ketika usia semakin dewasa. Lihat sahajalah lelaki yang usianya berusia 30-an hingga 40-an.
Ketika inilah mereka akan mula berbelanja kerana rata-rata kedudukan kewangan semakin stabil dan mula menemui hobi yang baru. Wanita pula lebih settle down dengan kewangan mereka terutamanya yang sudah berkeluarga.
LELAKI KURANG GEMAR KE LORONG KECANTIKAN & MASAKAN
Kajian juga mendapati kira-kira 74 hingga 90 peratus wanita akan menghabiskan masa membeli-belah mereka di bahagian kecantikan, bayi dan kategori makanan. Namun ia tidak bermakna lelaki tidak mengunjungi lorong tersebut di pasar raya. Cuma waktu mereka habiskan di lorong tersebut lebih pendek dan ringkas.
Perbelanjaan makanan seperti snek, minuman soda, susu dan pelbagai produk yang boleh didapati di kedai serbaneka biasanya akan dibeli oleh lelaki. Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Nielsen kebanyakan jenama mengambil kesempatan ini dengan mencipta tema tawaran atau ‘bundle’ yang mudah menarik perhatian lelaki.
‘MEN BUY, WOMEN SHOP’
Seperti MASKULIN katakan di atas faktor perbezaan ini merupakan tabiat berbelanja yang cukup ketara di antara lelaki dan wanita. Wanita lebih cenderung dan mudah untuk memberikan reaksi terhadap interaksi personal bersama pembantu jualan.
Manakala lelaki pula lebih mementingkan aspek yang memudahkan mereka untuk membeli-belah seperti ruang letak kereta yang banyak, stok mencukupi dan juga kemudahan yang boleh mempercepatkan dan memudahkan urusan beli-belah.
KHIDMAT PELANGGAN
Kajian Wharton juga mendapati sebanyak 29% wanita mengatakan kekurangan bantuan apabila diperlukan ketika membeli-belah merupakan masalah paling tidak digemari mereka. Dan kebanyakannya lebih cenderung untuk membeli-belah di tempat lain jika khidmat pelanggan yang ditawarkan tidak berapa baik.
Bagi lelaki pula masalah utama yang menggangu mereka ialah ruang tempat letak kereta yang tidak mencukupi atau terlalu jauh.
LEBIH LAMA TAPI LEBIH KERAP
Apa yang MASKULIN maksudkan ialah lelaki mengambil masa lebih pendek ketika membeli-belah namun rela berulang banyak kali ke pusat membeli-belah atau pasaraya. Disebabkan itulah setiap kali membeli-belah jumlah item yang dibeli lebih sedikit berbanding wanita.
Dalam memilih barangan yang berkualiti pula lelaki dan wanita sebenarnya tidak jauh bezanya. Masing-masing mahukan produk yang ada ‘value for money’.
Barangan berkualiti tidak bermaksud barangan import semata. Pada masa kini barangan keluaran tempatan juga mempunyai kualiti serta mendapat pengiktirafan pelbagai pihak.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut menyeru rakyat Malaysia untuk menyokong produk tempatan dengan kempen yang dianjurkan mereka, ‘Beli Barangan Buatan Malaysia’.
Hadir dengan tanda pagar #BarangBaikBarangKita, KPDNHEP turut ingin membantu sektor industri tempatan bangkit dari impak pandemik COVID-19 sekali gus membangkitkan semula ekonomi.
Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri berkata juga menyatakan bahawa kerajaan telah memulakan proses pemulihan ekonomi melalui strategi pelaksanaan Bajet 2022 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Jadi marilah sama-sana kita sokong barangan buatan Malaysia! #BarangBaikBarangKita!
Keterampilan gaya elegan seseorang lelaki kini bukan hanya bergantung kepada paras rupa dan juga penjagaan badan yang baik. Pemilihan pakaian serta aksesori kini menjadi...