
Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan dan ingin kurus, ‘fat loss’ adalah lebih penting berbanding ‘weight loss’.
Apa itu ‘weight loss’? Weight loss sebenarnya adalah program penurunan berat badan, penimbang biasa mengukur keseluruhan tubuh badan seperti lemak, otot, kandungan air dalam badan dan lain-lain.
Otot selalunya lebih berat dari lemak, 1 liter otot bersamaan 1.06kg mana kala 1 liter lemak bersamaan dengan 0.92kg.
Pola hidup orang yang menjalankan weight loss sedikit berbeza dengan program fat loss. Anda lebih berfokus mengonsumsi makanan rendah lemak dan mengurangi kabohidrat, dengan tujuan timbunan lemak. Selain itu, pemilihan jenis olahraga biasanya bersifat cardio, berlari, berenang, dan berbasikal sangat bagus untuk turunkan berat badan.
Fat loss pula lebih kepada soal pembentukan tubuh badan. Untuk lelaki peritus lemak ideal yang perlu ada di tubuh badan antara 15% – 24% manakala wanita pula 25%-31%.
Sekiranya anda tidak kehilangan berat badan tetapi kehilangan inci anda masih boleh mengubah komposisi badan.
Anda boleh ukur kandungan lemak menggunakan body composition analyser ataupun ukur lilit secara manual. Anda boleh beli body composition analyser di farmasi atau pasaraya berdekatan. Ia mempunya pelbagai fungsi dengan lebih tepat.
Program latihan fat loss memerlukan senaman yang agak berat seperti kettlebell dan muay thai. Pergerakannya mampu membuatkan otot bekerja terutamanya di beberapa bagian tubuh seperti tangan, perut dan betis. Ia akan membuat badan terlihat lebih berbentuk.
Selain itu, Anda bisa mengonsumsi makanan berprotein tinggi, seperti daging putih—ayam atau ikan.
Jangan stress apabila berat badan tidak turun, ukur juga fat loss. Penurunan berat badan yang sihat hanya sekitar 500g ke 1.5kg seminggu kecuali waktu permulaan diet akan turun mendadak kerana badan kehilangan air kesan dari hilang hasil pembakaran glycogen.
‘Stay Back’ Kerja Sampai Lewat Malam Tak Jamin Hidup Bahagia, Sila Jangan Dungu!

Pernah tak anda diperli oleh rakan sekerja bila ingin pulang kerja lebih awal? Malah mereka mentertawakan dan riak wajah mereka penuh dengan judgment bahawa anda seorang yang pemalas dan tidak berjaya?
Sebenarnya, persetankanlah mereka!
Tuntutan kerja bertimbun kadangkala memaksa kita bekerja lebih masa semata-mata untuk menyiapkan kerja yang tertangguh. Jika kerja itu perlu dilakukan segera, bersengkang mata di pejabat tidak menjadi masalah tetapi apabila kerja mudah pun memerlukan kita tambah waktu bekerja mungkin cara kerja kita sebenarnya tidak betul. Maskulin berikan tip agar anda dapat elak melakukannya.

PERKARA PERLU ANDA ELAKKAN
Cara kerja tiada sistem
Seorang pekerja yang bagus sentiasa merancang setiap kerja yang dilakukannya. Jika sebelum masuk bulan baru kita sudah pun menyusun jadual kerja, kemungkinan untuk berjaga malam di pejabat tidak akan berlaku. Risiko perjalanan kerja anda juga tidak akan terganggu biarpun menerima banyak tugasan ‘last minute’ daripada bos.
Kaki tangguh
Kerja bukannya sukar mana pun, tetapi masa untuk disiapkan mengambil masa berbulan-bulan. Kalau boleh, sasarkan kerja penting dan kurang penting yang mana harus diselesaikan terlebih dahulu. Jangan apabila ada kerja baru, anda bertangguh-tangguh dengan hanya alasan kerja dulu baru disiapkan. Kalau boleh, buatlah senarai tugasan setiap hari atau malam sebelum tidur untuk mengelakkan kerja jadi tertangguh.
Pura-pura sibuk
Tidak ramai tahu apa yang harus dilakukan jika bekerja lebih dari waktu kebiasaan. Tumpuan mereka juga bukannya 100% untuk kerja, tetapi digunakan untuk berbual-bual di telefon atau buat-buat sibuk. Contohnya lalu-lalang memegang fail ke hulu ke hilir semata-mata ingin menunjukkan anda memang seorang yang sibuk. Sudahnya apabila menjelang petang, tekanan kerja makin bertambah kerana banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum waktu pulang. Mulalah stres tidak tentu pasal.
Curi masa
Mencelah untuk ‘ keluar sekejap’ dalam waktu kerja memang perkara biasa. Tipulah kalau semua pekerja yang bekerja menghadap komputer atau fokus sesesuatu kerja itu selama 24 jam. Paling tidak pun, mereka akan ke kafeteria untuk membeli makanan atau keluar menguruskan sesuatu yang penting dalam masa yang sangat cepat. Tetapi perlu diingat, jangan keluar sesuka hati. Sebelum keluar, mintalah izin dan tinggalkan pesan kepada ketua anda.
Nak nampak rajin
Sesetengah syarikat membuat bayaran untuk kerja lebih masa. Itulah sebabnya ada juga mereka yang suka mengambil kesempatan untuk duduk lebih lama di pejabat supaya jam-jam terakhir boleh dikira sebagai bayaran overtime. Alasan mereka menyiapkan kerja. Sebenarnya kerja yang dilakukan banyak pada membuang masa melayari Internet atau berbual-bual kosong. Buktinya, kerja mudah yang mampu disiapkan dalam masa setengah hari disiapkan hingga larut malam.
Sebab deadline lambat lagi
“Alaa deadline lambat lagi. So, tak payah lah nak terkejar-kejar buat kerja”. Inilah masalah orang kita. Suka sangat bekerja last minute. Tempoh waktu yang diberikan untuk menyiapkan sesuatu kerja tidak mahu diendahkan. Ingat! Jangan sesekali memandang remeh pada deadline yang diberikan oleh bos anda bagi menyiapkan sesuatu kerja. Biar pun anda bekerja dengan jadual, tetapi risiko kemungkinan bos anda mahukan tugasan perlu disiapkan itu dengan tiba-tiba boleh terjadi. Macam mana keadaan anda masa itu? Sudah pasti kelam-kabut bukan?. Jadi elak amalkan tabiat ini.
Era Baharu Inovasi Telefon Pintar Terkini Dari Samsung Bakal Terungkap

