Gaya Hidup

Malam Glam 80-an Tayangan Eksklusif ‘Stranger Things 3’ Netflix Di Malaysia

Share

Pada 1 Julai lalu, MASKULIN bagaikan turut sama melangkah ke zaman 1980-an apabila dikelilingi oleh ramaiorang berpakaian seperti era tersebut. Busana glam rock berserta rambut kembang menjadi pilihan ramai jemputan yang menghadiri tayangan pertama ‘Stranger Things’ di Malaysia.

MASKULIN bersama media lain serta beberapa selebriti serta influencer terkenal menjadi antara orang pertama di Malaysia diberikan peluang oleh Netflix menonton episod pertama siri pengembaraan seram paling popular, ‘Stranger Things 3’.

Sama tapi tak serupa! Setiap seorang selebriti dan influencer ini menggayakan watak ‘Stranger Things 3’.

BACA: Anda Kini Boleh Share Program Kegemaran Netflix Di Instagram Stories

Memasuki musim ketiganya siri yang dicipta, ditulis dan diarahkan oleh pasangan adik-beradik dikenali Duffer Brothers akan mula ditayangkan kepada pelanggan Netflix di platform mereka bermula pada 4 Julai 2019.

Tayangan eksklusif Netflix ini juga merupakan satu sambutan terhadap drama bersiri yang mencetuskan fenomena apabila mula ditayangkan pada tahun 2016. Ditunjangi oleh Millie Bobby Brown melakonkan watak sebagai remaja berkebolehan luar biasa, Eleven drama ini menjadi antara kandungan paling hit di Netflix.

Eleven vs Demogorgon!

Majlis tayangan istimewa ini turut dihadairi selebriti terkenal seperti Daiyan Trisha yang tampil sebagai Eleven, Yaya Zahir sebagai Max Mayfield, Nabil Mahir sebagai Bill Myers dan ramai lagi.

Namun penampilan yang paling mencuri perhatian ialah cosplayer terkenal tempatan, Saakira Izumi yang menggayakan sut Demogorgon, makhluk yang menghantui pekan kecil Hawkins pada musim pertama dan kedua.

Kepada anda yang menjadi peminat setia kisah pengembaraan seram ini bolehlah menonton’Stanger Things 3′ yang akan mula ditayangkan esok hanya di Netflix.

IKLAN