Foto : Mashdigi

Pada tahun 1994, jurutera Jepun Masahiro Hara berdepan cabaran besar di syarikat Denso Wave, anak syarikat Toyota.

Industri automotif ketika itu sukar menjejak ribuan komponen dengan pantas.

Kod bar biasa hanya menyimpan sedikit digit dan tidak lagi mencukupi.

Bersama pasukannya, Hara mula bereksperimen mencari kaedah yang lebih praktikal.

Setelah melalui proses penyelidikan, mereka berjaya mencipta simbol berbentuk kotak dengan corak hitam putih yang boleh menyimpan ribuan aksara dalam ruang kecil.

Inovasi ini diberi nama Quick Response Code (QR code), kerana ia boleh diimbas dengan pantas dari pelbagai sudut tanpa masalah orientasi.

Kehebatan QR code bukan sekadar pada kelajuan imbasan. Dengan teknologi pembetulan ralat, ia tetap boleh dibaca walaupun sebahagiannya rosak atau terpadam.

Lebih mengagumkan, kapasiti data yang boleh dimuatkan jauh mengatasi kod bar sehingga 7,089 digit nombor atau 4,296 aksara alfanumerik.

Masahiro Hara, Pencipta QR Code Yang Mengubah Dunia
Foto : QR Tiger

Dalam dunia industri, keupayaan ini dianggap satu revolusi besar yang membuka jalan kepada sistem pengeluaran lebih cekap.

Ads

Dari Kilang ke Dunia, Perjalanan QR Code

Mulanya QR code digunakan di kilang automotif, namun Hara melihat potensi lebih luas orang ramai boleh akses maklumat hanya dengan satu imbasan telefon.

Keputusan penting dibuat oleh Denso Wave walaupun memegang paten, mereka membuka spesifikasi QR code secara percuma.

Langkah berani ini membolehkan ia cepat diterima global dan diiktiraf sebagai piawaian antarabangsa ISO/IEC 18004.

Penggunaannya berkembang seiring kemajuan telefon pintar.

Dari iklan, tiket, hospital, restoran hingga syarikat penerbangan, QR code menjadi alat harian.

Ads

Ketika pandemik Covid-19, ia melonjak ke tahap tertinggi digunakan untuk daftar masuk, borang kesihatan dan pembayaran tanpa sentuhan.

Kod kecil ini menjadi penyelamat dalam dunia yang perlu mengekalkan jarak fizikal.

Masahiro Hara, Pencipta QR Code Yang Mengubah Dunia
Foto : Threads

Legasi Masahiro Hara dan Inspirasi Inovasi

Walaupun ciptaannya mendunia, Hara tidak mengejar glamor atau kekayaan.

Beliau berasa puas apabila melihat QR code memudahkan kehidupan jutaan manusia.

Hari ini, ia menjadi bahasa sejagat dunia digital jambatan antara dunia fizikal dan maya.

Ads

Ironinya, jika Denso mengehadkan paten, QR mungkin kekal sebagai alat industri semata-mata.

Keputusan membebaskannya menjadikan ia hadiah teknologi untuk semua.

Kini QR code berevolusi dalam bentuk berwarna, dengan logo atau ciri keselamatan tambahan, namun asasnya tetap ciptaan seorang jurutera pada 1994.

Kisah QR code membuktikan inovasi besar lahir daripada keperluan harian, digerakkan oleh keberanian berfikir di luar kebiasaan dan kesediaan berkongsi manfaat dengan dunia.

MasyaAllah, akal manusia adalah anugerah agung Allah. Jika digunakan untuk kebaikan, ia mampu membawa manfaat besar dan membina dunia lebih sejahtera.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

BACA LAGI : “Batik Adalah Identiti Kita, Jangan Tunggu Event Baru Nak Pakai” – FIZIWOO

Sumber : Facebook DemiRakyat Channel
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI