Maskulin berbesar hati kerana sekali lagi dapar kongsi pengalaman seorang insan yang berjaya menurunkan berat badan dari 130kg- 85kg dalam masa 2 Tahun! Ikuti kisah lelaki yang bernama Mohamad Hafizee yang berusia 26 tahun ini.
Ceritakan sikit kisah anda
Saya gemuk sejak kecil lagi. Dari umur 7 tahun lagi badan sudah mula berkembang seiring dengan umur. Ditambah pula ibu bapa saya merupakan pengusaha restoran makanan Thai (kami asal Pattani, Thailand), jadi hidup saya tidak lari dari makanan, makan dan sentiasa makan. Lebih parah, apabila saya sendiri adalah tukang masak di restoran tu, memang makan tu dah sebati dengan gaya hidup saya.
Badan saya makin besar dan terus membesar dengan jayanya. Ketika umur 12 tahun, saya merupakan antara budak yang paling gemuk di sekolah. Tetapi dalam masa yang sama, saya gemar bermain sukan. Walaupun gemuk, saya aktif bersukan seperti bola sepak, ragbi sentuh (pernah mewakili sekolah ketika tahun 4), tarik tali, lontar peluru, lempar cakera, badminton dan bola tampar. Saya pernah mewakili sekolah menegah untuk sukan ping pong dan bola sepak. Tapi itu tidak membuatkan saya kurus. Cuma gemuk yang aktif.
Berat badan saya paling teruk naik ketika berumur 20 tahun. Sebabnya pada ketika tu, saya dah tak aktif bersukan. Saya berhenti 100% dari bersukan dan badan naik secara mendadak, tanpa henti. Satu persatu baju dan seluar sudah tidak boleh di pakai. Disebabkan sukar mendapatkan saiz baju, selama 3 tahun saya memakai baju yang sama.
Sehinggakan ada orang yang mula perli, “kau ni dah tak ade baju lain ke nak pakai?“. Siapa tak malu bila dihina macam tu? Tapi masa tu masih tak ada inisiatif untuk berubah. Kadang kala bila kesedaran tu datang, saya mula diet, itu pun dikutuk!
Antara penghinaan yang paling memalukan adalah saya dipanggil naik ke atas pentas dan kemudian diisytiharkan kepada orang ramai pada Hari Kecemerlangan Sekolah.
“Inilah budak paling gemuk disekolah“
Hanya Allah sahaja tahu perasaan saya ketika itu. Serius, malu gila. Orang ramai yang ada di situ gelak tanpa henti. Ingat ni pentas Maharaja lawak gamaknya!
Ikutkan hati masa tu, rasa macam nak tumbuk dan terajang sampai patah riuk orang yang ketawakan saya tu. Tapi saya tahan je. Sampai sekarang saya masih ingat kisah tu walaupun dah 8 tahun berlalu.
Ads
Bila mula berubah?
Jujur, saya menjadikan Arif Sykri , baca juga “Kau Diet Lah Macam Mana Pun, Gemuk Tetap Akan Gemuk” sebagai idola saya ketika dia kongsi kisah kejayaannya dalam diet. Kalau dia mampu, kenapa tidak saya kan? Jadi dipendekkan cerita, tarikh saya mula berubah ialah 26 jun 2015 dan aku mula jaga diet pada 27 jun 2015.
Senaman yang diamalkan
Setelah berhenti bersukan selama 6 tahun, jadi mustahil untuk saya bersukan balik secara drastik seperti dulu. Jadi saya mulakan dengan berjalan kaki di stadium setiap pagi. Berjalan sahaja dalam 5 pusingan. Mujur saya masuk salah satu program yang dianjurkan oleh Kevin Zahri Jom Kurus, jadi dari situ saya mengorak langkah.
Kemudian saya mula berjoging secara perlahan-lahan. Bila penat, berhenti. Dari berat 130kg ke 113kg saya selalu senaman dengan berjalan dan bodyweight training (biasa-biasa sahaja). Setelah saya capai 113kg, saya dah mampu melakukan Freeletics Bodyweight Workout.
Saya banya bermain dengan Bodyweight Training ataupun senaman menggunakan bebanan badan. Style saya bersenam lebih kepada Street Workout.
Ads
Antara senaman yang ‘wajib’ ialah:-
1) Push Ups 2) Burpees 3) Squat 4) Plank
Walaubagaimanapun jangan workout setiap hari. Bagi badan anda rehat sebab dia pun penat. Dalam masa yang sama, rajinkan diri cari leboh banyak info dari internet sebab dari situ banyak perkara anda akan dapat dan banyak ilmu anda boleh kutip.
Pernah Plateau tak?
Jangan takut pada plateau kerana plateau itu bermaksud badan kita tengah nak sesuaikan dengan berat kita yang terbaru. Bayangkan kalau kita tak kena plateau pada sesi penurunan berat badan, mungkin tinggal tulang saja kita dibuatnya. Itu sebab, apa-apa yang Allah cipta pasti ada kebaikannya. Jangan pernah sangsi dengan Allah.
Ads
Saya plateau pada berat 113kg selama 3 minggu. Apa yang saya buat ialah ubah cara makan dan cara senaman.
Siapa yang sentiasa menyokong perjuangan anda?
Orang yang paling banyak memberi sokongan ialah ummi saya sendiri. Dia yang selalu belikan barang-barang kelengkapan ‘diet’ untuk saya. Berjaya saya disini adalah disebabkan oleh ibu yang sentiasa menyokong saya. Dia tidak tunjukkan sokongan tersebut dengan kata-kata tapi lebih kepada tujukkan sokongan dengan perbuatan.
Apa pesanan kepada mereka yang struggle nak turunkan berat badan?
1) Kawal pemakanan dan jaga kesihatan
2) Rajinkan diri untuk bersenam
3) Jangan mudah mengalah untuk capai kejayaan
4) Utamakan ilmu dalam gerak kerja
5) Bersabar dalam menjalankan misi anda
6) Tutup aurat ketika bersenam di luar rumah.
7) Sentiasalah berdoa kepada Allah disamping usaha dan tawaka
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Urusan memilih dan penjagaan seluar dalam sering kali dipandang remeh oleh golongan lelaki. Bagi mereka, asal ada yang boleh dipakai, cukuplah. Tidak Bro! Nampak memang benda remeh tapi untuk mengekalkan tahap keselesaan dan kebersihan seluar dalam perkara amat penting ya!
Pakar kesihatan ada menyebut yang lelaki lebih cenderung bersifat malas untuk menjaga tubuh mereka, khususnya dalam menjaga kebersihan. Dari sebuah tinjaun yang dilakukan oleh YouGoy, diketahui bahawa satu dari lima lelaki yang berasal dari negara itu terlalu malas untuk membasuh pakaian dalam dan boleh memakainnya berkali-kali hingga mereka akhirnya mencucinya. Penelitian itu bahkan juga menyebut jika lelaki boleh memakai seluar dalam atau boxer hingga berhari-hari lamanya.
Takkan mak nak ajar lagi kan? Come on, jangan bikin malu lelaki la bro.Berikut adalah 5 kesalahan yang kerap dilakukan dalam menjaga seluar dalam.
1. Memakai Semula Sebelum Membasuh
Purata seluar dalam yang kotor mengandungi sekurang-kurangnya satu gram najis di dalamnya. Basuhlah seluar dalam anda setelah menggunakannya dengan kepanasan yang tinggi lebih kurang 160 darjah Fahrenheit.
2. Cara Mengeringkan Yang Salah
Haba di dalam pengering anda itu telah merosakkan keadaan elastik pada seluar dalam anda menjadikan ia longgar dan berkedut.Cuba anda keringkan dengan menggunakan kitaran yang sejuk dan lembut daripada menggunakan kepanasan haba untuk menjaga fabrik tersebut.
3. Memilih Warna Yang Salah
Setiap pakaian yang berwarna putih lebih mudah menampakkan kesan kotoran terutamanya pada seluar dalam. Cuba pilih warna yang lebih gelap kerana warna tersebut mengambil masa yang agak lama untuk pudar dan anda tak perlu untuk menggantinya terlalu kerap.
4. Memilih Fabrik Yang Salah
Sebelum anda membeli satu lagi pek seluar dalam,cuba periksa dahulu label material yang digunakan. Kapas biasa yang digunakan adalah ringan dan mudah untuk kulit anda bernafas – sesuai untuk pemakaian kasual dan hari ke hari.
5. Terlalu ketat
Kalau anda rasa dengan memakai seluar dalam ketat buat korang lebih seksi kerana ‘barang baik’ lebih menonjol, ini memang silap besar.
Memakai seluar dalam ketat hanya akan ‘melemaskan’ penis dan tidak baik untuk kitaran darah . Apa kata pilih ukuran yang sesuai seperti jenis boxer kerana ia lebih ia lebih selesa untuk dipakai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa kat sini yang sering menjadi mangsa gigitan nyamuk? Kadang – kala bila kita berada di kawasan banyak nyamuk anda sering menjadi tumpuan gigitan berbanding rakan yang lain. Ada yang menggelar mereka ini ‘darah manis’. Tapi, betulkah istilah itu wujud dari segi sains? Mengapa sesetengah orang lebih sensitif dan ‘disukai’ oleh nyamuk? Mari kita tengok apa yang ditemui oleh kajian-kajian pakar saintis tentangnya. Ramai tak sangka.
1. DARAH JENIS ‘O’
Nyamuk memang menghisap darah untuk menghasilkan protein daripadanya. Persoalannya, adakah sesetengah jenis darah lebih ‘menyelerakan’ berbanding darah lain? Ya. Menurut laman web sains Smithsonian.com, mereka yang memiliki darah jenis O adalah 2 kali ganda lebih menarik perhatian berbanding darah jenis A, iaitu kumpulan darah yang paling kurang diminati oleh nyamuk.
Kajian yang sama juga menunjukkan bahawa sesetengah orang akan mengeluarkan bahan kimia melalui kulit mereka yang menyatakan jenis darah mereka.
2. BERBADAN GEMPAL
Salah satu cara nyamuk mengesan mangsa mereka adalah dengan cara menghidu karbon dioksida yang dihembuskan oleh manusia.
Umumnya, mereka yang berbadan besar biasanya akan menghasilkan lebih banyak karbon dioksida. Oleh itu, lebih mudahlah nyamuk mengesan mangsa ini.
3. AHLI SUKAN
Nyamuk amat tertarik dengan suhu badan yang lebih tinggi serta kandungan asid laktik, ammonia, dan asid urik yang biasanya didapati daripada peluh.
Walaupun atlet, ahli sukan, atau mereka yang aktif bergerak secara fizikal mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi – yang juga diminati oleh nyamuk, faktor genetik juga memainkan peranan dalam bahan semulajadi yang terkandung pada badan.
4. WANITA MENGANDUNG
Dalam beberapa kajian seperti yang dilaporkan oleh Science Direct, wanita mengandung adalah 2 kali ganda lebih kerap digigit oleh nyamuk.
Saintis mempercayai bahawa ini adalah kerana wanita mengandung mempunyai suhu badan yang lebih tinggi dan melepaskan lebih banyak gas karbon dioksida.
Hal ini menyebabkan wanita mengandung sangat berisiko terhadap Virus Zika yang telah dikesan di negara kita.
5. KOMPOSISI MIKROB PADA KULIT
Kita semua mempunyai flora mikrob yang unik dan cantik yang hidup di kulit kita. Malah, kita mempunyai lebih banyak mikrob pada kulit kita berbanding sel-sel kulit yang sebenarnya. Dan komposisi unik mikrob kami mempengaruhi berapa nyamuk yang mahu menggigit kami.
6. BERPAKAIAN GELAP
Selalu kita dengar tips halau nyamuk adalah dengan mengenakan pakaian berwarna cerah. Tapi kenapa?
Ini kerana warna gelap menyerap haba, manakala warna cerah memantulkan haba.
Maka, nyamuk yang mempunyai deria suhu yang sangat sensitif ini lebih tertarik pada haba yang terdapat pada warna gelap. Selain itu, sains juga menguatkan dakwaan ini di atas fakta bahawa deria penglihatan mereka lebih tajam dalam keadaan gelap.
SUMBER : Sehinggit
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahukah anda bahawa coklat sangat bergizi pada perkembangan otak?. Para ilmuwan telah membuktikan bahawa kandungan antioksidan yang ditemui dalam dua atau tiga senduk sudu coklat lebih kuat daripada antioksidan yang terdapat dalam makanan lain.
Ikan
Ikan secara keseluruhannya sangat bermanfaat untuk kesihatan terutama untuk otak. Ikan penuh dengan khasiat Omega 3 sekaligus dapat mengurangkan penyakit Alzheimer, Omega 3 juga menyediakan lebih banyak oksigen ke otak serta memungkinkan seseorang untuk menyimpan informasi baru sementara masih mengingati informasi lama. Ikan terbaik untuk kesihatan otak adalah ikan salmon dan tuna.
Sayuran Berdaun Hijau
Sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain adalah sangat baik untuk otak kanak-kanak dan juga orang dewasa. Makanan ini pula penuh dengan vitamin B6, B12 dan folat yang merupakan senyawa penting diperlukan oleh otak. Sayuran juga mengandungi zat besi yang tinggi. Jadi, anda perlulah biasakan anak-anak anda memakan sayuran hijau.
Kekacang
Ambillah snek dari kekacang dan biji-bijian seperti kekacang hazel, almond, walnut, biji bunga matahari atau kekacang yang lain. Kekacang dan biji-bijian penuh dengan asid lemak Omega 3 dan Omega 6, folat, vitamin E dan vitamin B6. Semua nutrisi ini membantu anda berfikir dengan lebih positif. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya untuk kanak-kanak.
Buah Berry
Blueberry sangat baik dalam meningkatkan kemampuan belajar seseorang. Kebanyakan berry termasuk blackberry, blueberry, raspberry dan lain-lain penuh dengan antioksidan yang sangat baik untuk meningkatkan kesihatan otak. Ia dapat membantu membalikkan efek penuaan pada otak dengan makan buah ini sekali sehari. Kebanyakan berry mengandungi fisetin dan flavenoid yang sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan.
Rempah-Rempah
Rempah terdapat dalam pelbagai jenis masakan yang terdiri daripada rempah kari, ketumbar, kunyit, jintan putih, kayu manis dan macam-macam lagi. Tahukah anda bahawa rempah-rempah ini sangat bermanfaat untuk otak?. Ia bertujuan menjadikan otak kekal segar sepanjang masa. Sebagai bahan utama, serbuk kari juga penuh dengan antioksidan yang melawan penuaan otak dan memelihara fungsi kognitif apabila usia bertambah.
Telur
Semakin meningkatnya usia anda, otak manusia semakin lemah tetapi kita boleh menanganinya dengan rutin memakan telur. telur mengandungi banyak vitamin B12 serta lesitin. Anda juga perlu ingat bahawa telur tidak sihat jika dimakan terlalu banyak kerana kuning telur tinggi kolesterol. Cukup hanya 1-2 biji sahaja sehari.
Teh Hijau
Ada diantara anda yang suka minum kopi pada waktu pagi kan?. Cuba gantikan dengan secangkir teh hijau. Minuman ini bermanfaat bagi otak kerana ia mengandungi catechin. Pernahkah anda mengalami di mana anda berasa letih dan lesu setiap hari?. Mungkin anda kekurangan catechin dalam otak. Catechin berguna untuk menjaga pemikiran agar sentiasa tajam dan segar.
Bijirin Gandum Penuh
Beras merah, oatmeal, roti whole grain dan gandum adalah antara kumpulan dalam makanan jenis ini. Ia bekerja untuk meningkatkan aliran darah ke otak. Makanan berbentuk bijirin ini mengandungi banyak vitamin B6 di dalamnya. Menurut para pengkaji ilmiah, memori seseorang mula menurun ketika usia menjangkau akhir 60-an dan di awal 70-an. Jadi, bijirin adalah sangat bagus untuk usia sebegini.
Tiram
Jika anda suka makanan laut, tentu anda suka dengan makanan dari jenis cengkerang ini. Menurut kajian yang dijalankan, makanan ini sangat bermanfaat untuk otak. Tiram kaya dengan zat besi dan membantu untuk menajamkan pemikiran anda. Di dalam 100 gram tiram ia mengandungi 11 gram protein, 4 gram lemak dan D (calciferol). mineral yang terkandung adalah besi, sodium, magnesium, kalsium, zink dan lain-lain lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.