Dalam musim panas ketika ini, kalaulah dapat minum air kelapa yang segar dan manis, memang akan jadi satu nikmat yang sukar untuk dilupakan.

Mana tidaknya, kelapa bukan sahaja kaya dengan potassium, malah terdapat pelbagai vitamin dan antioksida yang terkandung di dalamnya juga.

Selain itu, buah kelapa juga mengandungi pelbagai khasiat lain yang ramai orang tidak tahu seperti :

1. Melambatkan penuaan otak

Institut Kebangsaan Kesihatan Amerika Syarikat pernah melaporkan melalui hasil kajian yang dibuat, mereka menemui asid lemak dalam minyak kelapa berupaya untuk melambatkan kesan penuaan pada otak.

2. Merawat jerawat

Kalau dari Universiti California, San Diego pula, para penyelidik telah menemui antara fungsi asid laurik iaitu salah satu bahan semula jadi yang ada dalam kelapa sangat berpotensi untuk merawat masalah jerawat.

Memang Terbaik, Ini 8 Khasiat Buah Kelapa Yang Ramai Orang Tak Tahu!

IKLAN

3. Lembabkan kulit

Penyelidik dari Jabatan Dermatologi, Pusat Perubatan Makati Filipina mendapati minyak kelapa boleh merawati masalah kulit kering sekali gus boleh melembabkan kulit.

4. Masalah tulang

Air kelapa dikatakan boleh melambatkan masalah bone loss yang biasa dihadapi oleh mereka yang sudah menopauseBone loss yang dibiarkan tanpa rawatan boleh bertambah teruk sehingga menyebabkan osteoporosis.

Memang Terbaik, Ini 8 Khasiat Buah Kelapa Yang Ramai Orang Tak Tahu!

IKLAN

5. Arthritis

Saintis India menemui bukti bahawa bahawa bahan polyphenolics yang terkandung dalam minyak kelapa dara boleh merawat penyakit Arthritis.

6. Mengurangkan darah tinggi

Amalan menyapu minyak kelapa pada badan sebelum bersenam boleh meredakan tekanan oksidatif sekali gus mengurangkan hypertension.

7. Masalah dalam mulut

Memang Terbaik, Ini 8 Khasiat Buah Kelapa Yang Ramai Orang Tak Tahu!

IKLAN

Saintis India merumuskan bahawa kelapa mengandungi antimicrobial yang mampu mengatasi masalah dalam mulut seperti mengurangkan pembentukan plak dan gingitivis.

8. Alzheimer

Kajian terpencil oleh penyelidik Sepanyol mendapati minyak kelapa memberi perubahan positif pada pesakit Alzheimer. Manakala saintis dari New Zealand dan Australia juga mendapati minyak kelapa sangat berguna bagi mereka yang menghadapi masalah ingatan.

Memang Terbaik, Ini 8 Khasiat Buah Kelapa Yang Ramai Orang Tak Tahu!

Jadi, boleh layan minum air kelapa banyak-banyak untuk kesihatan tubuh badan anda dalam jangka masa panjang!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI