Menangis adalah satu gerak emosi yang melepaskan apa yang terpendam secara dalaman dan menangis ternyata dapat mendatangkan kelegaan.

Selain itu, menangis juga dapat menghilangkan beberapa zat beracun menerusi air mata yang mengalir keluar dan ia berkait dengan berat badan anda.

Kedengaran aneh tetapi pakar biokimia, William Frey telah menemui kajian orang yang menangis dari pukul 7 petang sehingga 10 malam boleh menurunkan berat badannya.

Ini kerana segala horman stress akan dilepaskan dan ia tidak sesekali akan bertukar menjadi lemak yang terhimpun dalam tubuh.

Menangis Dari Pukul 7 Petang Hingga 10 Malam Bantu Turunkan Berat Badan

IKLAN

Jenis-jenis air mata

Namun demikian, terdapat 3 jenis kategori air mata yang perlu anda tahu sebelum benar-benar ingin kurus hanya dengan cara menangis :

1. Air mata fungsional

Air mata ini berfungsi untuk menjaga kelembapan mata kita daripada kering dan kasar sekali gus menyebabkan kita rasa pedih mata.

IKLAN

2. Air mata iritasi

Air mata ini adalah yang mengalir tanpa sebarang sebab. Misalnya sewaktu anda menguap atau pun terkena angin, pasti ada air mata yang terkeluar bukan?

3. Air mata psikis

Air mata ini terhasil kesan daripada emosi manusia sama ada gembira atau sedih dan ia mengalir dalam kuantiti yang sangat banyak.

IKLAN

Menangis Dari Pukul 7 Petang Hingga 10 Malam Bantu Turunkan Berat Badan

Jadi kalau untuk turunkan berat badan, anda perlu mengeluarkan air mata psikis sekitar pukul 7 petang hingga 10 malam.

Untuk kesan yang maksimum, anda mungkin boleh menonton cerita-cerita sedih. Maklumlah nak raya, biasanya banyak iklan raya yang sedih-sedih.

Simpan dan tonton pada waktu tersebut, nak lagi sedih? Haaa.. fikir-fikirlah sendiri. Hehe..

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI