Aktiviti kecergasan kini bukan hanya menjadi salah satu kegiatan untuk mengisi masa lapang semata atau untuk memastikan tahap kecergasan kekal baik. Ia kini sudah menjadi satu gaya hidup yang mempunyai signifikan cukup tinggi dalam kebanyakan individu terutamanya yang sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan.

Meluangkan masa dengan melakukan aktiviti kecergasan seperti larian trek atau denai bukan sahaja memberikan kepuasan dari segi fizikal tetapi juga membantu kesihatan mental. Pada zaman yang serba-serbi terkait dengan pencapaian data, kebanyakan anda yang aktif dalam aktiviti seperti ini pastinya mahu melihat perkembangan prestasi diri dari semasa ke semasa.

Meneroka Kesempurnaan Jam GPS Serba Pintar & Premium, COROS Apex Pro

Dan di sinilah jam pintar yang mampu merakamkan pelbagai jenis data untuk anda memainkan peranan yang besar. Malah tidak dinafikan jam pintar kini telah menjadi peranti ‘wajib ada’ untuk memantau segala aktviti kecergasan anda. Ia boleh bertindak sebagai penyedia data pelbagai maklumat kecergasan, alat bantu senaman dan juga pelbagai aplikasi lain yang melancarkan aktiviti senaman.

Meneroka Kesempurnaan Jam GPS Serba Pintar & Premium, COROS Apex Pro

Tidak dinafikan di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis jenama dan jenis jam pintar yang ditawarkan dari segenap kategori. Namun yang manakah mampu memberikan kepuasan serta menyediakan pelbagai aplikasi bantuan senaman yang terbaik di pasaran?

MASKULIN telah diberikan kesempatan untuk menggunakan sendiri COROS Apex Pro yang turut diangkat sebagai jam premium untuk pelbagai kegunaan sukan atau multisport.

REKA BENTUK & PENAMPILAN LUARAN

Selain ciri-ciri dalaman yang dibawa, pastinya penilaian pertama kita terhadap sesuatu produk tertumpu kepada rekaan serta material yang digunakan. Sebagai salah satu produk yang cukup premium COROS Apex Pro ditampilkan dengan banyak material yang cukup premium. Pada bahagian bezelnya ia diperbuat daripada titanium alloy manakala selebihnya pada bahagian case diperbuat daripada aluminium.

Meneroka Kesempurnaan Jam GPS Serba Pintar & Premium, COROS Apex Pro

Skrinnya yang bersaiz 1.2 inci LCD dengan resolusi 240 x 240 pula adalah dari material sapphire atau nilam. Manakala untuk keselesaan maksiuma ketika dipakai talinya pula diperbuat dari getah silikon. Dengan berat hanya 59g, COROS Apex Pro merupakan jam yang cukup ringan. Berbandig jam GPS lain di pasaran, ia cukup selesa dipakai walaupun dalam tempoh yang lama.

Meneroka Kesempurnaan Jam GPS Serba Pintar & Premium, COROS Apex Pro

Dari segi faktor estetika, COROS Apex Pro merupakan antara jam yang hadir dengan rekaan terbaik di pasaran. Dengan kemasann yang cukup premium pada bezel dan case yang melengkapi penampilan hebatnya. COROS Apex Pro hadir dengan tiga variasi warna berbeza iaitu Silver, Grey dan White. Untuk variasi Grey, ia hadir dengan strap berwarna hitam manakala untuk Silver dengan warna hijau dan White pula dengan strap nilon berwarna putih.

Meneroka Kesempurnaan Jam GPS Serba Pintar & Premium, COROS Apex Pro

IKLAN

INTERFACE

Navigasi utama COROS Apex Pro dioperasikan dengan menggunakan dua butang kecil dan satu butang dail yang berada di tengah-tengahnya. Butang dail tersebut merupakan yang paling utama untuk mengakses pelbagai elemen pada ruangan papan pemuka atau dashboard. Ia juga berfungsi untuk ‘unlock’ paparan jam dengan melakukan satu pusingan lengkap.

Selain itu, navigasi keluar dan masuk boleh dilakukan dengan menggunakan butang bahagian bawah dan juga butang dail di tengah. Manakala butang yang paling atas pula untuk menghidupkan kawalan lampu sama ada ON atau OFF. Jadi secara tidak langsung sebenarnya kitaakan lebih banyak menggunakan dua butang untuk navigasi.

Meneroka Kesempurnaan Jam GPS Serba Pintar & Premium, COROS Apex Pro

Apa yang MASKULIN perasan, berbanding dengan beberapa pesaing lain COROS Apex Pro hadir dengan sistem yang lebih ringkas dan sangat mesra pengguna. Ia tidak menyulitkan dan cukup mudah untuk difahami walaupun pertama kali digunakan.

Untuk akses kepada quick menu, tekan dengan lama butang bahagian bawah. Di situ anda akan di bawa ke ruangan memaparkan tetapan seperti settings, do not disturb, maps, night mode, stop watch serta oximeter.

Meneroka Kesempurnaan Jam GPS Serba Pintar & Premium, COROS Apex Pro

Bercakap tentang oximeter, ini merupakan antara ciri-ciri yang paling MASKULIN gemari memandang situasi pandemik sekarang. Dengan adanya oximeter pada jam ini, MASKULIN dapat memeriksa kandungan oksigen dalam badan dengan lebih kerap dan senang.

Secara keseluruhannya, COROS Apex Pro hadir dengan sistem navigasi yang mudah, senang difahami dan pantas. Ia merupakan antara bonus terbesar dimiliki COROS Apex Pro berbanding pesaingnya.

IKLAN

SKRIN SESENTUH

Dengan update sistem terkini, COROS memperkenalkan buat pertama kalinya kemampuan elemen skrin sesentuh. Dengan hadirnya kemampuan ini, COROS Apex Pro memberikan pengalaman yang lebih bernilai kepada pengguna. Sebagai contoh, untuk melihat track larian yang telah ditetapkan. Kita hanya perlu seret jari ke mana-mana arah untuk navigasi serta melihat track tersebut dengan lebih teliti.

Untuk melihat preview kepada profile ketinggian atau levetation pula hanya swipe ke atas. Kita juga boleh swipe ke atas dan bawah bagi melihat pelbagai data berbeza ketika melakukan senaman walaupun ia dalam mode berkunci. Untuk mengaktifkan fungsi skrin sesentuh anda hanya perlu ke System > Workout Interface > Touch Scroll > ON.

Secara teknikalnya iatidaklah bergantung sepenuhnya kepada elemen skrin sesentuh namun bagi MASKULIN ia cukup memadai bagi pengalaman menelusuri pelbagai data dengan baik.

TRACKING AKTIVITI

Setiap orang pastinya mempunyai kecenderungan melakukan aktviti kecergasan berbeza-beza. Tidak tertumpu hanya pengumpulan data untuk aktiviti larian sahaja, COROS Apex Pro turut menawarkan sokongan kepada aktiviti lain seperti pendakian bukit atau gunung, hiking, berbasikal, renang, speed surfing, rowing, gym kadio dan juga triathlon. Malah secara keseluruhannya ia menyokong 13 jenis mode aktiviti berbeza.

Meneroka Kesempurnaan Jam GPS Serba Pintar & Premium, COROS Apex Pro

Jadi buat anda yang gemar melakukan aktiviti berbeza-beza tidak perlu risau dalam aspek mengumpul data. Skrin untuk tetapan workput juga boleh dimodifikasi mengikut keselesaan. Kemampuan untuk menukar warna latar belakang, saiz font, auto-scrolling dan notifikasi mesej dapat dilakukan dengan mudah.

Tahukah anda COROS Apex Pro turut boleh memaparkan 2D/3D distance switch? Ketika melakukan Trail Run atau dalam mode Climb anda kita boleh memilih paparan 2D dan 3D distance. Dengan 3D distance ia memberikan kalibrasi yang lebih baik.

IKLAN

Meneroka Kesempurnaan Jam GPS Serba Pintar & Premium, COROS Apex Pro

Penggunaan aplikasi bantuan COROS pada telefon pintar juga banyak memberikan kelebihan kepada pengalaman menggunakan COROS Apex Pro. Sebagai contoh, kitaboleh memilih antara dua hingga enam skrin berbeza untuk paparan dengan setiap satunya boleh diubah suai menggunakan aplikasi COROS. Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play.

Meneroka Kesempurnaan Jam GPS Serba Pintar & Premium, COROS Apex Pro

Secara keseluruhan, COROS Apex Pro melakukan tugasnya dengan baik bagi mengesan mengumpul dan memaparkan data latihan yang cukup penting buat ‘kaki kecergasan’.

BATERI MANTAP

Hampir mseinggu menggunakan jam ini, tidak salah untuk MASKULIN katakan bahawa COROS Apex Pro merupakan antara yang terbaik dari segi ketahanan bateri. Walaupun dengan penggunaan dalam mode GPS setiap masa ia mampu bertahan sehingga 40 jam.

Ia juga dapat melalui proses pengecasan dengan cukup efisien dan pantas. MASKULIN juga turut kagum dengan informasi bateri yang dipaparkan pada menu. Informasi berapa lama lagi bateri boleh bertahan, bila kali terakhir dicas dan penggunaan segmen bateri yang boleh didapati dengan lengkap.

KESIMPULAN

Buat anda yang ingin memiliki jam pintar GPS yang hadir dengan rekaan premium serta lengkap dengan sistem navigasi mesra penggun, COROS Apex Pro adaah jawapan paling tepat. COROS Apex Pro juga hadir sebagai jam yang cukup fleksibel dengan sokogan pelbagai jenis aktiviti kecergasan meluputi aktiviti biasa seperti larian sehinggalah kepada yang lebih ekstrem seperti pendakian gunung.

Ditawarkan pada harga RM2,099, COROS Apex Pro menepati jangkaan MASKULIN sebagai sebuah jam yang cukup ‘superior’ dalam kelasnya tersendiri. Berita baik untuk anda yang berminat mendapatkannya sekarang kerana COROS menawarkan promosi istimewa.

Meneroka Kesempurnaan Jam GPS Serba Pintar & Premium, COROS Apex Pro

Bersempena 8.8 Exclusive Promo, COROS bakal memberikan duffel bag bernilai RM99 secara percuma kepada setiap pembelian model-model berikut; COROS PACE 2 (Dark Navy with Nylon Strap), COROS APEX 42mm, COROS APEX PRO dan COROS VERTIX.

Untuk informasi lanjut di mana anda boleh mendaparkannya boleh layari ke https://coros.my/wp/where-to-buy/.  

Rating MASKULIN: 4.5/5

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI