Pacat sering menjadi masalah besar bagi penggemar aktiviti lasak seperti hiking atau camping di dalam hutan. Gigitan pacat bukan sahaja menjengkelkan, malah boleh menyebabkan gatal dan jangkitan jika tidak dirawat dengan betul.
Sebenarnya ada tip yang boleh diaplikasikan bagi mengelakkan pacat hinggap pada tubuh anda. Berikut perkongsian Mohd Ezairol Rezan Zainol
Simpan satu semburan racun Baygon jenis ini di rumah. InsyaAllah ia berkesan untuk halau haiwan berbisa, malah kadang ia mampu untuk mencegah ular dari masuk ikut bawah pintu.
Elak Digigit Pacat Ketika Di Hutan, Lelaki Ini Kongsi Tip, Sembur Kasut, Baju, Seluar Dengan Baygon
Masa aku kursus asas PGA selama 4 bulan kat Hulu Kinta dulu, inilah benda yang selamatkan aku dari dihampiri pacat. Memang berkesan. Pacat sangat aktif terutama musim hujan sebab lapar agaknya, pacat suka masuk celah-celah bahagian but kasut hutan yang kami pakai masa dalam latihan.
Jurulatih kami pernah buat eksperimen ke atas pacat bukit yang ada di dalam hutan. Satu kasut dia sembur Baygone dan satu lagi dia sembur Ridsect, Fumakila dan lain-lain semburan yang ada di pasaran ketika itu.
Kasut yang disembur Baygone, pacat terus menjauhkan diri tapi kasut yang disembur dengan Ridsect dan Fumakila, pacat ada atas kasut. Pacat serangga yang sensitif. Bila ada haiwan atau kita lalu dekat dengannya, ia akan bau darah dan terus datang atau tegak pada daun-daun, menunggu untuk cangkuk mulutnya pada baju kita.
Memang tak perasan. Tiba-tiba ada sahaja dua hingga tiga ekor gemuk-gemuk selepas hisap darah sudah ada dalam seluar atau melekat pada badan. Memang menggelikan.
Sejak dari itu, setiap kali nak masuk hutan, bukan kasut sahaja disembur dengan Baygone, dengan baju dan seluar sekali disembur macam pakai minyak wangi. Itulah rahsianya kenapa kawan-kawan lain selalu kena pacat tapi saya jarang sekali kena hisap darah dengan pacat.
Selepas ini kalau anak nak pergi camping sekolah ke apa, jangan lupa bekalkan Baygone ini satu. Sembur keliling khemah buat pendinding pun bagus. Begitulah rahsia alam yang saya amalkan.
Minggu bermula pada minggu hadapan dijangkakan jutaan kenderaan akan mula keluar dari ibu kota untuk pulang meraikan cuti Hari Raya Aidilfitri. Keterujaan rakyat Malaysia pada kali ini dirasakan lebih signifikan selepas dua tahun tidak dapat pulang beraya akibat pandemik Covid-19.
Seiring dengan jumlah kenderaan yang berlipat kali ganda di atas jalan raya, pihak berkuasa seperti tahun-tahun terdahulu akan menjalankan tugas dengan lebih kuat dengan operasi khas ‘Ops Hari Raya’.
Operasi seperti ini bukanlah ingin mencari kesalahan pengguna tetapi ingin memastikan trafik berjalan lancar dan perjalanan pengguna jalan raya lebih selamat. Di sebalik kesesakan jalan raya kita sudah biasa menyaksikan pengguna dan pemandu tidak bertanggungjawab melanggar undang-undang.
Namun awas ya!
Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengumumkan terdapat lima jenis kesalahan trafik yang tidak akan dibenarkan untuk dikompaun. Malah mereka perlu menghadapi kesalahan tersebut di mahkamah.
Lima jenis kesalahan yang tidak boleh dikompaun sepanjang operasi ini ialah memandu di lorong kecemasan, menggunakan telefon pintar ketika memandu, gagal mematuhi lampu isyarat atau melanggar lampu merah, memotong barisan dan juga memandu melebihi had laju.
Perkara tersebut dinyatakan oleh beliau ketika melancarkan kempen keselamatan dan Ops Bersepadu bersempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri di Putrajaya beberapa hari lalu.
Operasi Bersepadu tersebut akan bermula pada 29 April sehingga 8 Mei 2022.
“Seramai 2,200 orang anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terlibat dalam Ops Hari Raya Aidilfitri sebagai inisiatif utama untuk mengurangkan kadar nahas di jalan raya.
“Sepanjang tempoh pelaksanaan Ops Bersepadu ini, kaedah penyamaran sebagai penumpang bas ekspres juga akan dilakukan,” jelasnya lagi.
Mengekalkan tema “Pandu Cermat, Sampai Selamat, Ops Bersepadu itu melibatkan kolaborasi kerajaan dan swasta iaitu JPJ, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi Lebuhraya Utara Selatan (Plus).
Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, pemantauan melalui Enforcement Based Station (EBS) di 14 lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya akan turut dijalankan.
Selain itu beliau berkata, JPJ juga turut menjalankan pra Ops Hari Raya Aidilfitri bermula 25 hingga 28 April ini melibatkan pemeriksaan bas ekspres di 75 depoh dan 28 terminal bas utama bertujuan memastikan kondisi bas sentiasa berada dalam keadaan selamat.
Jika tidak mahu disaman dan terpaksa ke mahkamah, patuhilah undang-undang jalan raya. Pandulah dengan selamat. Biar lambat asal selamat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rumah tangga bahagia adalah impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Johan Raja Lawak yang sering berkongsi kemesraannya bersama keluarga di media sosial baru-baru ini berkongsi tip cara Bahagia rumah tangga caranya.
Tip Rumah Tangga Bahagia Cara Johan, “Yang Pertama, Kau Kena Tahu Perempuan Selalu Betul”
Walaupun tiada formula yang sempurna untuk mencapai kebahagiaan, terdapat beberapa rahsia dan amalan yang boleh membantu mewujudkan suasana harmoni dan bahagia dalam rumah tangga.
Menerusi perkongsian di TikTok, Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz berkongsi petua untuk memastikan perkahwinan sentiasa bahagia.
Menurutnya, lelaki terutama para suami perlu tanam dalam fikiran bahawa perempuan selalu betul dalam apa jua keadaan.
Ada dua sahaja. Kalau kata ada sepuluh tu semua tipu! Lelaki semua dengar.
Yang pertama, kau kena tahu perempuan selalu betul.
Yang kedua, kalau kau rasa kau betul tapi kau bergaduh, kau sepak diri kau, tengok balik nombor satu. Perempuan selalu betul.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya setuju dengan petua yang dikongsikan oleh Johan. Isteri yang gembira melambangkan perkahwinan yang bahagia.
Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk rekod, Johan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan enam cahaya mata.
-SETIAP HARI 41 ORANG PEKERJA MUDA DIISYTIHARKAN MUFLIS
-50% DARIPADA MEREKA MENDAPAT BANTUAN KEWANGAN DAN KHIDMAT KAUNSELING ADALAH BERUMUR 40 TAHUN KE BAWAH.
-LEBIH 60% DARIPADA PEKERJA MUDA TERLEBIH HUTANG.
-77% PENGGUNA MENDAPATI DIRI MEREKA LEMAH DALAM PENGURUSAN KEWANGAN.
-72% PENGGUNA TIDAK MEMPUNYAI PELAN PERSARAAN.
Justeru, mari kita pelajari apakah antara 7 kesilapan yang lazim dilakukan oleh masyarakat kita dalam pengurusan kewangan.
1-GAGAL MERANCANG KEWANGAN
Perancangan kewangan melibatkan persoalan mengenai masa hadapan, impian dan matlamat anda. Contohnya, membeli kereta atau rumah, berumah tangga, mendapat cahaya mata, mengumpul dana untuk kecemasan dan persaraan sehinggalah kepada wasiat. Antara langkah penting dalam proses perancangan kewangan:
-Menilai kedudukan kewangan anda sekarang
-Menetapkan matlamat
-Menyediakan pelan kewangan
-Melaksanakan pelan tersebut
-Memantau dan menilai semula
2-TIDAK MENAMBAH ILMU PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI
“Knowledge is power”. Di dalam Islam, menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas setiap Muslim. Ilmu kewangan adalah salah satu cabang ilmu yang perlu dipelajari untuk menguruskan kehidupan kita seharian dengan baik. Anda boleh membeli dan membaca buku kewangan, menghadiri kursus atau seminar kewangan dan belajar daripada yang pakar dalam bidang kewangan. Jangan lokek untuk peruntukkan masa dan wang untuk belajar ilmu kewangan.
3-BERBELANJA MELEBIHI KEMAMPUAN
Perkara paling asas dalam pengurusan kewangan adalah “Perbelanjaan MESTI kurang daripada Pendapatan”. Sekiranya anda berbelanja melebihi pendapatan bulanan atau kemampuan anda, anda akan terjebak di dalam perangkap hutang. Di samping desakan dan pengaruh rakan-rakan, budaya hidup mewah yang sering kali ditonjolkan di televisyen, surat khabar dan kompleks membeli-belah banyak mendorong kita untuk berbelanja melebihi kemampuan.
4-BERHUTANG MELEBIHI KEMAMPUAN
Konsep beli dahulu dan bayar kemudian antara strategi yang digunakan oleh penjual dan boleh menyebabkan pengguna terjebak dalam berhutang melebihi kemampuan. Contohnya, kemudahan kad kredit yang membolehkan kita terus berbelanja dengan bayaran minimum setiap bulan.
Sekiranya amalan ini diteruskan sehingga hutang bertimbun, anda mungkin akan muflis jika tidak mampu membayar balik hutang-hutang tersebut. Selain itu, hutang sewa beli kereta juga antara penyebab ramai di kalangan rakyat Malaysia berdepan masalah kewangan.
Berdasarkan statistik AKPK, penyebab yang mencatat peratus tertinggi ialah:
-Kelemahan pengurusan kewangan iaitu 24%
-Perbelanjaan perubatan yang mahal 23%
-Kegagalan perniagaan 15%
-Hilang kawalan dalam penggunaan kad kredit 13%
-Lain-lain (12%), hilang pekerjaan (10%), kematian ketua keluarga (2%) dan kegagalan pelaburan (1%).
5-TIDAK MENYIMPAN SEBAHAGIAN DARIPADA PENDAPATAN
Akibat kos sara hidup yang tinggi atau perbelanjaan bulanan yang tinggi menyebabkan ramai yang memberi alas an untuk tidak menyimpan. Anda ada 2 pilihan sama ada mengurangkan perbelanjaan dan berjimat cermat atau menambahkan pendapatan bulanan dengan kerja “part-time” dan sebagainya. Jadi, anda boleh peruntukkan sebahagian daripada pendapatan untuk simpanan anda.
Adalah dicadangkan menabung sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan bulanan. Sekiranya anda mampu menyimpan lebih daripada 10 peratus, sudah tentu anda akan mempunyai lebih banyak duit untuk kegunaan di masa hadapan. Yang penting adalah disiplin dan konsisten dalam menabung setiap bulan tanpa gagal.
Antara teknik yang berkesan adalah menabung secara automatik dengan menggunakan skim potongan gaji, auto debit atau cara lain sepertinya.
6-TIDAK MEMPUNYAI TABUNG KECEMASAN DAN PERLINDUNGAN TAKAFUL/INSURANS
Sesungguhnya, malang itu tidak berbau. Masalah kewangan juga boleh berlaku disebabkan oleh faktor luar jangka seperti masalah kesihatan, kehilangan pekerjaan, kegagalan perniagaan dan kematian ketua keluarga. Kesannya, kita mungkin hilang keupayaan untuk mencari pendapatan atau memerlukan wang yang banyak dalam masa singkat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Kebiasaannya, tabungan kecemasan digunakan untuk menampung perbelanjaan jika mengalami masalah kesihatan yang menelan kos yang tinggi, kerosakan kereta atau kehilangan pekerjaan.
7-TIDAK MERANCANG UNTUK PERSARAAN
Persaraan memberikan kesan langsung dalam kehidupan individu kerana kehilangan sumber kewangan yang tetap. Sebelum bersara, kita perlu memastikan yang kita telah mempunyai wang yang mencukupi untuk menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara.
Biasanya, kedudukan kewangan pesara kerajaan lebih stabil terutamanya kerana skim persaraan dan insentif kos rawatan berbanding pesara daripada sektor swasta. Kebanyakan pesara sektor swasta akan bergantung kepada wang tabungan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Memandangkan umur persaraan bermula pada usia 55 tahun, biasanya dana ini akan dimanfaatkan terlalu awal sedangkan beban kewangan individu pada umur sebegini masih tinggi kerana faktor seperti tanggungan yang masih belajar kerana aspek lambat berkahwin dan juga pemanjangan tempoh hayat individu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.