Saban tahun kita menyaksikan pelbagai inovasi serta pengenalan teknologi terkini didalam industri telefon pintar diperkenalkan kepada pengguna. Setiap satunya pasti mempunyai idea yang cukup menarik dan kadangkala dianggap cukup radikal.
Di natara pemain utama industri peranti pintar globalialah Samsung yang dilihat tidak pernah takut untuk memperkenalkan sesuatu yang baharu atau menginovasikan inspirasi lampau menjadi sesuatu yang lebih baik.
Pada Ogos tahun lalu dalam sebuah acara ‘Unpacked’ yang dilangsungkan oleh Samsung, mereka teLah berkongsi pelbagai startegi serta pengenalan inovasi baharu yang dilihat mampu memberikan wajah baharu di dalam lanskap peranti pintar terutamanya dalam segmen telefon pintar.
Perkara ini dikongsi oleh Presiden & Ketua Perniagaan Komunikasi Mobil Samsung Electronics, Dr. TM Roh. Jelasnya selepas setahun berlalu, teknologi peranti pintar telah melalui satu evolusi yang cukup signifikan.

“Kolaborasi kami bersama rakan niaga yang memberikan komitmen tinggi telah memacu usaha kami untuk memberikan teknologi yang lebih versatail. Ketika kita berada dalam dunia transformasi yang lebih tangkas, saya percaya ekosustem merupakan satu cara untuk mempercepatkan inovasi serta memberikan kebebasan kepada pengguna merasai pengalaman tersendiri bersama peranti.

“Samsung Electronics bersedia untuk mengunkap dan memperkenalkan teknologi telefon pintar yang lebih baik. Selaras dengan itu, Samsung bakal memperkenalkan telefonpintar terbaik, tercanggih dan terkini, Samsung Galaxy Z series yang bakal mengubah lanskap kategori telefonm pintar,” ujarnya lagi.
PENGALAMAN BAHARU BERSAMA TEKNOLGI HEBAT
Menyedari bahawa pengguna global kini memerlukan teknologi yang lebih fleksibel untuk diterokai, Samsung sentiasa terbuka dan mendengar luahan mereka untuk menghasilkan inovasi yang mampu memberikan pengalaman lebih menarik.
Dari kamera yang epik, penggunaan visual sensasi serta ketahan bateri berpanjangan merupakan antara fokus utama yang diberikan perhatian khusus oleh Samsung.

“Usaha untuk membawa merasai pengalaman yang baharu, kami akan membawakan anda untuk menerokai jajahan baharu teknologi telefon pintar. Itulah yang telah kami lakukan dengan pengenalan Galaxy Fold. Dan kini kami tidak akan berhenti di situ sahaja dengan memperkenalkan generasi kedua telefon pintar boleh lipat, Galaxy Z Fold 2 dan juga Galaxy Z Flip.
“Pengalaman menggunakan skrin yang lebih kaya, berbeza serta unik menjadikan inovasi ini sebagai tarikan utama. Saya turut berbesar hati generasi ketiga peranti boleh lipat akan terus memperkenalkan teknologi lebih mantap dengan keupayan pelbagai tugasan ataumultitasking untuk pengguna di seluruh dunia,” tambahnya lagi.
EKOSISTEM DIPERCAYAI
Faktor sambungan dalam ekosistem yang stabil dan boleh dipercayai menjadi salah satu perkara yang cukup penting di kalangan pengguna. Bagi Samsung, kolaborasi berpanjangan bersama rakan niaga seperti Google dan Microsoft telah menjadikan peranti mereka cukup selamat dan dipercayai dalam dunia teknologi yang cukuppantas bergerak.
Kerjasama berpanjangan dan tidak pernah putus tersebut turut memberikan kawalan lebih menyeluruh kepada penggunanya dari segi perkongsian data dan privasi. Ini bermakna pengguna diberi ruang lebih banyak untukmengawal sendiri pengalaman mereka menggunakan peranti tanpa perlu rasa was-was.
Kolaborasi ini juga telah mewujukan pelbagai palikasi yang dibangunkan bersama. Antaranya pengenalan aplikasi Galaxy seperti Samsung Helath dan Smarthings yang dibangunkan bersama Google.
ERA BAHARU TELEFON PINTAR BAKAL BERMULA
Pengenalan siri terbaru Galaxy Z Fold bakal menyaksikan kombinasi telefon pintar terbaik yang akan turut manawarkan inovasi baharu pengalaman menggunakan peranti pintar. Mnakala untuk model terbaru Gaaxy Z Flip pula akan menyerlahkan gaya yang lebih elegan, tahan lasak serta menggunakan material lebih kuat.
Beliau juga menyeru pengguna dan peminat peranti pintar Samsung untuk bersedia menantikan era bhaharu telefon pintar yang bakal diungkapkan dalam masa terdekat.
Di Sebalik Pembikinan & Rekaan Kasut Under Armour The Curry 7 Bersama Leon Gu

Pengaruh serta sambutan terhadap sukan bola keranjang di negara kita dilihat berkembang dengan cukup baik. Walaupun ia tidakah menjadi sukan paling popular namun pengikut sukan ini terutamanya liga bola keranjang profesional di Amerika Syarikat, NBA sangat hebat. Dan jumlah tontonan setiap perlawanan NBA semakin meningkat dan tinggi.
Di antara bintang bola keranjang yang paling berbisa dan popular masa kini ialah Stephen Curry. Sesiapa yang mengikuti karier hebat pemain ini juga pasti mengetahui tentang hubungan Curry dan jenama Under Armour.
Kolaborasi terkini antara Curry dan Under Armour menyaksikan lahirnya kasut bola keranjang ‘The Curry 7’ diperkenalkan di pasaran. MASKULIN diberi penghormatan untuk mengupas tentang kisah di sebalik tabir pembikinan kasut ini bersama pereka dari Armour Under, Leon Gu.
APAKAH YANG DIINGINI OLEH STEPHEN SEMASA ANDA MENGHASILKAN CURRY 7?
Stephen merupakan seorang atlet yang sangat kompetitif. Jadi dia mahu kasut yang lebih responsif terutamanya untuk musim NBA akan datang. Sepasang kasut yang mampu memberikan kakinya ‘merasa’ gelanggang dengan baik dan dalam pada masa memberikan cengkaman lebih baik.
BAGAIMANA ANDA MENDAPAT IDEA UNTUK MENGHASILKAN REKAAN YANG IKONIK? ADAKAH IA REKAAN SEMATA ATAU ADA INPUT DARIPADA ATLET TERSEBUT?
Bagi saya ia adalah gabungan daripada dua faktor tersebut. Under Armour berbangga dengan perjalanan siri kasut kolaborasi bersama Stephen Curry dan tak keterlaluan saya katakan Curry 7 adalah kegemaran saya.
APAKAH JENIS CABARAN ANDA LALUI BILA BEREPAN PROJEK BESAR SEPERTI INI?
Melakukan projek bersama atlet bertaraf dunia seperti Stephen Curry memberikan cabaran serta kepuasan kepada saya. Ramai pihak akan memberikan tumpuan kepada dirinya dan pasukan untuk musim baru.
Dan semestinya ramai akan ternanti-nantikan kasut yang dipakai oleh Stephen. Jadi di sinilah peranan kami untuk membantunya meningkatkan prestasi beliau.

PAKAH PEMBAHARUAN YANG TERDAPAT PADA CURRY 7?
Stephen mahukan kasut yang lebih responsif. Jadi Curry 7 merupakan kasut pertama di bawah Under Armour Basketball menggabungkan sistem kusyen UA HOVR dan Micro G. Kedua-dua bahan daripada teknologi ini sangat seimbang dan mudah lentur.
Ia membolehkan kasut ini memberikan extra lift dan memberikan pulangan tenaga semula yang baik.

BAGAIMANA PULA DENGAN KELEBIHAN MENGGUNAKAN DUA SISTEM KUSYEN BERBEZA?
Dengan menggabungkan UA HOVR dan Micro G, kami mampu mengetengahkan dan menawarkan kasut yang mampu meningkatkan prestasi atlet. UA HOVR foam merupakan material yang memberikan pulangan tenaga yang baik manakala Micro G pula bersifat sangat responsif.