MASKULIN yakin setiap orang pasti pernah berdepan dengan rasa gatal pada mata. Apabila perkara itu berlaku secara refleks kita akan automatik akan gosok mata. Ditenyeh dengan sekuat hati untuk hilangkan rasa gatal.

Namun tahukah anda bahawa perbuatan menggosok mata dengan jari atau tangan merupakan satu perbuatan yang tidak elok. Perbuatan yang dilihat sebagai cukup ringkas dan bersahaja seperti ini sebenarnya boleh membawa keburukan kepada kesihatan anda.

Keinginan untuk menggosok mata berlaku kerana mata mungkin berasa gatal, penat dan terkena debu atau kotoran di udara. Malah jika anda amalkan gaya hidup yangh sentiasa sibuk dalam sehari pasti ada rasa ingin gosok mata.

Masa Buat Memang Sedap Tapi Kesannya Buruk, Ini Risiko Kalau Suka Gosok Mata!

BACA: 10 Cara Tradisional Mampu Rawat Sakit Mata Yang Disebabkan Alergi & Bakteria

KESAN GOSOK

Antara kesan buruk yang boleh berlaku kepada anda ialah kerosakan mata. Apabila mata digosok dengan kuat ia boleh menyebabkan permukaan mata boleh terkoyak.

IKLAN

Bila mata digosok mata akan mengeluarkan cecair menjadikan permukaan mata menjadi licind an berasa lebih baik. Sedangkan ia membawa kesan yang sebaliknya.

Tabiat menggosok anak mata dengan kuat juga boleh mengakibatkan kornea mendapat jangkitan penyakit dikenali sebagai keratoconus. Penyakit ini menyebabkan penghidapnya mengalami perubahan pada bentuk mata dan juga menjejaskan kadar penglihatan.

Masa Buat Memang Sedap Tapi Kesannya Buruk, Ini Risiko Kalau Suka Gosok Mata!

IKLAN

Walaupun dianggap ia penyakit yang agak jarang berlaku namun menurut laporan beratus-ratus orang sudah menghidapinya di seluruh dunia. Pastinya anda tidak mahu termasuk dalam statistik tersebut.

Menggosok kelopak mata juga menyebabkan tekanan pada mata menjadi tinggi. Ini sekali gus meninggikan risiko glaucoma di mana dia merosakkan nadi optik dan menyebabkan penglihatan semakin kabur.

APA PERLU ANDA BUAT?

Jika mata anda alami kegatalan dan keinginan untuk gosok mata itu menjadi tinggi anda boleh melakukan tiga perkara berikut.

IKLAN

Guna cecair melegakan mata

Masa Buat Memang Sedap Tapi Kesannya Buruk, Ini Risiko Kalau Suka Gosok Mata!

Ya penggunaan cecair artifisial merupakan perkara paling ringkas boleh anda lakukan untuk melegakan mata. Namun jangan gunakan cecair mata yang menghilangkan mata merah kerana ia boleh menyebabkan mata lebih gatal. Jika mata kering anda boleh titiskan cecair mata sebanyak dua kali sehari.

Tuala basah

Masa Buat Memang Sedap Tapi Kesannya Buruk, Ini Risiko Kalau Suka Gosok Mata!

Selain menyegarkan wajah anda penggunaan tuala basah pada wajah juga boleh melegakan mata.

Rawat jika ada alahan

Antara kesan bila berlakunya alahan ialah kegatalan pada mata. Untuk itu anda harus berjumpa dengan doktor yang pakar bagi merawat kondisi ini agar ia tidak melarat menjadi lebih teruk. Rawatan alahan boleh menghilangkan rasa gata pada mata anda yang selami ini menghantui hidup.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI