Malaysia Kini Diiktiraf Antara Negara Yang Berjaya ‘Perangi’ Covid-19

Share

Seperti mana yang anda semua sudah maklum, negara kita yang tercinta kini sedang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Selepas pelbagai usaha keras dan cabaran yang kita semua lalui terutamanya barisan hadapan negara kita kini sudah mencatatkan jumlah kes yang rendah.

Atau dalam erti kata lain kita telah berjaya melandaikan kadar penularan wabak Covid-19. Namun kita masih belum menang. Oleh sebab itu kita harus sentiasa patuhi apa sahaja SOP yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Antara watak-watak penting berada di barisan hadapan diketuai oleh KP Kesihatan Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah.

Usaha yang kita semua lakukan dengan pelbagai cabaran sejak MAC yang lalu membuaghkan hasil. Ini sekali gus menjadikan Malaysia sebagai antara negara yang menjadi rujukan di peringkat antarabangsa.

Dan terbaru negara kita telah tersenarai sebagai salah sebuah negara yang sedang menang melawan Covid-19 bersama beberapa negara lain. Antaranya ialah Australia, Vietnam, New Zealand, Ireland, Thailand dan banyak lagi. Sebanyak 47 negara termasuk Malaysia diiktiraf sebagai negara yang melakukan perkara yang betul bagi menangani wabak ini.

Kegiatan ekonomi di negara kita sudah semakin pulih dengan pelbagai aktviti sosial turut mula dibenarkan.

Sementara itu menurut Public Health Malaysia, beberapa negara seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Arab Saudi masih lagi bergelut untuk menurunkan bilangan kes harian. Malah ia turut disahkan oleh Majlis Keselamatan Negara menerusi ciapan di Twitter.

Syabas MASKULIN ucapkan khususnya buat barisan hadapan yang telah banyak berkorban, bekerja siang dan malam untuk memastikan penularan Covid-19 dapat diputuskan. Syabas juga buat anda semua yang terus patuh dengan PKP hinggalag PKPP sekarang.

IKLAN