Sebenarnya banyak kelebihan mandi air sejuk yang boleh anda dapat. Jadi pastikan ia menjadi amalan anda setiap hari.

Ini merupakan lima kelebihan mandi air sejuk setiap pagi untuk memberi kecergasan buat tubuh badan anda.

#1: MEMBAKAR LEMAK DALAM TUBUH

Lemak putih adalah lemak jahat dan lemak coklat adalah sebaliknya. Fungsi lemak coklat adalah untuk menyebarkan panas dalam tubuh agar tubuh sentiasa hangat.

Jika anda mandi dengan air sejuk, lemak ini akan aktif (lemak coklat aktif apabila terkena suhu yang sejuk), akhirnya lemak ini akan membakar kalori untuk membuatkan tubuh anda tetap hangat. Dengan kata lain, ia membantu anda untuk menurunkan berat badan tanpa sebarang pil diet.

IKLAN

Mandi Air Sejuk Setiap Pagi Bagus Untuk Membakar Lemak Dalam Tubuh!

#2: KEMBALIKAN STAMINA TUBUH LEPAS BERSENAM

Para atlet akan mandi dengan air air untuk mengurangkan rasa sakit dan lenguh. Untuk anda yang baharu melakukan senaman, mandi dengan air sejuk mampu mengembalikan stamina tubuh.

#3: MEMBERI TENAGA SEPANJANG HARI

Mandi dengan air sejuk di waktu pagi mampu mengelakkan anda berasa ngantuk sepanjang hari. Ketika tubuh anda terkena air sejuk di waktu pagi, anda akan bernafas lebih dalam.

IKLAN

Kesan daripada tindakan itu, degupan jantung anda akan meningkat,  membuatkan aliran darah anda lancar dan anda akan rasa lebih bertenaga sepanjang hari.

#4: TINGKATKAN KEKEBALAN TUBUH DAN MELANCARKAN ALIRAN DARAH

Mandi dengan air sejuk mampu meningkatkan metabolisme tubuh dan mampu mengaktifkan sistem kekebalan tubuh.

IKLAN

Mandi dengan air sejuk juga mampu melancarkan aliran darah anda sekali gus mengelakkan anda terkena penyakit saluran darah tersumbat.

#5: MEMILIKI RAMBUT DAN KULIT YANG LEBIH CANTIK

Jika anda ingin memiliki kulit cantik dan bebas jerawat, mandilah dengan air sejuk. Air panas membuatkan kulit anda kering manakala air sejuk mampu mengecilkan liang kulit hingga dapat mencegah terjadinya jerawat.

Jika anda membasuh kepala dengan air sejuk, kulit kepala akan menutupi dan menghalang sebarang kotoran untuk berkumpul di kulit kepala anda.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI