Tahun ini bulan Ramadan disambut dengan senario yang sangat berbeza. Berikutan penularan wabak COVID-19, umat Islam di dunia khususnya di Malaysia bakal melakukan ibadah puasa dalam perintah kawalan pergerakan.

Ini bermakna tiada lagi bazar Ramadan, solat Terawih di masjid, majlis berbuka puasa dan pelbagai aktiviti amal yang lain.

Negara kita kini berada di landasan yang baik dalam memerangi penularan wabak merbahaya ini selepas menyaksikan jumlah kes harian di bawah paras 100 untuk beberapa hari kebelakangan.

Bila timba bulan Ramada timbul pula pertanyaan di kalangan umat Islam sama ada ujian swab ke dalam rongga hidung boleh membuatkan puasa batal atau tidak.

IKLAN
Masyarakat Tak Perlu Risau, Ujian Swab COVID-19 Tak Batalkan Puasa
Ujian swab sangat penting bagi memastikan penularan wabak COVID-19 boleh dihentikan.

Perkara ini telah diulas dengan cukup baik oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Abidin dalam kenyataannya pada hari ini.

Menerusi kenyataan yang dipetik dari BH Online, Ustaz Asri berkata ujian swab yang dilakukan untuk membuat saringan jangkitan wabak COVID-19 tidak membatalkan puasa.

Jelas beliau, kaedah yang digunakan petugas kesihatan dengan memeasukkan peralatan khusus ke dalam rongga hidung dan belakang anak tekak dengan kedalaman tertentu tidak membawa persamaan kepada perbuatan makan dan minum.

IKLAN

“Puasa seseorang individu sah secara yakin dan tidak boleh dianggap batal hanya kerana timbul satu syak atau andaian.

“Pandangan menguatkan ujian swab tidak membatalkan puasa bertepatan dengan pandangan sebahagian ulama Hanafi kerana syarat bagi sesuatu yang masuk ke rongga dalam mestilah bersifat kekal di dalamnya serta tidak mempunyai sambungan dengan alatan lain di luar badan,” katanya.

IKLAN

Tambah beliau lagi di dalam Al-Majma’ Al-Fiqhi Al-Islami sudah menyenaraikan beberapa isu dan mekanisme perubatan yang tidak membatalkan puasa.

Di antara perkara yang tidak membatalkan puasa adalah memasukkan teropong perut ke dalam perut tanpa sebarang bendalir atau seumpamanya.

“Oleh yang demikian, ujian swab yang hanya membabitkan proses memasukkan alat khusus ke dalam rongga hidung atau mulut bagi mendapatkan sampel lalu dikeluarkan semula juga tidak membatalkan puasa,” tambahnya lagi.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI