Pada 30 Mei yang lalu, MASKULIN telah berbesar hati memenuhi jemputan daripada adidas Malaysia untuk menyertai pengalaman merasai sendiri menggunakan but bola terbaru mereka, NEMEZIZ 19.

Ia juga bersempena dengan pelancaran barisan but bola terkini menerusi kokeksi 302 REDICRECT Pack dengan empat but hebat daripada adidas iaitu Copa, Predator, X dan yang terbaru NEMEZIZ 19.

MASKULIN Rasai Pengalaman NEMEZIZ 19 Di adidas 302 REDIRECT Media & Creators Day

Untuk pengalaman bersama adidas ini selain pihak media beberapa selebriti terkenal dan pemain bola sepak profesional tempatan juga turut hadir bagi merasai sendiri menggunakan NEMEZIZ 19.

Dihoskan oleh DJ popular Radin Amir, antara jemputan yang hadir ialah Raf Yaakob, Nurridzuan (pemain Selangor) dan beberapa pemain profesional liga tempatan yang lain seperti Wan Zaharulnizam, Khairil Anuar Beto, Shivan Pillay Asokan, Luqman Hakim dan Diniz Irwan.

IKLAN

MASKULIN Rasai Pengalaman NEMEZIZ 19 Di adidas 302 REDIRECT Media & Creators Day

BACA: Newbie Nak Main Bola Patut ‘Layan’ 4 But Adidas Yang Sering Jadi Pilihan Player!

IKLAN

Mengetengahkan teknologi but bola yang menawarkan pergerakan lincah, NEMEZIZ 19 dicanang oleh adidas sebagai produk istimewa untuk pemain pelbagai posisi. Selepas diberikan sedikit sebanyak penerangan tentang NEMEZIZ 19, MASKULIN bersama media dan jemputan yang lain dibawa ke padang untuk menguji sendiri but bola tersebut.

Dikendalilakan oleh Coach Aminuddin yang mempunyai pengalaman luas bersama skuad kebangsaaan, MASKULIN menyertai tiga cabaran latihan berbeza iaitu Suicide, Messi Dribbling Drill dan Straight Cone Weave. Dan selepas cabaran tersebut kesemua peserta dibahagikan kepada tiga pasukan untuk perlawanan tujuh sebelah.

IKLAN

MASKULIN Rasai Pengalaman NEMEZIZ 19 Di adidas 302 REDIRECT Media & Creators Day

MASKULIN Rasai Pengalaman NEMEZIZ 19 Di adidas 302 REDIRECT Media & Creators Day

Secara keseluruhan selepas menggunakan but bola hampir dua jam di atas padang, MASKULIN mendapati NEMEZIZ 19 menawarkan keselesaan untuk kaki. Walaupun pada permulaannya ia agak ketat namun lama-kelamaan ia semakin meregang dan ‘mendakap’ kaki dengan baik sekali.

Bermain di atas padang lecak merupakan satu cabaran namun dengan cengkaman baik yang tersedia menerusi but ini, ia tidak memberikan banyak masalah untuk kelancaran melakukan gerakan.

MASKULIN Rasai Pengalaman NEMEZIZ 19 Di adidas 302 REDIRECT Media & Creators Day
Barisan media, pemain profesional, selebriti dan content creator yang merasai sendiri pengalaman hebat menggunakan NEMEZIZ 19.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI