Walau kurang diyakini pada awalnya untuk bergelar penyanyi nanum hasil kerja kuat dan cekal membuahkan berita gembira buat Fazura dan para peminatnya. Sejak melancarkan album 3 November lalu, album bertajuk ‘Fazura’ kini telah terjual sebanyak lebih 6000 unit. Malah melalui penjualan digital, album ini telah di ‘stream’ lebih dari 5 juta kali. Suatu pencapaian yang membanggakan buat pendatang baru dunia muzik dengan sokongan padu para peminat muzik tanah air.
oleh Syafiq Shahar
Album pertama ini menampilkan 2 trek bonus, termasuk sebuah lagu bersama kumpulan tempatan iaitu Estranged, bertajuk ‘Hancur Aku’. Sebagai tanda penghargaan Fazura kepada peminat, penyanyi dan pelakon terkenal ini mempersembahkan sebuah ‘showcase’ khas buat pembeli album dan peminat khususnya.
Ads
Antara lagu hit yang dinyanyikan ialah Sayangi Dirimu, Lalu, Bisa Apa, Hanya Tuhan Yang Tahu, dan special performance bersama suami tercintanya iaitu lagu Cinderella.
Ads
oleh Syafiq Shahar
Ads
Kepada anda yang masih belum mendengar lagu-lagu Fazura ni, bolehlah dapatkan album beliau di pasaran ye.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memanaskan badan dengan gerakan yang berunsurkan mobiliti dan fleksibiliti dinamik. Kemudian melaksanakan gerudi 1 minit. Rehatkan diri antara 15 hingga 30 saat, kemudian melakukan litar kekuatan. Rehat 1 minit.
Ulang gerudi dan kekuatan urutan litar tiga hingga lima kali. Selepas pusingan pertama, cuba bekerja untuk mengusahakan 7 atau 8 (pada skala 1 hingga 10) setiap kali anda melakukan gerudi 1 minit.
Lakukan latihan berikut secepat mungkin dengan bentuk yang baik. Rehatkan 30 saat antara latihan dan 1 minit di antara pusingan. Melaksanakan 2 pusingan.
Dari postur tinggi yang kuat, melakukan larian lutut tinggi sisi mengambil tiga jumlah langkah sisi, berjalan pada bola kaki anda, memandu siku belakang dan mengekalkan postur tegak yang baik. Jangan menyeberang kaki anda seperti yang anda jalankan.
Pada langkah ketiga berhenti seketika dan mengekalkan keseimbangan untuk sekurang-kurangnya 1 hingga 2 saat sebelum berjalan di arah yang bertentangan. Itulah salah satu ulangan.
Dari kedudukan olahraga, mengambil langkah sisi ke kanan. Dengan cepat dan mencangkung dengan baik, sentuh tangan kanan (di luar kaki kanan) ke lantai dan segera memandu badan anda dan shuffle satu langkah ke kiri menyentuh lantai dengan tangan kiri anda.
Badan anda perlu telah maju sepenuhnya (yang besar tinggi) apabila anda bergerak dari sisi ke sisi. (Untuk variasi dari sebelah menyergap ini, lihat video ini untuk menyempurnakan borang tersebut.)
Bermula di bahagian atas kedudukan pushup itu. Menjaga otot perut anda dari dirembat, mengambil satu kaki dari lantai, dan perlahan-lahan membawa lutut anda di luar bahu anda dan sentuh kaki anda ke tanah.
Perlahan-lahan kembali kaki anda ke kedudukan permulaan dan ulangi dengan kaki yang bertentangan.
Lakukan latihan berikut selama 15 saat setiap satu. (Dan jika ini tidak cukup kuat untuk anda, cuba Workout Cardio terpantas ini.)
Mulakan dengan kaki pinggul-lebar anda selain dan tangan di pihak anda. Pada masa yang sama mengangkat tangan anda di atas kepala dan melompat anda supaya anda boleh menyebarkan kaki bahu lebar anda.
Kemudian melompat lagi untuk mengurangkan senjata anda dan membawa kaki anda bersama-sama. Mengulangi.
Berjalan di tempat, dengan lutut memandu ke arah dada anda.
Bermula dengan kaki bersama-sama, bertolak dengan kaki kanan untuk melompat sisi ke kiri kira-kira 3 kaki. Tanah di kaki kiri dan ikut dengan kanan anda. Hop kembali, kali ini menolak off dengan kaki kiri anda. Mengulangi.
Mula dalam kedudukan tekan tubi. Menjaga kepala anda selaras dengan badan anda, membawa lutut kanan ke dada anda, kemudian kembali ke kedudukan permulaan. Alternatif pesat dengan kaki kiri.
Menyelesaikan banyak ulangan yang anda boleh melalui setiap senaman dalam 20 saat. Rehatkan 20 saat, kemudian bergerak ke latihan seterusnya.
Berendam ke bawah di bahagian pinggang dan lutut, dan kemudian melompat ke atas.
Masuk ke dalam kedudukan tekan tubi dengan lengan anda lurus dan tangan anda berehat di dumbbells ringan. Memerah oto perut dan glutes anda apabila anda melakukan tekan tubi.
Di bahagian atas, tarik satu dumbbell dari lantai dan ke arah anda sehingga siku anda di atas belakang anda. Perlahan-lahan kembali berat ke lantai dan ulangi dengan tangan yang lain.
Dari kedudukan berdiri, mengambil langkah besar ke hadapan dengan satu kaki, kemudian segera menyergap ke belakang. Tukar kaki selepas 10 saat.
Berdiri dengan kaki anda lebih sedikit daripada bahu-lebar selain. Menaikkan satu kaki dan melanjutkannya di belakang anda, tidak jauh dari lantai. Kontrak glutes anda, memberanikan abs anda, dan menjaga tulang belakang anda secara semula jadi melengkung.
Dengan memberi tumpuan kepada kira-kira, rendah diri sehingga batang tubuh anda adalah selari dengan lantai. Memulakan pergerakan dengan menolak pinggul anda kembali. Tolak kembali ke kedudukan permulaan. Tukar kaki selepas 10 saat.
Baring di belakang anda dengan lutut bengkok, kaki rata di atas lantai. Memerah glutes anda dan meningkatkan pinggul anda sehingga belakang anda adalah dari lantai. Tahan selama 20 saat.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Korang pernah crush dekat seseorang tak? Tak kiralah anda wanita atau lelaki, tapi jika anda suka terhadap seseorang sebenarnya tak salah pun. Kalau anda seorang perempuan, dan berniat untuk memulakan langkah pertama pun tak ada masalah. Tapi anda kena tahu cara lah. Jadi ini tips untuk buat crush anda bagi feedback kepada anda balik.
Kita tak suruh anda fake tau, yang anda perlu buat ialah anda perlu berkelakuan seperti ibu dan ayah crush anda tu. Sebagai contoh anda seorang lelaki, dan anda ingin memikat wanita pilihan anda, apa yang anda harus lakukan ialah siasat latar belakang wanita itu. Jangan jadi stalker pulak, cuma anda perlu mengetahui ayahnya seperti mana? Jika ayahnya seorang yang menjaga aurat, anda turut sama menjaga aurat mereka, jika ayahnya seorang yang suka bergurau, maka anda juga harus pandai berjenaka. Barulah crush anda akan tertarik.
Simpan sikit misteri tu, jangan tunjuk atau ceritakan semuanya kepada crush anda. Kenapa? Ini kerana manusia mempunyai satu sifat ingin tahu. Walaupun mereka tidak menunjukkan rasa minat terhadap anda, jika anda simpan beberapa rahsia hidup anda, akan lahir sifat ingin tahu. Ketika itulah anda akan tahu bahawa mereka sedang membuka hati mereka untuk mengenali anda.
Jika anda wanita, rajin-rajinkan senyum. Ini kerana lelaki gemar suka jika wanita kelihatan lebih mesra dan senang bergaul. Senyum itu kan manis. Namun tidak kepada lelaki, jika anda inginkan wanita pilihan anda tu suka anda, jangan sesekali senyum sehingga menampakkan gigi anda. Mengapa? Perempuan lebih cenderung untuk jatuh hati kepada lelaki yang punya ego dan, cool dan tegas
Jangan buat-buat pula. Contoh seperti anda anak Johor, beritahu mereka anda anak Johor. Perbualan yang mesra lahir dari persamaan yang ketara. Ini akan membuatkan crush anda rasa selesa seperti mengenali keluarga yang sudah lama ditinggalkan.
Teori of associated conditioning menunjukkan yang anda berpeluang untuk sentiasa berada dalam ingatan mereka jika anda kerap bersama mereka. Buatlah aktiviti sebanyak mungkin dengan crush anda. Ini untuk memberi peluang kepada mereka untuk lebih mengingati anda selalu. Bayangkan jika mereka berbual dengan rakan atau keluarga mereka, dan menyebut nama anda, itu bermakna anda ada sedang bermain di dalam fikiran mereka.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hari ini masuk hari kedua umat Islam menjalani ibadah puasa di Malaysia dan seluruh dunia. Walaupun berdepan cabaran pandemik, namun keterujaan menyambut Ramadan dan Syawal pada bulan hadapan masih juga terasa.
Dalam tempoh beberapa hari ini pelbagai rekaan baju raya sudah dikongsi oleh banyak pereka fesyen dan juga jenama. Sama ada jenama tempatan mahu pun luar negara, masing-masing menyerlahkan rekaan yang tersendiri.
Begitu juga dengan jenama asal Jepun, UNIQLO yang melancarkan beberapa rekaan pakaian bersempena musim perayaan nanti. Tampil dengan tema ‘Grateful for Every Moment, Essential for Every Occasions’, koleksi raya dari UNIQLO pada tahun ini diserlahkan dengan padanan pelbagai jenis fabrik.
Di antaranya ialah fabrik dari jenis kapas, rayon dan juga strecth jersey yang mampu memberikan keselesaan sepanjang hari sesuai dengan cuaca di negara kita.
Koleksi khas raya ini telah dilancarkan dan kini boleh didapati di outlet dan juga laman e-dagang UNIQLO di atas talian. Di antara yang paling menarik perhatian ialah rekaan Dry Easy Baju Melayu yang tampil tanpa kolar dan juga kemeja bermotifkan batik.
Menariknya, Baju Melayu dari UNIQLO ini dihasilkan dari fabrik strecth jersey yang bukan sahaja memberikan keselesaan tetapi rasa kelembutan pada kulit ketika memakainya. Dari segi fit pula ia tidak terlalu lebar atau besar dan sesuai dengan rekaan kotemporari terkini.
Inovasi ‘Dry Easy’ menjadikan Baju Melayu ini tidak panas untuk dipakai serta cepat kering apabila terkena peluh. Dan istimewa lagi ia juga wrinkle-resistant atau tidak akan berkedut.
Kemeja bermotifkan batik pula diperbuat daripada fine cotton broadcloth yang memberikan sensasi kelembutan dan halus pada buat sesiapa sahaja yang memakainya. Untuk sensasi gaya, padankan dengan seluar Smart Ankle atau sleuar Ultra Light bagi penampilan lebih kasual.
Selain koleksi lelaki, pilihan untuk wanita juga tidak kurang hebatnya dengan Batik Collections.
Selain itu sepanjang bulan Ramadan dan musim perayaan akan datang, UNIQLO turut bakal menjalankan beberapa kempen seperti Raya Campaign Activities, Reusable Raya Packet Giveaway dan AIRism Mask Giveaway yang rata-rata disumbangkan kepada golongan kurang bernasib baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang