Makanan yang menambah tenaga kelakian. Tenaga kelakian adalah sesuatu yang penting bagi setiap lelaki, terutama dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh dengan cabaran.
Makanan Yang Menambah Tenaga Kelakian
Sama ada untuk kekuatan fizikal, kecergasan mental, atau prestasi dalam hubungan suami isteri, pemakanan memainkan peranan yang besar. Jika anda ingin meningkatkan tenaga dan stamina, terdapat beberapa jenis makanan yang boleh membantu.
1. Madu – Sumber Tenaga Semulajadi
Madu telah lama dikenali sebagai makanan yang mampu meningkatkan tenaga dan daya tahan tubuh. Ia mengandungi gula semula jadi seperti fruktosa dan glukosa yang memberikan tenaga segera kepada badan. Selain itu, madu juga mengandungi mineral seperti boron yang membantu meningkatkan tahap testosteron dalam badan lelaki.
1.Ambil satu sudu besar madu asli setiap pagi sebelum sarapan.
2.Boleh dicampur dengan air suam atau diminum bersama susu kambing untuk kesan lebih baik.
2. Tiram – Tingkatkan Hormon Testosteron
Tiram adalah makanan laut yang kaya dengan zink, iaitu mineral penting untuk meningkatkan kadar testosteron. Kekurangan zink dalam badan boleh menyebabkan keletihan, kurang tenaga, dan masalah kesuburan lelaki.
1.Makan tiram segar atau yang telah dimasak sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
2.Jika tidak dapat makan tiram, ambil suplemen zink sebagai alternatif.
3. Pisang – Sumber Tenaga Segera
Pisang kaya dengan kalium dan vitamin B6 yang membantu dalam penghasilan hormon testosteron dan meningkatkan stamina. Ia juga mengandungi bromelain, sejenis enzim yang dikatakan dapat meningkatkan tenaga kelakian.
1.Makan sebiji pisang sebelum bersenam atau sebelum melakukan aktiviti fizikal.
2.Boleh dijadikan smoothie bersama susu dan madu untuk tenaga tambahan.
4. Kacang Badam – Baik Untuk Kesihatan Reproduksi
Badam mengandungi asid lemak omega-3, zink, dan selenium yang sangat baik untuk kesihatan lelaki. Ia juga membantu meningkatkan aliran darah dan menyokong kesihatan jantung, yang penting untuk prestasi lelaki.
1.Makan segenggam kacang badam setiap hari sebagai snek.
2.Boleh dicampurkan dalam oat, yogurt, atau salad untuk hidangan lebih berkhasiat.
Ads
5. Daging Merah – Sumber Protein Dan Zat Besi
Daging merah seperti daging lembu dan kambing mengandungi protein tinggi serta zat besi yang membantu meningkatkan tenaga dan kekuatan otot. Ia juga kaya dengan kreatin, yang terkenal dapat meningkatkan prestasi fizikal dan mental.
1.Makan daging merah dalam jumlah sederhana (2-3 kali seminggu).
2.Pilih daging tanpa lemak untuk kesihatan jantung yang lebih baik.
6. Halia – Melancarkan Peredaran Darah
Halia mempunyai sifat pemanasan yang membantu melancarkan peredaran darah, sekali gus meningkatkan tenaga kelakian. Ia juga dikatakan boleh meningkatkan libido dan kesihatan reproduktif lelaki.
2.Campurkan halia dalam masakan harian untuk kesan yang lebih baik.
7. Coklat Gelap – Meningkatkan Mood Dan Stamina
Coklat gelap kaya dengan antioksidan dan arginin, sejenis asid amino yang boleh membantu meningkatkan aliran darah dan tenaga. Selain itu, ia juga merangsang pengeluaran serotonin, hormon yang membantu mengurangkan stres dan meningkatkan mood.
1.Pilih coklat gelap dengan kandungan koko sekurang-kurangnya 70%.
2.Makan dalam jumlah sederhana untuk mengelakkan lebihan gula.
Pemakanan yang betul bukan sahaja membantu meningkatkan tenaga kelakian, tetapi juga menyokong kesihatan keseluruhan. Selain mengambil makanan yang disebutkan, amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, tidur yang cukup, dan mengawal stres untuk memastikan tenaga kekal bertenaga dan bersemangat setiap hari.
Jadi, mulai hari ini, masukkan makanan-makanan ini dalam diet harian anda dan rasai perubahannya!
Lelaki zaman sekarang makin sedar, badan sado bukan sekadar gaya, tapi lambang disiplin dan kesihatan jitu. Ramai sanggup berusaha, jaga pemakanan, dan cari cara terbaik untuk capai bentuk badan ideal.
Baru-baru ini, nama Kulkasakash jadi sebutan ramai di TikTok selepas berkongsi transformasi luar biasa, turun 40 kilogram, dari 110kg ke 70kg, hanya dengan IF 12:12, kawal makan dan konsisten bersenam.
Apa Itu IF 12:12? Tak Susah, Tapi Kena Konsisten
Untuk lelaki Maskulin yang baru nak cuba, IF 12:12 adalah antara kaedah paling ‘beginner-friendly’. Konsep dia senang:
✅ 12 jam tempoh makan ✅ 12 jam tempoh puasa (boleh minum air kosong atau teh hijau, tapi elak kalori)
Kulkasakash sendiri guna kaedah ni tanpa perlu berlapar ekstrem, tapi hasil dia memang padu. Dengan IF ni, badan lebih mudah bakar lemak, kawal nafsu makan, dan metabolisme makin efisien.
Jadual Harian IF 12:12 Ala Kulkasakash
Nak ikut jejak dia? Ini jadual pemakanan dan rutin harian yang dia amalkan:
🕕 6.00 pagi – Bangun tidur, minum air kosong. Jangan terus sumbat makanan. 🕗 8.00 pagi – Sarapan, boleh makan apa saja tapi kawal kuantiti. Fokus kenyang sederhana. 🕦 11.30 pagi – Minum teh hijau, bantu kawal selera makan. 🕐 1.00 tengah hari – Makan tengah hari lengkap (nasi, lauk, sayur). 🕒 3.00 petang – Snek buah-buahan, elak jajan atau makanan proses. 🕖 7.00 malam – Makan malam ringan (sandwich telur, roti, salad). 🕗 8.00 malam – Minum teh hijau sekali lagi sebelum masuk tempoh puasa.
Nota Maskulin: Selepas jam 8 malam, hanya air kosong dibenarkan sampai 8 pagi esok. Disiplin kunci utama.
Senaman Empat Kali Seminggu: Wajib Kalau Nak Lagi Cepat Fit
Dalam perkongsian TikTok tu, Kulkasakash tak sorok fakta — diet saja tak cukup bro! Dia konsisten bersenam empat kali seminggu, gabungan kardio dan latihan kekuatan.
Antara aktiviti yang dia sarankan: 🏃 Jogging atau brisk walk 30-45 minit 🏋️♂️ Senaman ringan di rumah (push up, plank, squats) 🚴♂️ Basikal statik atau outdoor cycling
Senaman ni bantu bakar kalori, boost stamina, dan elak badan jadi lembik walaupun berat turun.
Teh Hijau: Senjata Rahsia Kawal Nafsu Makan
Satu lagi amalan Kulkasakash — teh hijau. Bukan mitos, teh hijau memang terkenal sebagai booster metabolisme dan penahan selera semula jadi.
“Teh hijau bantu saya lawan craving nak makan malam-malam,” katanya. Minum dua kali sehari, pagi dan malam, cukup untuk bantu kawal diri.
Kesimpulan MASKULIN: Nak Kurus, Nak Fit, Pilih Cara Realistik
Kisah Kulkasakash ni bukti, lelaki tak perlu kaedah pelik-pelik atau produk overclaim nak kurus. Cukup dengan:
✔ IF 12:12 — makan ikut masa, disiplin tempoh puasa ✔ Jaga portion makan, elak lebihan kalori ✔ Senaman konsisten, minimum empat kali seminggu ✔ Minum teh hijau, kawal nafsu makan
Lelaki Maskulin yang serius nak transform badan, ini peluang terbaik. Ingat, perubahan bukan overnight, tapi dengan konsistensi, hasil dia luar biasa.
Lelaki juga perlu ambil asid folik? Ini penjelasan Dr Samhan. Asid folik sering dikaitkan dengan kehamilan dan kesihatan wanita. Namun, dari sudut perubatan moden, asid folik ialah sejenis vitamin B kompleks yang larut air (vitamin B9).
Lelaki Juga Perlu Ambil Asid Folik? Ini Penjelasan Dr Samhan
Ia juga memainkan peranan penting dalam kesihatan lelaki, terutamanya berkaitan kesuburan dan kesihatan sel tubuh.
Peranan Asid Folik Dalam Kesihatan Lelaki:
1. Kualiti dan Kiraan Sperma
Kajian menunjukkan lelaki yang mempunyai paras folat rendah berisiko menghasilkan sperma dengan kecacatan kromosom. Ini boleh menyumbang kepada ketidaksuburan atau masalah genetik dalam kandungan. Pengambilan asid folik yang mencukupi membantu menghasilkan sperma yang lebih sihat dan lebih banyak.
2. Mencegah Kerosakan DNA Dalam Sperma
Asid folik membantu melindungi DNA dalam sperma daripada kerosakan oksidatif. Ini amat penting bagi memastikan integriti genetik disalurkan kepada zuriat tanpa kecacatan.
3. Kesihatan Umum Dan Sintesis Sel
Sebagai vitamin yang penting dalam proses metilasi DNA, asid folik juga menyumbang kepada kesihatan sistem saraf, penghasilan sel darah merah, dan menurunkan tahap homosisteina (bahan kimia dalam darah yang jika berlebihan boleh merosakkan salur darah).
Dalam video TikTok yang tular, Dr. Samhan membincangkan keperluan pengambilan asid folik oleh lelaki, satu topik yang jarang dibicarakan.
Asid folik, atau vitamin B9, adalah nutrien penting yang membantu dalam pembentukan sel darah merah dan sintesis DNA. Ia sering dikaitkan dengan wanita hamil untuk mencegah kecacatan tiub saraf pada bayi.
Kenapa Lelaki Perlu Ambil Asid Folik?
Dr. Samhan menjelaskan bahawa asid folik juga penting untuk lelaki kerana:
Kesihatan Sperma: Asid folik membantu dalam penghasilan sperma yang sihat dan berkualiti.
Mengurangkan Risiko Kecacatan Kromosom: Pengambilan asid folik dapat mengurangkan risiko kecacatan kromosom dalam sperma, yang boleh mempengaruhi kesihatan anak.
Meningkatkan Kesuburan: Dengan memperbaiki kualiti sperma, asid folik dapat membantu meningkatkan kesuburan lelaki.
Dos Yang Disarankan
Dr. Samhan menyarankan agar lelaki mengambil asid folik dalam dos yang sesuai, biasanya sekitar 400 mikrogram sehari, namun adalah penting untuk berunding dengan doktor sebelum memulakan sebarang suplemen.
Walaupun asid folik sering dikaitkan dengan wanita hamil, lelaki juga boleh mendapat manfaat daripadanya, terutamanya dalam aspek kesuburan dan kesihatan sperma. Pengambilan suplemen haruslah dilakukan dengan nasihat profesional kesihatan.
Walaupun asid folik sering dikaitkan dengan wanita hamil, lelaki juga tidak harus mengabaikan keperluan vitamin ini. Ia bukan sahaja membantu dalam meningkatkan kualiti sperma dan peluang untuk mendapatkan anak, tetapi juga menyokong kesihatan umum secara menyeluruh. Seperti biasa, rujuk kepada doktor sebelum mengambil sebarang suplemen untuk memastikan ia sesuai dengan keperluan kesihatan anda.
Makanan terbaik untuk meningkatkan kesuburan lelaki. Masalah kesuburan bukanlah isu yang hanya melibatkan wanita semata-mata. Lelaki juga memainkan peranan besar dalam menentukan peluang kehamilan, terutama dari segi kualiti dan kuantiti sperma.
Makanan Terbaik Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki
Pemakanan harian sebenarnya boleh memberi kesan langsung terhadap kesihatan sperma dan tahap kesuburan lelaki. Jika anda atau pasangan sedang merancang untuk menimang cahaya mata, mungkin sudah tiba masanya untuk menilai semula apa yang dihidangkan dalam pinggan anda setiap hari.
Berikut adalah 10 jenis makanan yang terbukti bermanfaat untuk menyokong kesuburan lelaki secara semula jadi.
1. Telur
Telur bukan sahaja padat dengan protein, malah mengandungi vitamin E yang membantu melindungi sperma daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ini sekaligus meningkatkan kualiti serta bilangan sperma.
Sayuran hijau seperti bayam kaya dengan asid folik – nutrien penting yang menyokong perkembangan sperma serta membantu meningkatkan kebolehannya untuk bergerak dan membuahi telur.
3. Pisang
Kandungan enzim bromelain dalam pisang berfungsi sebagai anti-radang semula jadi. Pisang juga mengandungi vitamin A, B1 dan C yang membantu dalam penghasilan sperma yang lebih sihat dan berkualiti.
4. Coklat Gelap
Coklat gelap kaya dengan L-Arginine HCL, sejenis asid amino yang mampu meningkatkan isi padu air mani. Ia juga dikenali sebagai makanan yang merangsang hormon dan meningkatkan libido.
5. Asparagus
Sumber vitamin C yang tinggi dalam asparagus membantu melindungi sel sperma daripada kerosakan, sekaligus meningkatkan bilangan serta keupayaan sperma untuk bergerak.
6. Brokoli
Sayur ini mengandungi asid folik yang tinggi dan memainkan peranan dalam menambah jumlah sperma. Kajian menunjukkan pengambilan brokoli secara berkala mampu meningkatkan jumlah sperma sehingga 70%.
Kredit foto: Freepik
7. Buah Delima
Buah delima dikenali kerana kandungan antioksidannya yang tinggi, yang membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma. Ia juga menyokong penghasilan hormon yang baik untuk kesuburan lelaki.
8. Kacang Walnut
Walnut kaya dengan omega-3 dan arginine – kedua-duanya penting untuk meningkatkan peredaran darah ke buah zakar dan menyokong penghasilan air mani serta sperma yang sihat.
9. Bawang Putih
Kandungan selenium dan vitamin B6 dalam bawang putih membantu melancarkan peredaran darah serta menyokong sistem imun. Ia juga boleh membantu mencegah kerosakan sel yang boleh menjejaskan kesuburan.
10. Makanan Kaya Zink
Mineral zink sangat penting dalam pembentukan sperma. Anda boleh mendapatkannya daripada daging merah, kekacang, barli dan biji labu. Namun, pastikan pengambilannya dalam jumlah sederhana – sekitar 15 mg sehari – kerana terlalu banyak juga boleh memberi kesan sebaliknya.
Pemakanan yang seimbang bukan sahaja menyihatkan tubuh, malah boleh menjadi pemangkin kepada peningkatan kesuburan lelaki. Selain daripada makanan-makanan utama di atas, anda juga boleh mencuba makanan tambahan lain seperti lobak, tuna, tomato, oren, biji labu, ginseng dan avokado untuk hasil yang lebih menyeluruh. Menjaga kesihatan reproduktif bermula dari apa yang anda makan – jadi, jom mula dari dapur!
Datuk Seri Bung Moktar Radin, figura politik Sabah yang sinonim dengan laungan “Radu Tatap Radu”, meninggal dunia meninggalkan legasi keberanian dan perjuangan rakyat yang akan kekal dikenang.