Mata berkerdip atau berdenyut-denyut sendiri ataupun nama saintifiknya Uncontrollable Eyelid Spasms ia berlaku kerana otot mata kekejangan dan lebih menganggu ia tidak boleh di kawal.

Tempoh masa yang diambil sepanjang berkedip atau berdenyut itu bergantung pada mat aitu sendiri.

Namun jangan risau orang ramai tidak akan sedar atau perasan tentang kondisi mata anda melainkan jika dia memang perhatikan gerakan mata anda.

Biasanya kerdipan pada mata dialami kebanyakan individu berlaku tanpa dijangka atau tidak dikawal menyebabkan ramai beranggapan ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan orang tua berkenaan.

IKLAN

Namun ini antara sebab mengapa mata anda berkerdip sebenarnya…

Antara sebabnya:

IKLAN
  • Mata anda terlalu stress ataupun penat
  • Kafein atau pengaruh alcohol
  • Mata kekeringan
  • Alahan
  • Mata terlalu letih kerana terlalu lama menatap gajet atau apa-apa yang boleh menfokuskan mata
Selalu & Kerap Berkerdip, Perlu Atau Tidak Untuk Anda Jumpa Doktor Mata Dengan Segera
Business photo created by yanalya – www.freepik.com

Memang ‘penyakit’ ini mengganggu terutamanya jika anda sedang sibuk membuat kerja dan memerlukan penggunaan mata, namun ini yang harus anda lakukan.

  1. Ambil sedikit masa untuk berehat dan lakukan sedikit senaman mata atau Yoga.
  2. Pergi tenung atau pandang pemandangan, tumbuh-tumbuhan atau apa sahaja objek warna hijau.
  3. Jika anda pencinta kopi atau minuman berkafein, cuba kurangkan sedikit atau jangan ambil terus minuman kegemaran anda.
  4. Tinggalkan sekejap Komputer anda atau lakukan ’20-20-20 rule’ dengan 20 minit memandang skirn komputer atau handphone, 20 saat pandang pemandangan yang jauh 20 kaki.
  5. Dapatkan ubat titis mata daripada farmasi atau dikawal oleh pakar perubatan.

Adakah ia bahaya dan perlu jumpa doktor?

IKLAN

Jika berdenyut dalam keadaan terkawal dan atas beberapa sebab di atas, tidak perlu jumpa doktor atau pakar. Kerana isu seperti ini tidak seserious mana, jadi anda tidak perlu bimbang.

Namun sekiranya ia tidak terkawal seperti lama, kerap, tidak bertambah baik malah ada perubahan di bahagian muka itu tandanya anda menghidapi neurological atau masalah neuron anda perlu segera jumpa doktor.

Sumber: ML Studios

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI