Pada zaman yang serba moden ini, diakui masalah jiwa memang agak kritikal melanda masyarakat kita.

Sebab itu saban hari kita dengar ada sahaja cerita masyarakat kita bagaikan hilang kewarasan akal dan fikiran.

Risau sampai membunuh

Melukis Atau Menconteng Boleh Jadi Terapi Jiwa Untuk Kaum Lelaki

Bukan sahaja mudah terdedah kepada stress atau kemurungan. Yang lebih membimbangkan, ada di antara ‘pesakit’ ini berhalusinasi sehingga membunuh.

Namun demikian, jika kena caranya, masalah ini boleh diatasi dengan cara mengawal stress pada peringkat awal.

Salah satu caranya adalah dengan melukis atau menconteng apa-apa sahaja pada kanvas putih sebagai terapi untuk meluahkan emosi.

Selain itu, melukis atau menconteng boleh meningkatkan daya fokus seseorang itu untuk melupakan semua masalah yang sedang dihadapi.

Animas ajak orang ramai

Melukis Atau Menconteng Boleh Jadi Terapi Jiwa Untuk Kaum Lelaki

Menyedari masalah sedemikian belum dapat diselesaikan secara holistik, Persatuan Animasi Malaysia mengambil pendekatan dengan mengajurkan program Zoom Kartun.

Zoom Kartun merupakan program tahunan Animas, Pekomik & Superfrenz dan untuk tahun 2019, Zoom Kartun akan berlangsung di Summit USJ, Subang pada 9 hingga 10 Mac.

Hilangkan stress dengan mewarna

Presiden Animas, Amir Hamzah Hashim berkata, cara untuk menghilang stress harus didedahkan kepada masyarakat kita sejak dari muda.

“Oleh kerana itu, Zoom Kartun menawarkan acara Drawing Contest yang bertemakan ‘My Hero’ untuk menaikkan inspirasi dan motivasi dalam kalangan remaja.

Bantu diri untuk fokus

Dalam masa sama, Battle Karikatur Bersama Ayahanda Kipidap turut diadakan bagi membantu orang ramai belajar untuk fokus.

“Dengan menyertai pertandingan ini, peserta bukan sahaja boleh berseronok malah tekanan di otak pun boleh dikurangkan,” katanya.

Melukis Atau Menconteng Boleh Jadi Terapi Jiwa Untuk Kaum Lelaki

Seni terapi yang baik

Selain memperkenalkan industri seni kreatif kepada masyarakat secara lebih meluas, Zoom Kartun juga menerapkan fahaman seni adalah satu terapi jiwa yang sangat bagus.

“Kita bermain dengan warna, lakaran serta memerlukan otak kita fokus untuk menjadi semakin kreatif.

“Mungkin sebelum ini mereka tiada masa tetapi tak salah kalau mereka datang berkunjung ke Zoom Kartun untuk mencuba sendiri pengalaman baharu ini,” kongsi Amir.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI