Mempunyai Kelas Tersendiri Dan Tidak Takut Cabaran, Album Terjual Lebih 6000 Unit. Siapa Kata Fazura Tak Boleh Menyanyi?

Share

Walau kurang diyakini pada awalnya untuk bergelar penyanyi nanum hasil kerja kuat dan cekal membuahkan berita gembira buat Fazura dan para peminatnya. Sejak melancarkan album 3 November lalu, album bertajuk ‘Fazura’ kini telah terjual sebanyak lebih 6000 unit. Malah melalui penjualan digital, album ini telah di ‘stream

’ lebih dari 5 juta kali. Suatu pencapaian yang membanggakan buat pendatang baru dunia muzik dengan sokongan padu para peminat muzik tanah air.
oleh Syafiq Shahar

Album pertama ini menampilkan 2 trek bonus, termasuk sebuah lagu bersama kumpulan tempatan iaitu Estranged, bertajuk ‘Hancur Aku’. Sebagai tanda penghargaan Fazura kepada peminat, penyanyi dan pelakon terkenal ini mempersembahkan sebuah ‘showcase’ khas buat pembeli album dan peminat khususnya.

 

Antara lagu hit yang dinyanyikan ialah Sayangi Dirimu, Lalu, Bisa Apa, Hanya Tuhan Yang Tahu, dan special performance bersama suami tercintanya iaitu lagu Cinderella.

oleh Syafiq Shahar

 

Kepada anda yang masih belum mendengar lagu-lagu Fazura ni, bolehlah dapatkan album beliau di pasaran ye.

IKLAN