Meraikan Hari Kemerdekaan merupakan salah satu momen yang cukup dinantikan oleh ramai rakyat Malaysia. Keunikan negara kita yang berbilang bangsa hidup harmoni di antara satu sama lain sering kali dijadikan sebagai penanda aras terutamanya bagi masyarakat antarabangsa.

Jadi tidak hairanlah setiap acara yang mempunyai kaitan dan keindahan sambutan Hari Kemerdekaan cukup dinantikan ramai.

Dalam dunia yang meraikan keindahan ekspresi dan identiti, ‘Hello Inilah Kita, Sehati Bersama Home Of Drama’ kembali menyemarakkan Pavilion Kuala Lumpur pada 3 dan 24 Ogos ini. bermula 5 petang.

Meerqeen, Alpha & Glenn Yong Antara Selebriti Bakal Muncul Di ‘Astro Hello Inilah Kita, Sehati Bersama’ Di Pavilion KL

Acara sarat dengan selebriti terkenal ini akan bermula pada jam 5 petang hadir dengan tema Sehati Bersama. MASKULIN melihat acara ini bukan sekadar sambutan Hari Kemerdekaan semata, bahkan ia merupakan perayaan gaya hidup, seni dan simbolik perpaduan pelbagai bangsa.

Barisan selebriti popular seperti AlphaMeerqeenGlenn YongNoryn AzizNiki PalikatNas-TArabellaArena WanUriahC Kumaresan & KritigahLokyi dan Ali serta ramai lagi akan tampil mempesona, membawa aura tersendiri yang mencerminkan kepelbagaian Malaysia yang unik.

Meerqeen, Alpha & Glenn Yong Antara Selebriti Bakal Muncul Di ‘Astro Hello Inilah Kita, Sehati Bersama’ Di Pavilion KL
Meerqeen | Foto: REMAJA

Di tengah-tengah Pavilion KL, pentas akan berubah menjadi runway seni di mana setiap persembahan adalah satu ekspresi gaya dan semangat Merdeka.

Ads

Kehadiran mereka dijangka menyemarakkan lagi suasana dengan persembahan, sesi interaksi bersama peminat, serta pelbagai aktiviti menarik.

Meerqeen, Alpha & Glenn Yong Antara Selebriti Bakal Muncul Di ‘Astro Hello Inilah Kita, Sehati Bersama’ Di Pavilion KL
Alpha

Dengan meneruskan naratif tahunan Inilah KITA, tema tahun ini Sehati Bersama diangkat sebagai simbol perpaduan dalam kepelbagaian.

Ia menekankan nilai kebersamaan rakyat Malaysia yang hidup harmoni walaupun berlatarbelakangkan budaya, bahasa dan kepercayaan yang berbeza.

Meerqeen, Alpha & Glenn Yong Antara Selebriti Bakal Muncul Di ‘Astro Hello Inilah Kita, Sehati Bersama’ Di Pavilion KL
Glenn Yong | Foto: Glenn Yong Instagram

Kesemua ini menjadi inspirasi kepada kempen yang menghubungkan rakyat Malaysia melalui seni, budaya dan hiburan.

Ads

Jadi buat anda yang ingin merasi kehangatan acara ini, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perayaan ini dengan berbusanakan kebaya dan Baju Kebangsaan.

Ayuh, raikan semangat Sehati Bersama dan hayati keindahan kepelbagaian yang menyatukan kita semua kerana Inilah Kita.

Inilah suara kita. Inilah KITA.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini 👉 https://promotions.astro.com.my/details/InilahKITA

Ads

#InilahKITA #SehatiBersama #AstroMerdeka2025

 

 

 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads