Dengkur terjadi apabila pengaliran udara tidak boleh bergerak secara bebas melalui hidung dan tekak ketika tidur.

Keadaan ini menyebabkan tisu di sekeliling hidung dan tekak akan bergetar lalu ia menghasilkan bunyi dengkuran.

Ia bukanlah sesuatu yang merisaukan tetapi jika terlalu kerap, ia akan mengganggu kualiti tidur dan kelesuan. Malah lebih parah, apabila dengkuran anda itu mengganggu kualiti tidur orang lain.

Oleh itu, MASKULIN sediakan beberapa tip yang boleh diguna pakai buat anda yang sering mengalami masalah dengkur.

IKLAN

1) Pastikan Posisi Kepala & Gunakan Bantal Yang Betul

Jangan terkejut ya, sebenarnya ada bantal yang dicipta khas untuk individu yang berdengkur. Ia diciptakan untuk membantu pasangan yang mempunyai masalah sedemikian. Jika anda kurang berkemampuan, pastikan bantal anda setinggi 4 inci untuk membantu pernafasan yang lancar dan menggalakkan lidah serta rahang bergerak ke hadapan seedikit sewaktu anda baring.

2) Guna Alat Anti Dengkur Sebelum Tidur

Masalah Berdengkur? Jangan Buat Orang Sebelah Tak Boleh Tidur!

Sebelum anda melelapkan mata, pastikan anda memakai alatan yang akan membantu membuka laluan pernafasan dengan membuka sedikit ruang pada saluran pernafasan anda seperti pelekat jalur hidung dan alat anti dengkur SD Magnetics. Alat ini berkemungkinan agak mahal dan susah untuk didapati tetapi percayalah, ia sangat membantu!

IKLAN

3) Tidur Mengiring

Tidur mengiring memudahkan proses penafasan anda. Hal ini terjadi kerana apabila anda tidur menegak, lemak tisu di bawah dagu dan lidah anda akan menutupi saluran pernafasan hingga mengakibatkan dengkuran.

4) Pastikan Sitem Pengudaraan Dalam Bilik Dalam Keadaan Baik

Sistem pengudaraan yang baik di dalam bilik tidur juga memainkan peranan penting dalam memastikan seseorang itu berdengkur atau tidak. Jika pengudaraan yang tidak sihat, kebarangkalian tisu hidung akan membengkak dan menyebabkan seseorang individu itu berdengkur. Jadi, pastikan sistem pengudaraan di bilik tidur dalam keadaan yang baik. Sekiranya tidak, anda boleh dapatkan air purifier di kedai mahupun secara online.

IKLAN

5) Bersenamlah Untuk Kurangkan Dengkuran

Masalah Berdengkur? Jangan Buat Orang Sebelah Tak Boleh Tidur!

Mungkin agak klise dan sering kita dengar, tetapi ia memang membantu mengurangkan sedikit dengkuran. Ini kerana ia akan mengurangkan lemak tisu di belakang tekak dan memberi sedikit ruang pada saluran pernafasan anda.

6) Behenti Merokok

Perokok selalunya mengalami masalah dengkur yang kronik. Ini kerana merokok akan membuatkan saluran penafasan seseorang itu menjadi sempit, jadi kurangkan merokok untuk anda mendapatkan kualiti tidur yang lebih baik, malah ia juga dapat mencegah anda daripada terkena sebarang penyakit kronik seperti kanser.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI