Orang Malaysia memang terkenal dengan keenakan masakannya. Daripada rasa biasa hinggalah rasa yang sangat pedas. Orang kita punya suka dengan masakan pedas hinggakan cili padi boleh makan macam makan nasi.

Namun begitu, dalam kesedapan pasti ada kesannya. Kesan pengambilan makanan terlalu pedas boleh menjejaskan kesihatan anda kerana bila sudah rasa pedas, kita pasti tidak akan mengunyah makanan dengan sempurna.

Oleh itu, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan tampil memberi pencerahan keburukan terlalu banyak memakan makanan yang pedas.

BACA: Selain Air Masak, Ada Beberapa Lagi Jenis Minuman Sihat Boleh Lambatkan Tanda Penuaan

Ikuti penjelasannya:

Saya rasa, dah tiba masanya kita hentikan trend menu makanan pedas melampau, dan cabaran makan makanan pedas.

Ia trend yang boleh menjejaskan kesihatan.

Makanan pedas memang sedap, dan menyelerakan. Namun, bila dah terlalu pedas, mana datang nikmatnya?

IKLAN

Biasanya, bila dah terlalu pedas, orang akan makan laju-laju! Kunyah pun ala kadar je. Ini sesuatu yang tak bagus untuk. Penghadaman makan bermula dari mulut. Di mulut makanan perlu dihancurkan secara fizikal, iaitu dikunyah.

Selain itu di mulut pencernaan kimia juga berlaku. Enzim amilase dari air liur diratakan pada makanan semasa dikunyah. Fungsi enzim ni adalah untuk menguraikan kanji kepada unit karbohidrat yang lebih kecil atau gula ringkas.

Apabila tak kunyah sempurna, pasti penghadaman dan pencernaan terjejas. Jadi kita tak dapat sepenuhnya zat dari makanan yang kita makan. Rugi, kan?

Lazimnya semasa dan selepas makan makanan pedas, kita minum air dengan sangat banyak. Ini juga amalan yang tidak baik. Kita akan cenderung untuk isi perut, lebih daripada kapasiti maksimum perut kita.

IKLAN

Makan lebih kapasiti, serta makanan pedas ini menyumbang kepada faktor yang menyebabkan gastroesophageal reflux disease (GERD), iaitu kondisi dimana asid melimpah ke esophagus. Ia menyebabkan pedih ulu hat dan sendawa berasid.

Selain GERD, makan makanan terlampau pedas juga dikaitkan dengan keradangan perut(gastritis), ulser perut, dan buasir. Makanan pedas tidak menyebabkan penyakit-penyakit ini, tetapi ia akan parakan kondisi itu jika orang itu sudah sedia ada memilikinya.

Kalau dah tahu ada gastritis, ulser, dan buasir kenapa nak makan juga makanan terlalmpau pedas ni?

IKLAN

Kerana ada cabaran-cabaran internet yang mengajak kepada hal itu. Kononnnya jika seseorang yang sahut cabaran tahan pedas lampau ni, dia akan dianggap hebat dan dipandang kool.

Siapa yang tanam anggapan ini? Kitalah! Kita yang menyemai persepsi itu melalui media sosial, dibantu oleh industri makaman dan minuman, sama ada perusahaan kecil mahupun syarikat gergasi.

BACA: Trik Mudah Buat Wanita Jatuh Hati Pada Anda, Salah Satunya Beri Perhatian Bila Dia Bercakap

Berlawanan-lawan nak keluarkan menu yang paling pedas! Sampai ada pelanggan yang sakit perut berguling-guling, cirit-birit berterusan, dan buasir berdarah.

Jadi, kita jugalah bertanggungjawab untuk hentikan benda ni. Tak usahlah buat cabaran-cabaran tu semua lagi. Tak usah makan menu terlampau pedas. Makan pedas-pedas manja sudahlah. Haha!

Makanan yang kool, adalah makanan yang sihat!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI