Adakah anda masih terkesan dengan kesimpulan tragis dan penuh keperwiraan daripada filem ‘Avengers: Endgame’?

Selepas pemergian Tony Stark (Iron Man) dan persaraan Steve Rodgers (Captain America), Marvel Cinematic Universe (MCU) kini berdepan cabaran baru untuk meneruskan legasi mereka. Selepas berjaya menamatkan riwayat Thanos dan mengembalikan semula keamanan dunia, apakah yang akan terjadi kepada adiwira yang lain?

Menangi Pas Tayangan Perdana ‘Spider-Man: Far From Home’ Percuma Bersama MASKULIN!
Kemunculan karakter baru, Mysterio bakal mencabar dimensi perjuangan Spider-Man?

Adakah dunia akan pulih daripada kesan psikologi serta keamanan yang diragut oleh Thanos sebelum ini? Kesemua ini mungkin akan terjawab menerusi filem ‘Spider-Man: Far From Home’ yang juga merupakan filem terkakhir fasa ketiga MCU.

Selepas ‘dihidupkan’ semula dalam filem terdahulu, Spider-Man (Peter Parker) kembali meneruskan kehidupan normalnya sebagai seorang remaja. Namun kematian Tony Stark yang betindak sebagai mentor dan figura seorang bapa dalam hidupnya benar-benar memberikan kesan mendalam terhadap Peter Parker.

Dalam filem terbarunya ini, Peter Parker yang dalam proses untuk menerima hakikat dengan pemergian Tony cuba mengalihkan perhatiannya dengan melakukan aktviti normal sebagai seorang pelajar.

IKLAN
Menangi Pas Tayangan Perdana ‘Spider-Man: Far From Home’ Percuma Bersama MASKULIN!
Peter Parker direkrut Nick Fury untuk misi terbaru.

Peter bersama rakan-rakan sekolahnya mengikuti rombongan sambil belajar ke Eropah. Namun ketika berada di luar negara dia telah didatatangi oleh orang kuat S.H.I.E.L.D, Nick Fury.

Namun Nick Fury tidak keseorangan kerana dia tampil bersama dengan seorang yang memiliki kuasa hebat dikenali sebagai Mysterio atau nama sebenarnya, Quentin Beck.

Kemunculam grup dikenali sebagai Elementals telah menggangu-gugat ketenteraman penduduk di Eropah. Namun adakah segalanya hanya semudah menewakan mereka sahaja atau ada perkara tersembunyi daripada Peter Parker yang bakal memerangkapnya?

IKLAN
Menangi Pas Tayangan Perdana ‘Spider-Man: Far From Home’ Percuma Bersama MASKULIN!
Pergi bercuti tapi sut tak pernah lupa nak dibawa. Steady Spider-Man!

‘Spider-Man: Far From Home’ akan mula ditayangkan di seluruh negara bermula pada 3 Julai 2019. Kepada anda pengikut setia filem-filem Marvel pastinya tak mahu terlepas menyaksikan filem hebat yang dibintangi oleh Tom Holland, Zendaya, Samuel L. Jackson, Jake Gyllenhaal, Cobie Smulders dan Jon Favreau.

Ingin menyaksikan filem ini secara PERCUMA pada tayangan perdana bersama MASKULIN?

Sertai peraduan tayangan perdana MASKULIN x ‘SPIDER-MAN: FAR FROM HOME’!

Tarikh tayangan: 2 Julai 2019 (Selasa)

IKLAN

Lokasi: GSC 1 Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor

Masa: 8:30 malam

PERADUAN MASKULIN x 'VIOLENT NIGHT'   
Menangi Pas Tayangan Perdana ‘Spider-Man: Far From Home’ Percuma Bersama MASKULIN!

Kami juga ingin memberikan hadiah eksklusif ‘Spider-Man: Far From Home’ kepada anda?

Menangi Pas Tayangan Perdana ‘Spider-Man: Far From Home’ Percuma Bersama MASKULIN!

  • T-shirt ‘Spider-Man: Far From Home’
  • Cable organizer ‘Spider-Man: Far From Home’
  • Patung figurin ‘Spider-Man: Far From Home’
  • Topeng mata ‘Spider-Man: Far From Home’
  • Pelekat luggage ‘Spider-Man: Far From Home’
  • Tag luggage ‘Spider-Man: Far From Home’
  • Cover pasport ‘Spider-Man: Far From Home’
  • Bantal leher ‘Spider-Man: Far From Home’

Menangi Pas Tayangan Perdana ‘Spider-Man: Far From Home’ Percuma Bersama MASKULIN!

Nak tahu bagaimana cara nak menang?

  1. Muat naik foto atau video di Instagram bertemakan MASKULIN & Spider-Man dengan cara paling kreatif.
  2. Sertakan kapsyen paling menarik berserta hashtag #MajalahMaskulin #SpidermanMaskulin.
  3. Pastikan akaun anda public. Pemenang akan dihubungi oleh pihak MASKULIN.
  4. Tarikh tutup 1 Julai 2019.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI