Sebelum ini orang tua-tua melarang untuk mandi di waktu malam. Mereka mengatakan perkara tersebut boleh menyebabkan penyakit paru-paru berair. Masa berlalu pergi dan cerita-cerita yang mengatakan mandi malam penyebab kepada paru-paru air menjadi versi yang baharu.

Salah satu versi yang baharu adalah mereka mengatakan apabila waktu malam, liang roma akan terbuka dan ini akan menyebabkan air masuk ke dalam badan ketika mandi. Air yang berlebihan ini akan terkumpul di dalam paru-paru dan akhirnya menyebabkan paru-paru berair

Di sini kami ingin memberi tahu beberapa perkara tentang paru-paru berair:

Penggunaan istilah paru-paru berair sebagai istilah perubatan adalah tidak spesifik dan boleh mendatangkan kekeliruan. Kerana ia boleh membawa maksud kepada dua perkara iaitu samada Pleural effusion ataupun Pulmonary Edema dan kedua-dua penyaki ini adalah berbeza.

Mandi Malam Tak Salah & Bukan Punca Paru-Paru Berair

Pleural Effusion

Perlu diketahui bahawa paru-paru dilindungi oleh dua lapisan pleural. Fungsi pleura ini untuk melindungi paru-paru malah mewujudkan ruang diantara pleura bahagian dalam dan luar. Ruang tersebut mempunyai sedikit cecair dan ia akan membenarkan pergerakan paru-paru untuk membesar dan mengecil.

IKLAN

Ruang inilah yang akan dipenuhi oleh cecair dan menyebabkan penyakit yang bernama pleural effusion.

Penyebab pleural effusion:

  1. Kanser paru-paru
  2. Jangkitan kuman paru-paru(penumonia)
  3. Masalah lemah jantung
  4. Kegagalan buah pinggang dan hati

Mandi Malam Tak Salah & Bukan Punca Paru-Paru Berair

IKLAN

Pulmonary edema

Di dalam paru-paru terdapatnya alveolar yang berfungsi sebagai tempat pertukaran oksigen. Ia seperti poket-poket kecil.

Jika air terkumpul disini, nama penyakit tersebut adalah Pulmonary edema. Penyebab kepada penyakit ini adalah lemah jantung, serangan sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan juga hati.

Betul ke mandi malam penyebab paru-paru berair?

Kita berbalik kepada mandi malam. Kena faham bahawa lapisan kulit merupakan lapisan yang tidak telap pada air dan liang roma tidak akan terbuka pada waktu malam. Oleh sebab itu, mandi waktu malam tidak akan menyebabkan air masuk ke dalam tubuh dan berkumpul di paru-paru.

IKLAN

Malah penyebab-penyebab penyakit-penyakit di atas langsung tiada kaitan dengan mandi malam

Kalaulah mandi pun berbahaya pada waktu malam, kita pun sepatutnya perlu melarang minum air kerana air lagi senang diserap oleh saluran pencernaan kita.

Kesimpulan:

Paru-paru berair bukanlah disebabkan mandi pada waktu malam. Ianya disebabkan penyakit-penyakit di atas.

Oleh itu, jika anda balik ke rumah dalam keadaan yang tidak selesa sebab berpeluh dan anda berkeinginan untuk mandi, dipersilakan. Tiada masalah!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI