

Mini Challenge: Berpakaian Seperti Seorang Wira!
Episod ini dimulakan oleh gamemaster kita yang penuh karisma, Mat Redho, dengan sebuah mini challenge unik – Full PPE Challenge!
Setiap pasukan harus mengenakan pakaian keselamatan lengkap ahli bomba secepat mungkin. Dari kasut, jaket berat, hingga topeng gas, semua Bros berdepan kesukaran yang nyata.

Namun, akhirnya Ikmal dan Dr Shazif berjaya mencatatkan masa terpantas, diikuti Theeban dan Hakimi.
Sebagai pemenang, Ikmal dan Dr Shazif diberikan keistimewaan untuk memilih lawan mereka, dan mereka memilih Nad dan Syafiq.
“Kita pilih mereka sebab kekuatan dan kelemahan mereka lebih kurang sama dengan kami, jadi peluang tu lebih kurang sama rata,” ujar Ikmal penuh strategi.

Fire Fighter Challenge: Lima Checkpoint Menguji Jiwa!
Cabaran utama minggu ini adalah Fire Fighter Challenge yang terbahagi kepada lima checkpoint menuntut kekuatan fizikal, daya tahan mental, dan kerjasama. Setiap pasukan bertungkus-lumus untuk menyelesaikan:
- CHECKPOINT 1 – Tower Ladder: Mendaki menara sambil membawa hos kebakaran 50kg.
- CHECKPOINT 2 – Dummy Drag: Mengheret dummy seberat 65kg sejauh 20 meter.
- CHECKPOINT 3 – Hose Roll Down: Membentang dan menggulung semula hos sepanjang 30 meter.
- CHECKPOINT 4 – Fire Gas Obstacle: Menyelamatkan mangsa dari bangunan dengan attacking hose dan membawa mereka ke stretcher.
- CHECKPOINT 5 – Tong Drum Fire Extinguisher: Memadamkan api menggunakan alat pemadam api.




Setiap pasukan hanya mempunyai 30 minit untuk menyelesaikan cabaran ini. Dua pasukan paling lambat akan ke pusingan penyingkiran, manakala yang terpantas dinobatkan sebagai pemenang episod.
Persaingan Panas!
Ikmal dan Dr Shazif vs. Nad dan Syafiq
Ikmal dan Dr Shazif memulakan cabaran dengan semangat berkobar-kobar, namun tersangkut sedikit di checkpoint ke-4 apabila Ikmal terpaksa berdepan fobia api akibat trauma masa lalu. Walaupun begitu, semangat juang Ikmal membolehkan mereka bangkit semula.

Pasukan Nad dan Syafiq kelihatan semakin serasi, namun kesilapan teknikal di checkpoint ke-4 menyebabkan mereka dikenakan penalti satu minit. Nasib ternyata menyebelahi Ikmal dan Dr Shazif yang berjaya mara dengan masa lebih baik.
Theeban dan Hakimi vs. Irwan dan Asyraf
Pertarungan sengit antara dua pasukan ini menyaksikan Theeban dan Hakimi beraksi cemerlang, mencatatkan masa terpantas.
Irwan, yang kelihatan tidak selesa dengan sut PPE, bergelut mengawal pernafasan menggunakan topeng gas, namun tetap berjaya menghabiskan cabaran.

Theeban dan Hakimi muncul juara episod dengan catatan masa terpantas, diikuti oleh Ikmal dan Dr Shazif. Malangnya, Nad dan Syafiq serta Irwan dan Asyraf harus bersedia untuk pusingan penyingkiran pada episod ke-7.
Dengan setiap cabaran, MASKULIN Who’s Your Bro terus menguji semangat, kekuatan, dan ketahanan para Bros.
BACA: Dr. Shazif Puji Kepimpinan Saddam, Semangat Brotherhood Penentu Kemenangan
Jangan lupa saksikan episod seterusnya pada 17 Januari 2025, jam 9 malam di Astro Ria. Adakah pasukan kegemaran anda akan terselamat?
Nantikan pertempuran epik seterusnya.
Siapa bro, siapa lawan?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masalah-masalah Rambut Lelaki Yang Jika Tak Dirawat, Buat Anda Hilang Keyakinan Diri

Bukan hanya wanita, lelaki juga berdepan dengan pelbagai masalah rambut yang boleh mengurangkan keyakinan diri.
Memandangkan rambut merupakan aset nombor satu lelaki, pastinya anda ingin memastikan rambut kekal sihat dan bebas daripada sebarang masalah yang boleh merosakkan imej.
Selain keturunan, faktor pemakanan, stres, penyakit, ubat-ubatan dan gaya hidup juga boleh mempengaruhi kesihatan rambut.
Kini, semakin ramai lelaki muda terutamanya di awal usia 20-an sudah mula mengalami kehilangan rambut. Jika tidak dirawat segera, rambut anda akan menjadi teruk dan akhirnya botak.
Jadi, jangan ambil mudah dengan masalah-masalah rambut yang menghantui kaum lelaki ini.
Artikel berkaitan: Buat Urutan Telinga & Hidu Epal Hijau, Ini Antara Cara Untuk Mengatasi Stres
Artikel berkaitan: Sakit Leher Boleh Berlaku Disebabkan Stres & Beberapa Punca Ini
1. Rambut menipis, jarang dan gugur
Siapa yang tidak bimbang jika rambut semakin menipis sehingga menampakkan kulit kepala? Bimbang rambut semakin jarang dan akhirnya botak. Rambut menipis dan jarang jika tidak dirawat boleh menyebabkan helaian rambut menjadi lemah dan gugur.
Sebenarnya normal bagi setiap orang mengalami rambut gugur antara 100 hingga 150 helai sehari kerana ia merupakan kitaran semula jadi di dalam tubuh. Namun jika rambut anda gugur terlalu banyak sehingga segenggam, beri perhatian untuk mendapatkan bantuan segera daripada pakar yang bertauliah.
2. Botak

Jika dahulu imej botak sinonim dengan lelaki berusia, namun kini semakin ramai yang berimej botak bukan kerana fesyen semata-mata sebaliknya kerana berdepan dengan masalah rambut. Tidak dinafikan bukan semua lelaki serasi dengan imej botak. Ada yang sesuai, tak kurang juga yang nampak serba tak kena dengan imej sebegitu.
Masalah botak pada lelaki kebanyakannya disebabkan oleh faktor hormon yang disebut dihydrotestosterone (DHT) dan pengaliran darah yang kurang baik di kulit kepala. Apabila rambut baharu tidak dapat dihasilkan dan folikel rambut mati disebabkan kurang nutrisi, maka anda akan kehilangan rambut secara kekal.
3. Beruban di usia muda
Rambut beruban sebelum sampai waktunya tentu sahaja membimbangkan kaum lelaki kerana ia akan membuatkan anda rasa rendah diri. Apatah lagi jika usia anda baru sahaja mencecah 30-an tapi rambut sudah putih dan kelihatan tua.
Rambut berubah menjadi putih disebabkan oleh tahap melanin yang rendah dalam folikel rambut. Melanin merupakan sejenis pigmen yang akan memberikan warna pada rambut dan kulit. Jadi semakin kita bertambah usia, penghasilan melanin akan menjadi kurang dan akhirnya rambut mula berubah warna ke putih.
4. Kelemumur

Kelemumur juga antara masalah yang turut membimbangkan kaum lelaki. Berbeza dengan wanita, kelemumur pada lelaki lebih mudah terjadi dan kelihatan di bahagian bahu. Kelemumur adalah keadaan radang yang kronik pada kulit kepala sehingga menyebabkan kulit mengelupas terutama pada bahagian kulit kepala yang paling berminyak.
Apabila kulit terkopek, kelemumur akan kelihatan. Ia disebabkan jangkitan kulat pada kulit kepala yang berpunca daripada pertumbuhan yis yang biasa ada pada kulit. Apabila terdapat radang pada kulit kepala, yis berkenaan akan berkembang sehingga berlakunya dermatitis seborea.
5. Rambut rapuh dan kering
Rambut boleh rapuh mungkin disebabkan oleh kerosakan akibat penggunaan produk penjagaan atau proses bahan kimia ketika anda meluruskan, mewarna atau mengeritingkan rambut. Selain itu, masalah kesihatan tertentu seperti Sindrom Cushing’s juga boleh menyebabkan rambut rapuh. Ia merupakan penyakit kelenjar adrenal yang menyebabkan penghasilan hormon kortisol yang berlebihan.
Bagi anda yang memiliki rambut kering, mungkin ia petanda tubuh badan anda mengalami kekurangan asid lemak Omega-3. Jadi , pastikan anda mengambil makanan bersumberkan Omega-3 yang boleh didapati pada ikan salmon, minyak ikan, kekacang dan bijirin.
6. Jerawat di kulit kepala
Jerawat di kepala boleh terjadi jika folikel rambut tersumbat akibat jangkitan bakteria. Keadaan ini biasanya dimulakan dengan benjolan kemerah-merahan dan ada ketikanya disusuli dengan nanah. Selain pedih, jerawat yang muncul di kulit kepala ini juga boleh menimbulkan rasa gatal. Jika dibiarkan tanpa rawatan, jerawat yang pecah di kulit kepala ini akan menjadi luka hingga mengakibatkan masalah lain timbul.
7. Rambut berminyak

Lelaki yang menyimpan rambut panjang, pastikan kesihatan rambut anda terjaga kerana rambut jenis ini mudah mengalami masalah termasuk rambut berminyak. Masalah rambut berminyak berpunca daripada hormon yang tidak stabil sehingga menghasilkan minyak yang berlebihan di tubuh badan sekali gus meningkatkan produksi minyak pada kulit kepala dan rambut. Keghairahan mengambil makanan yang berlemak, berminyak dan bergoreng secara berlebihan juga antara penyebab rambut cepat berminyak.
Kelenjar sebum kulit kepala terletak berdekatan dengan folikel rambut. Biasanya, kelenjar sebum ini akan menghasilkan sejumlah rembesan yang mencukupi untuk membentuk lemak sebagai pelindung tipis. Jika berlebihan, sebilangan besar sebum yang dihasilkan akan menyumbatkan folikel rambut dan secara beransur-ansur berkumpul di kulit kepala sehingga perkembangan proses ini terganggu. Dari sini hayat rambut akan berkurangan sehingga akhirnya timbul masalah pada rambut anda.
Sunscribe dan tonton pelbagai video Fitness di Youtube MASKULIN
Sempena kempen ‘NI Fight Against Cancer’, ikuti pengalaman kanser survivor, Dato’ Sri Nazir Tun Razak pulih daripada kanser prostat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Disuruh Berlakon Dari Kecil, Bell Ngasri Kini Faham Percaturan Ibu

Tanpa sosok seorang yang bergelar ibu, berkemungkinan nama Bell Ngasri tidak begitu gah seperti sekarang ini.
Memulakan kerjaya sebagai anak seni sejak kecil lagi bersama adik beradiknya, Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri tidak menafikan yang ibunya telah menjadi pengurus terbaik buat dirinya.
Namun sudah menjadi lumrah di dalam mana-mana hubungan kekeluargaan, perselisihan faham pasti akan melanda di sesetengah waktu.
Sebagai seorang kanak-kanak dan remaja yang bersekolah, Bell juga mempunyai hasrat untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran
“Saya bermula daripada budak kan? Saya pernahlah juga marah dekat mak saya yang terlalu pentingkan dunia seni ni sedangkan saya nak belajar betul-betul. Saya pentingkan pelajaran juga,” kongsinya kepada Maskulin ketika tampil dalam episod keempat Man of The Moment.
Bagaimanapun, Bell kini faham dengan percaturan yang telah ditetapkan ibunya.
Baginya, mungkin selama ini Bell tidak dapat melihat apa yang dibayangi menerusi kaca mata ibunya itu.
“Saya minta maaf banyak-banyaklah dekat mak saya, mungkin mengguris hati dia. Sebab akhirnya, mungkin ini lah yang dia nampak, satu penghargaan dari seluruh rakyat Malaysia yang saya dapat sekarang ini”.

Pengarah Cuma Mahu Bantu Ibu, Bukan Kerana Bakat Bell
Bertindak sebagai pengurus, Bell memberitahu betapa gigih ibunya menghubungi pelbagai pengarah bagi mendapatkan peluang berlakon untuk anak-anaknya.
Susulan kegigihan ibunya itu, Bell tidak dapat melupakan satu kata-kata yang begitu mengguris perasaannya dan masih terkesan dengan perkara itu setiap kali mengenangnya.
Seorang pengarah pernah berkata kepada Bell yang dia bersetuju untuk memberi Bell peluang berlakon hanya kerana ingin membantu ibunya, bukan kerana kebolehannya
“Aku ambil kau ni bukan sebab kau berlakon bagus, tapi sebab nak bantu mak kau,” demikian kata-kata pengarah berkenaan menurut Bell yang tidak mampu menahan sebak menceritakan perkara itu.
Lebih melukakan hati, Bell sedang melakonkan babak yang gembira ketika dilemparkan kata-kata itu.
“Saya agak sedih, tapi saya kena berlakon dalam keadaan gembira. Jadi sedih itu saya paparkan sekarang lah,” kongsinya kepada Maskulin.
Naik Bas Ke Terengganu Seorang Diri Ketika Kanak-Kanak
Sekitar usia 10 hingga 11 tahun, Bell pernah menaiki bas seorang diri untuk menghadiri penggambaran di bawah produksi Eirma Fatima di Terengganu.
Menurut Bell, lokasi penggambaran itu adalah di daerah Dungun namun ibunya telah tersilap membelikannya tiket bas ke Kuala Terengganu.
Oleh itu, ibunya mengarahkan Bell untuk meminta kepada pemandu bas untuk diturunkan di Dungun apabila melewati daerah itu dalam perjalanan.
Akur dengan arahan ibunya, Bell cuba meminta kepada pemandu bas untuk diturunkan di Dungun ketika tiba di daerah itu sekitar jam 3 pagi.
Pemandu bas berkenaan tidak menghiraukan permintaan Bell pada awalnya, namun akhirnya akur selepas beberapa kali merayu.
Pernah Jadi Model
Selain berlakon, Bell dan adik beradiknya turut terlibat dengan bermacam-macam jenis kerjaya seni termasuklah peragaan.
Katanya, beliau dan adik beradiknya pernah menjadi peragawan dan peragawati kanak-kanak di pentas peragaan.
“Jangan ingat saya tak reti buat (catwalk), sebab saya memang daripada budak sebenarnya memang itu antara kerja-kerja yang saya buat,” ujarnya.
Bagaimanapun, Bell tidak dapat meneruskan kerjaya itu sehingga dewasa oleh kerana ketinggiannya yang tidak mencukupi
“Kalau saya ni tinggi, handsome, elok, tak bercalar-calar badan ke muka, saya sampai sekarang masih jadi seorang model yang buat catwalk,” tambahnya.
Walaupun telah melalui pelbagai kenangan pahit dan manis, Bell tetap bersyukur kerana dikurniakan kesihatan dan kecergasan serta semangat untuk terus bergiat aktif di bidang seni ini.
Bell Ngasri tampil sebagai jejaka keempat Man of The Moment selepas Aeril Zafrel, Dato’ Zainal Abidin dan Beto Kusyairi.
Tonton episod penuh di saluran Youtube Maskulin untuk mendengar kisah Bell Ngasri lebih lanjut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Simbol Lelaki Elegan & Sofistikated, Cerutti 1881 Hadir Dengan Siri Ruscello & Velletri

Keterampilan gaya elegan seseorang lelaki kini bukan hanya bergantung kepada paras rupa dan juga penjagaan badan yang baik. Pemilihan pakaian serta aksesori kini menjadi salah satu faktor penting buat seorang lelaki tampil lebih meyakinkan namun dalam masa yang sama kekal dengan sifat misteri sofistikated.
Salah satu aksesori yang cukup penting dalam membawa personaliti sensasi seorang lelaki ialah jam tangan. Bak kata pelakon yang cukup terkenal dengan gaya elegan sepanjang masa, Tamer Hassan, “I always judge a man by his shoes and his watch”.
Jam tangan kini menjadi satu simbol prestij mampu menonjolkan seorang lelaki itu mempunyai cita rasa yang baik dalam menghargai karya seni hasil tangan berkualiti tinggi. Jadi tidak hairanlah menurut Statista menjangkakan industri jam tangan global dijangka bernilai lebih USD87 billion menjelang tahun 2026.
Salah satu jenama yang menawarkan seleksi jam tangan mampu menyerlahkan simbol elegan dan sofistikated seorang lelaki ialah Cerruti 1881. Bayangkan hasil kerja tangan berkualiti tinggi dari Paris dengan susur galur latar belakang kejuruteraan Itali.

Itulah identiti Cerruti 1881 yang sudah terkenal sejak sekian lama. Sejak tahun 1881, Cerruti cukup menitik beratkan soal hasil kerja tangan yang sangat berkualiti di samping penggunaan teknologi terkini seiring perjalanan masa.
Terbaru, Cerruti 1881 menampilkan dua model jam tangan yang cukup menarik iaitu Cerruti 1881 Ruscello dan Cerruti 1881 Velletri di mana setiap satunya ditonjolkan dengan elemen sofistikated elegan tersendiri.
Dua pilihan, dua seleksi prestij buat lelaki seperti anda!
CERRUTI 1881 RUSCELLO

Ketampanan seseorang lelaki akan menjadi lebih elegan dengan padanan jam Cerruti 1881 Ruscello yang direka khas buat mereka yang mempunyai apresiasi tinggi terhadap produk berkualiti sepertinya.
Koleksi Cerruti 1881 Ruscello menampilkan dua siri teras utamanya yang dibezakan hanya menerusi rekaan dan juga spesifikasinya. Namun pada dasarnya fungsi serta spesifikasi secara keseluruhannya agak sama.
Kedua-dua siri jam ini walau bagaimana pun sedikit berbeza pada susun atur subdial dengan salah satunya dengan konfigurasi 3-6-9 manakala berikutnya dengan konfigurasi 6-9-12.
SIRI PERTAMA

Siri pertama lengkap dengan nombor model CIWG0006803, CIWG0006804 & CIWG0006806. Untuk siri pertama Cerruti 1881 Ruscello ia ditampilkan dengan padanan warna putih dengan aksen kuning keemasan, hijau dengan aksen rose gold dan hijau zaitun dengan aksen rose gold.
Manakala tali jamnya pula dipadankan dengan cetakan timbul Cerruti 1881. Terserlah kualiti jam tangan dengan prestijnya!
SIRI KEDUA

Siri kedua Cerruti 1881 Ruscello hadir dengan lima pilihan berbeza dengan nombor model CIWGQ2224001, CIWGQ2224002, CIWGQ2224003, CIWGQ2224004 dan CIWGQ2224005.
Bagi seleksi ini ia hadir dengan pilihan warna kelabu dengan akses kuning keemasan, biru dengan aksen rose gold, hitam dengan aksen rose gold, putih dengan aksen biru/kelabu dan hijau dengan aksen putih/emas.
Dari segi saiz ia memang cukup sempurna buat lelaki dengan diameter 48mm. Perincian yang dilihat mampu menyerlahkan sisi maskulin ialah pada bahagian pushers dan crown dengan rekaan dan reka letak yang dinamik serta senang digunakan.

Manakala dari segi ketahanan juga ia cukup hebat dengan bahan dari stainless steel serta ciri kalis air sedalam 50 meter.
Sesuai dengan namanya, ‘Ruscello’ yang bermaksud ‘aliran’, jam tangan ini mewakili curahan idea kreatif cukup kaya dari jenama Cerruti 1881.
CERUTTI 1881 VELLETRI

Buat lelaki yang inginkan seutas jam yang menampilkan pretij kualiti tertinggi serta persona identiti kelelakian segak, Cerruti 1881 Velletri mampu menjadi pilihan tepat.
Dalam dunia peredaran fesyen yang pantas berlalu sifat elegan Cerruti 1881 Velletri dilihat terjamin tidak akan lapuk dimamah usia dan sentiasa relevan sepanjang zaman. Direka dengan bentuk asas bulat, Velletri dihasilkan dari rekaan industri terbaik dari jenama ini.

Pembinaan lapisan berperingkat skeletonized dial pula menonjolkan komponen mekanikal dalaman jam tangan elegan ini. Hadir dengan ukuran diameter 45mm ia juga mendapat sentuhan rekaan trendy avant-garde yang memberikan ‘wajah’ cukup unik.

Pergerakan kuarza Jepun yang tepat yang menggerakkan jam tangan menyediakan masa dalam sehari serta kefungsian untuk sub-dail 24 jam dan sub-dail sehari. Ia juga menggerakkan roda tarikh yang juga boleh dilihat melalui dail.
Salah satu ciri paling unik pada Cerruti 1881 Velletri pula ialah penanda nombor Arab tebal 12 jam serta 5-tanda minit sepanjang cincin bab.
Sehingga kini ia ditawarkan dalam beberapa kobinasi warna menarik seperti hitam/burgundy/rose gold, biru/hitam/rose gold, kelabu/hitam, biru/hitam/kelabu dan hitam/silver.

Kesemua koleksi jam tangan Cerruti 1881 ini boleh didapati di kesemua butik Cerruti Timepieces, butik Solar Times, pengedar terpilih serta laman sesawang www.solartime.com.
Harga untuk Cerruti 1881 Ruscello adalah di antara RM1,499 sehingga RM1,759. Manakala untuk Cerruti 1881 Velletri pula di antara RM1,759 dan RM1,959.
Senarai outlet menawarkan koleksi ini:
- Cerruti 1881, Pavilion Kuala Lumpur
- Cerruti 1881, IOI City Mall
- Cerruti 1881, Sunway Pyramid
- Toywatch & Cerruti 1881, The Gardens Mall
- Solar Time, The Mines
- Solar Time, SOGO Kuala Lumpur (GF)
- Solar Time, Pavilion Kuala Lumpur
- Solar Time, Sunway Pyramid
- Solar Time, Aeon Mall Tebrau City
- Solar Time, IOI City Mall
- Solar Time Outlet, Mitsui Outlet Park KLIA
- Solar Time, Mid Valley Megamall
- Solar Time, Sunway Velocity
- Solar Time, Gateway@KLIA 2
- Solar Time, Pavilion Bukit Jalil
- Time Couture, Sunway Pyramid
- Oriental Watch & Co
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

