Teh hijau terkenal sebagai antara minuman yang banyak kebaikan. Amalkan pengambilan teh hijau ini untuk kecantikan dan memberi kesihatan yang hebat untuk tubuh badan.
Bukan sahaja perempuan, lelaki juga bakal mendapat banyak manfaat jika mengamalkan pengambilan teh hijau ini. Jadi pastikan anda tidak mensia-siakan amalan minum teh hijau yang cukup hebat ini.
Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsi penulisan Dr Jue tentang 10 sebab kenapa anda mesti minum teh hijau. Semoga perkongsian ini akan membuka mata anda betapa hebatnya teh hijau ini jika dijadikan sebagai minuman harian.
10 SEBAB KENAPA ANDA MESTI MINUM TEH HIJAU (GREEN TEA)
Assalamualaikum anda semua! Anda minum apa hari ini. Minuman anda merosakkan atau memberi kebaikan pada anda semua?
Dr Jue minum teh hijau setiap hari. Ada yang tanya Dr Jue kebaikan teh hijau. Di sini Dr Jue akan share segala kebaikan teh hijau pada anda semua. Lepas ni semua bertukar pada minuman yang berkhasiat ini yer!
Teh hijau (green tea) adalah minuman paling berkhasiat di planet ini.
Ianya kaya dengan antioksidan dan zat makanan yang mempunyai kebaikan yang sangat hebat pada tubuh kita.
Kebaikan teh hijau meliputi menambah fungsi otak, membakar lemak, menurunkan risiko kanser dan banyak lagi yang Dr Jue akan huraikan di sini.
10 khasiat teh hijau yang telah dibuktikan melalui kajian saintifik adalah seperti berikut.
1. Teh hijau mengandungi kompaun bioaktif yang meningkatkan kesihatan
Teh hijau bukan setakat cecair berwarna hijau biasa!
Terdapat banyak kompaun bioaktif dalam daun teh yang membawa kepada minuman yang mempunyai banyak kandungan zat penting makanan.
Teh hijau mengandungi banyak Polyphenol seperti flavonoids dan catechins yang berfungsi sebagai antioksidan yang kuat.
Bahan ini boleh mengurangkan pembentukan radikal bebas dalam badan, melindungi sel-sel dan molekul-molekul daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Radikal bebas bertanggungjawab dalam proses penuaan badan. Efek ini menjadikan kita awet muda.
Salah satu kompaun dalam teh hijau adalah Epigallacatechin Gallate (EGCG), di mana kajian menunjukkan bahan ini melindungi badan dari pelbagai penyakit. Ini menjadikan teh hijau mempunyai kesan seperti ubat yang kuat.
Teh hijau juga mengandungi sedikit mineral yang membantu kesihatan.
Carilah teh hijau yang betul-betul berkualiti . Teh hijau yang rendah kualiti mengandungi kandungan fluoride yang tinggi!
Ada kenyataan menyatakan, walaupun kita mengambil brand yang rendah quality, kita masih lagi mendapat banyak manafaat dari teh hijau tersebut.
Ads
2. Kompaun dalam teh hijau boleh memperbaiki fungsi otak dan menjadikan anda lebih bijak
Teh hijau bukan sahaja membuatkan anda celik, malah membuatkan anda lebih bijak.
Bahan yang membuatkan anda cergas adalah perangsang semula jadi dalam teh hijau iaitu caffeine.
Kandungan caffeine dalam teh hijau tidaklah setinggi kandungan caffeine dalam kopi. Walau bagaimanapun, ia sudah mencukupi dan tidak menyebabkan ketagihan seperti minum kopi.
Apa yang caffeine buat adalah menghalang pengeluaran Adenosine iaitu neutotransmitter pembantut. Cara ini meningkatkan aktiviti neuron dan juga meningkatkan neurotransmitter perangsang iaitu dopamin dan norepinaphrine.
Kajian terhadap caffeine menunjukkan ia boleh mengawal mood, kelakuan, tindakan pada masa dan ingatan.
Teh hijau juga mengandungi L-theanine yang boleh sampai ke otak dan mengurangkan Stress dan Anxiety.
Kombinasi rendah caffeine dan L theanine meningkatkan fungsi otak! Menjadikan anda lebih bijak.
Ramai yang merasa lebih bertenaga dan lebih produktif selepas minum teh hijau.
3. Teh hijau meningkatkan pembakaran lemak badan dan meningkatkan kecergasan fizikal
Banyak suppliment pembakar lemak menambah teh hijau di dalamnya! Ini adalah kerana kajian pada manusia menunjukkan teh hijau boleh meningkatkan pembakaran lemak dan meningkatkan kadar metabolisme badan.
Kajian pada 10 lelaki aktif menunjukkan teh hijau menaikkan tenaga sebanyak 4%.
Kajian menunjukkam teh hijau meningkatkan kadar pembakaran lemak sebanyak 17%. Kesan ini bergantung pada individu dan bukan pada semua orang.
Ads
4. Antioksidan dalam teh hijau dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser
Kanser adalah disebabkan pembiakan sel yang tidak terkawal.
Teh hijau adalah sumber antioksidan yang tinggi.
*Kanser payudara*
Kajian dari Meta-analysis menunjukkan wanita yang minum teh hijau mempunyai risiko kanser payudara 22% rendah wanita lain.
*Kanser kelenjar prostat*
Satu kajian mendapati lelaki yang kerap minum teh hijau mendapat kanser prostat kurang 48% dari lelaki lain.
*Kanser usus*
Kajian dari 69,719 wanita China yang minum teh hijau mendapati mereka kurang mendapat kanser usus sebanyak 57%.
Banyak lagi kajian mendapati peminum teh hijau kurang dengan jelas dari mendapat pelbagai kanser lain.
*Diingatkan di ini bahawa minum teh hijau bercampur susu boleh mengurangkan kesan antioxidan teh hijau!*
5. Teh hijau menjaga otak dari penuaan dan mengurangkan risiko mendapat penyakit Alzheimer’s (nyanyuk) dan penyakit Parkinson’s
Not only can green tea improve brain function in the short term, it may also protect your brain in old age.
Ads
Banyak kajian di makmal dan pada haiwan menunjukkan kompaun catechins dalam teh hijau mempunyai kesan menjaga otak dan mengurangkan risiko penyakit nyanyuk dan Parkinsons
6. Teh hijau boleh membunuh kuman dan meningkatkan kesihatan gigi anda juga mengurangkan risiko mendapat jangkitan kuman
Catechines dalam teh hijau juga mempunyai kesan biologikal.
Kajian menunjukkan ia boleh membunuh bakteria, menghalang virus dari membiak seperti virus influenza juga mengurangkan risiko jangkitan kuman.
Kajian mendapati catechins menghalang pembiakan mutan bakteria sterptococcus yang selalunya menyebabkan kerosakan gigi. Ia juga mengurangkan bau mulut!
7. Teh hijau juga mengurangkan risiko Kencing Manis Type 2
Kajian menunjukkan teh hijau menurunkan sensitiviti insulin dan menurunkan paras gula dalam darah.
Satu kajian di Jepun mendapati mereka yang minum teh hijau mempunyai risiko kurang mendapat kencing manis sebanyak 42%.
Menurut laporan dari 7 kajian yang melibatkan 286,701 orang, peminum teh hijau kurang mendapat kencing manis sebanyak 18%.
8. Teh hijau mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung kardiovaskular
Teh hijau boleh mengurangkan cholesterol dan triglycerides peminum. Ini boleh menurunkan risiko penyakit jantung.
Teh hijau juga juga meningkatkan keupayaan antioksidan darah. Ini membantu melindungi partikel LDL cholesterol dari proses pengoksidanan yang membawa kepada sakit jantung.
Kesan ini membantu peminum teh hijau dari bahaya sakit jantung sebanyak 31%.
9. Teh hijau membantu untuk kurus dan mengurangkan risiko menjadi gemuk
Teh hijau meningkatkan kadar metabolisma badan yang membantu untuk kurus.
Beberapa kajian menunjukkan teh hijau menurunkan lemak badan terutamanya pada bahagian perut.
10. Teh hijau membantu anda untuk panjang umur
Kajian terhadap 40,539 orang dewasa Jepun menunjukkan mereka yang minum teh hijau 5 cawan sehari mempunyai umur yang lebih panjang dari mereka yang tidak minum teh hijau.
Kajian lain terhadap 14,001 penduduk dewasa Jepun mendapati mereka yang berumur 65-84 tahun adalah mereka yang meminum teh hijau.
Saranan Dr Jue, jaga diet anda, minum teh hijau tanpa gula sebagai minuman utama anda setiap hari untuk kesihatan optimum.
Sekian
#drjuesrikandipejuangkesihatan
Bahan rujukan: Kris Gunnars, BSc
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Cita-cita nak masuk gimnasium untuk bersenam dan bina badan agar lebih sado dan sihat sebenarnya dah cukup bagus dan sangat baik.
Namun agak ‘kurang sedap’ kalau anda sekadar main redah jer tanpa ada persediaan yang sepatutnya. Ibarat kata, anda sendiri pun tak tahu apa fokus anda.
Kalau boleh, elakkan 6 kesalahan yang sering dilakukan seperti ini :
1. Leka Dengan Smartphone
Anda nak workout untuk sihat, atau sekadar mahu show off di Instagram? Tak salah sesekali nak buat mirror selfie, cuma seelok-eloknya lakukanlah di penghujung sesi supaya tak mengganggu flow workout anda.
Ingat, bentuk tubuh yang anda impikan itu memerlukan fokus dan kerja keras. Jika anda terus leka dengan samrtphone, produktiviti anda akan merudum dan workout anda juga lambat menunjukkan hasil.
2. Warm Up Terlalu Lama
Menurut Istvan Jarovek, seorang jurulatih sukan terkenal Romania, warm up atau melakukan pemanasan badan sebelum workout adalah mengarut.
Beberapa kajian turut mendapati regangan otot yang statik sebelum bersenam bukanlah untuk mengelak kecederaan sebaliknya hanya membuang masa.
Apa pun pendirian anda tentang warming up ini, buatlah berpada-pada dan tumpukan kepada kualiti, bukannya kuantiti regangan.
3. Tak Tahu Kelemahan Diri
Lain orang, lain kemampuan. Bukan semua jenis senaman dan peralatan perlu anda cuba. Sesetengah senaman bukan sahaja tidak sesuai dengan tahap kemampuan anda, malah boleh menyebabkan kecederaan serius.
Mintalah pendapat tenaga pengajar tentang kemampuan anda dan kesesuaian jenis workout, bukannya semberono mengikut apa saja yang dilakukan orang lain.
4. Ponteng leg day
Badan sado, kaki ranting? Ha… anda tentunya tak mahu kaki anda kelihatan kecil dan kurus walaupun badan berotot, bukan? Godaan untuk skip senaman kaki memang besar, lebih-lebih lagi untuk newbie seperti anda. Tapi anda tak boleh mengalah. Pain today, strength tomorrow.
5. Jadi Hamba Gym
Sesetengah individu beranggapan hanya alatan boleh membantu anda mencapai matlamat tubuh sasa dan sanggup menghabiskan berjam-jam di gym. Hakikatnya, anda tidak perlu mengambil masa yang lama di pun untuk workout, cukup sekadar 30-45 minit. Apa yang penting ialah disiplin dan kualiti workout anda itu.
6. Menggunakan Alat Senaman Sama
Menggunakan alat senaman yang sama akan menyebabkan anda menjadi bosan dan hilang motivasi. Lagipun, setiap otot dan bahagian tubuh anda mempunyai keperluan dan intensiti yang berbeza-beza.
Bertukar-tukar rutin workout akan membantu anda untuk mendapatkan kesihatan dan bentuk badan yang optimum. Rujuk pendapat tenaga pengajar atau rakan-rakan gym yang berpengalaman untuk merancang jadual workout anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi pelari tegar, tiada apa yang lebih menyakitkan hati dan lutut bila semangat berlari terhenti gara-gara kecederaan. Salah satu masalah paling biasa dalam kalangan pelari dari amatur ke maraton ialah Runner’s Knee atau nama perubatannya Patellofemoral Pain Syndrome (PFPS).
Walaupun kedengaran ringan, kecederaan ini boleh mengganggu prestasi malah menjejaskan rutin harian jika tidak dirawat dengan betul.
Ironinya, ramai pelari tidak sedar bahawa puncanya sering datang daripada cara mereka berlari, bukan semata-mata kerana overuse. Runner’s Knee boleh dielak dengan pemahaman yang betul tentang punca dan langkah pencegahan.
Runner’s Knee bukan satu kecederaan spesifik tetapi satu istilah umum yang merujuk kepada sakit di bahagian depan atau sekitar tempurung lutut (patella). Ia berlaku apabila tulang patella tidak bergerak dengan lancar di atas tulang paha (femur) semasa aktiviti, menyebabkan geseran dan tekanan pada sendi lutut.
Masalah ini lazim dialami oleh pelari jarak jauh, pemain bola dan individu aktif lain yang kerap melakukan pergerakan membengkokkan lutut secara berulang. Jika tidak ditangani, Runner’s Knee boleh menjadi kronik dan menyebabkan pelari hilang keyakinan untuk kembali ke trek.
Simptom Runner’s Knee
Antara tanda-tanda paling biasa termasuk:
Sakit tumpul atau berdenyut di bahagian depan lutut terutamanya semasa menaiki atau menuruni tangga.
Rasa ketat atau sakit selepas duduk lama dengan lutut membengkok.
Bunyi klik, pop atau geseran ketika membengkokkan atau meluruskan lutut.
Bengkak ringan atau rasa panas di sekitar sendi lutut.
Jika simptom Runner’s Knee ini berlarutan lebih dari seminggu, sebaiknya dapatkan pemeriksaan fisioterapi atau ortopedik.
Punca Utama Runner’s Knee
Kecederaan ini boleh berlaku kerana gabungan beberapa faktor:
Teknik larian yang salah, langkah terlalu panjang atau pendaratan tumit yang keras meningkatkan tekanan pada lutut.
Otot paha dan core yang lemah, menyebabkan lutut tidak sejajar dengan betul ketika berlari.
Ketidakseimbangan otot kaki, otot quadriceps yang tidak sekata boleh menarik patella keluar dari alur semula jadi.
Kasut larian tidak sesuai, sama ada haus, tidak cukup sokongan atau tidak sesuai dengan bentuk kaki.
Peningkatan jarak larian mendadak tanpa rehat mencukupi.
Cara Elak Runner’s Knee
Mencegah lebih baik daripada menanggung sakit berbulan-bulan. Berikut beberapa langkah mudah yang boleh membantu mengelakkan Runner’s Knee:
Kuatkan otot paha dan core. Fokus pada senaman seperti squats, lunges, side planks dan leg raises untuk menstabilkan sendi lutut.
Perbaiki teknik larian. Pastikan langkah tidak terlalu panjang dan cuba mendarat di bahagian tengah tapak kaki (midfoot strike).
Pilih kasut yang sesuai. Dapatkan analisis gait di kedai sukan profesional untuk tentukan jenis kasut yang sesuai dengan bentuk kaki anda.
Tambahkan regangan dan mobiliti. Regangkan otot hamstring, betis dan paha luar (IT band) secara berkala untuk elak ketegangan otot.
Naikkan jarak larian secara berperingkat. Ikut prinsip 10% rule, jangan tambah jarak melebihi 10% daripada jumlah minggu sebelumnya.
Gunakan ais selepas larian panjang. Pek ais selama 15 hingga 20 minit boleh bantu kurangkan radang kecil di kawasan lutut.
Knee-Pain
Bila Perlu Jumpa Pakar
Jika sakit tidak berkurang selepas seminggu berehat atau lutut mula berbunyi dan membengkak dengan teruk, itu tanda badan anda perlukan bantuan profesional.
Rawatan fisioterapi, terapi ultrasound atau teknik taping boleh membantu memperbaiki pergerakan patella dan mengurangkan tekanan pada sendi.
Runner’s Knee mungkin kelihatan seperti kecederaan kecil tetapi bagi pelari, ia boleh menjadi permulaan kepada isu yang lebih besar. Dengan penjagaan otot, pemilihan kasut yang betul dan disiplin dalam latihan, anda boleh terus berlari jauh tanpa perlu risau tentang sakit lutut.
Ingat, kekuatan sebenar pelari bukan hanya pada kaki tetapi pada cara dia menjaga tubuhnya. Elakkan Runner’s Knee dengan latihan pintar dan penjagaan yang konsisten.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kira sering membicarakan apa yang dilalui oleh orang yang memiliki berat badan berlebihan atau obese. Namun tahukah anda lelaki yang kurus juga berdepan dengan cabaran yang tidak kurang hebatnya?
Malah apa yang orang kurus lalui mungkin tak dapat akan difahami oleh orang lain yang miliki berat badan normal.
Ini merupakan 10 perkara yang hanya orang kurus sahaja yang faham dan boleh relate.
MANGSA EJEK ‘TENGKORAK’
Bila bersama kawan-kawan pergi berkelah ini antara perkara yang selalu berlaku. Ya, memang hanya bergurau tapi kalau setiap kali buka baju nak mandi-manda kena ejek dan jadi bahan gurau tak seronok juga. “Tulang dada kau macam gitar dowh!” Itu antara yang biasa sangat kita dengar.
SUSAH CARI BAJU
Disebabkan badan yang kurus memang agak sukar nak cari baju sesuai. Ini terutamanya bila ingin beli pakaian dari jenama luar negara. Sais ‘S’ bila pakai sudah macam saiz XL bila anda pakai. Malah kadang-kadang terpaksa shopping baju di bahagian kanak-kanak.
SASARAN FITNESS
Berbeza dengan orang lain yang bersusah payah bersenam dan amkan segala macam ubat untuk turunkan berat badan. Anda pula berhempas pula nak naikkan berat. Kalau tersalah bersenam nanti berat makin agi turun. Memang struggle ini orang lain tak akan faham.
Ini antara ayat yang biasa orang kurus dapat sama ada daripada ahli keluarga atau rakan-rakan. Walhal anda sudah pun telah makan full meal course dengan lengkap.
FRAGILE
Dalam erti kata lain anda mudah terjatuh atau tergolek bila bergurau dengan kawan-kawan. Atau bila bermain bola sepak, pastinya orang sangat risau dengan kondisi anda yang kurus.
BOLEH MAKAN BANYAK
Orang lain mungkin sakit hati bila tengok anda makan tanpa ada sebarang kawalan. Nak makan burger tiga biji? No problem, anda boleh makan dengan hati yang senang. Kalau orang lain pasti selesai makan muka penuh penyesalan.
MUDAH SEJUK
Antara masalah yang sering menghantui orang kurus. Kalau terlupa bawa sweater ketika pergi tengok wayang itu bermakna anda akan menderita sampai tayangan tamat. Bagi orang lain sushu sejuk itu satu keselesaan tapi tidak bagi anda.
MUAT TEMPAT SEMPIT
Bila ada sesuatu yang tersepit di ruang yang sempit anda pastinya akan jadi orang yang kena suruh. Kunci terjatuh di celah-celah jeriji penutup longkang? Ya, andalah yang terpaksa tolong sebab lengan anda sahaja yang muat.
SELUAR LONDEH
Kebanyakan jenama seluar lelaki, saiz palong kecial yang terdapat di pasaran ialah 28 inci. Bayangkan jika anda mempunyai saiz pinggang yang lebih kecil. Kalau saiz pinggang sama pun ia akan jadi mudah londeh. Ini kalau terlupa pakai tali pinggang memang boleh jadi kisah seram.
TAK BOLEH DUDUK LAMA
Ini terutamanya bila anda duduk di atas permukaan keras. Disebabkan kurus dan punggung yang macam tak ada isi, anda pasti rasa tak selesa bila duduk lama. Iyalah, umpama duduk menggunakan alas tulang pinggul semata, memanglah sakit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Datuk Seri Bung Moktar Radin, figura politik Sabah yang sinonim dengan laungan “Radu Tatap Radu”, meninggal dunia meninggalkan legasi keberanian dan perjuangan rakyat yang akan kekal dikenang.