
Enam gejala baharu COVID-19 yang ditemui oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Gejala terbabit adalah seperti menggigil; getaran tubuh secara berulang serentak dengan menggigil; sakit otot; sakit kepala; sakit tekak dan kehilangan deria rasa atau bau.
Sebelum ini, CDC hanya menyenaraikan tiga gejala yang diketahui iaitu sesak nafas, batuk dan demam. Namun, menurut laporan Awani, keenam gejala ini biasanya muncul dua hingga 14 hari setelah pesakit terdedah kepada virus berkenaan.
Beliau berkata, berdasarkan data dan maklumat daripada rawatan pesakit tempatan dan seluruh dunia, CDC dapat menyatakan dengan yakin, enam gejala terbabit adalah gejala COVID-19.
Satu kajian terhadap pesakit COVID-19 di Eropah turut mendapati antara 85.6 hingga 88 peratus pesakit mengalami gejala hilang deria rasa dan bau. Manakala di Iran, 76 peratus pesakit COVID-19 yang melaporkan kehilangan bau memberitahu ia berlaku secara tiba-tiba sebelum gejala lain muncul.
Selain itu, keletihan melampu juga dilaporkan dialami oleh pesakit sebelum mereka disahkan positif COVID-19, sungguhpun tidak disenarikan di lama web CDC.
SUMBER: Awani
Pakaian Bundle Dari Sisi Agama, Adakah Perlu Basuh Terlebih Dulu Atau Tak Perlu?

Suatu ketika dahulu ramai yang memandang sebelah mata kepada pakaian terpakai atau lebih popular dengan panggilan bundle.
Mereka anggap memakai baju bundle tak ada ‘kelas’ dan ada juga rasa geli untuk memakainya. Namun tahukah anda bahawa terdapat sesetrngah pakaian bundle mempunyai nilai jual semula yang sangat tinggi?
Jika rezeki anda, tak mustahil anda dapat jumpa pakaian daripada koleksi rare jenama-jenama tertentu. Begitu juga koleksi baju ‘band‘ retro yang dikeluarkan pada tahun 1980-an dan 1990-an.
Dan kini populariti pakaian bundle sudah tidak menjadi perkara asing terutamanya penggemar fesyen. Di mana-mana sahaja kita boleh jumpa pakaian bundle hatta di pasar malam sekali.
Tak kurang juga kedai-kedai pakaian vintaj semakin banyak muncul menawarkan pakaian edisi terhad pelbagai jenama yang didapati daripada bundle.
Tapi timbul persoalan, adakah pakaian bundle ini perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum kita memakainya? Dan adakah ia wajib dilakukan?
Sebuah posting tentang perkara ini telah diulas dengan cukup baik menerusi page Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original). Dan ulasan ini turut disertakan dengan hujah-hujah dari petikan ayat suci Al-Quran.
Jadi adakah kita perlu basuh dulu pakaian bundle? Jom ikuti perkongsian tersebut di bawah:
Pakaian Bundle : Wajibkah Dibasuh Terlebih Dulu?
Islam sangat mementingkan kebersihan kerana syariat mengajar dan memerintahkan umat Islam mendahulukan kebersihan pada segenap aspek kehidupan.
Firman Allah swt :
إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ
artinya : “Sesungguhnya Allah sangat menyukai orang-orang yang selalu bertaubat dan menyukai orang-orang yang selalu membersihkan diri.” (Al-Baqarah : 222)
Apabila ada pada pakaian kita suatu najis atau kotoran maka hendaklah dibersihkan kerana memakai pakaian yang bersih dari najis dan kotoran itu adalah perintah syarak.
Firman Allah swt :
وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ
artinya : “Dan pakaianmu itu maka hendaklah kamu bersihkan”. (Al-Muddatthir : 4)
Jika kita membeli pakaian terpakai dan ada padanya kotoran atau najis atau pakaian tersebut belum lagi dibersihkan olih penjualnya maka hendaklah dibersihkan terlebih dulu sebelum memakainya supaya dapat dipastikan kita berada dalam kebersihan dan kesucian.
Jika najis yang mengenai pakai tersebut adalah najis mughallazah maka wajib dibersihkan dengan air tanah sekali dan air bersih enam kali. Dan pakaian yang terkena najis selain mughallazah maka memadai dibasuh dengan air bersih sekali.
Ada pun jika pakaian terpakai itu sudah dibersihkan sebelum dijual dan tidak ada kotoran atau sebarang najis pada pakaian terpakai tersebut maka tidaklah ada kewajipan utntuk membersihkannya.
Begitu juga jika was-was yang pakaian itu mungkin sahaja kotor atau kena najis yang tidak bersandarkan kepada bukti maka tidak disyaratkan membasuhnya terlebih dulu sebelum memakainya.
Firman Allah swt :
مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍۢ وَلَٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
artinya : “Allah tidak sekali-kali hendak menyusahkan akan kamu semua dan tetapi Allah hendak menjadikan kamu semua bersih dan supaya sempurna nikmat-Nya atas kamu mudah-mudahan kamu semua menjadi orang yang bersyukur.” (Al-Maidah : 6)
Tetapi jika dibasuh juga selepas membelinya tanpa terbukti ada najis atau kotoran hanya semata-mata untuk lebih yakin maka itu adalah elok.
Kesimpulan:
- Jika baju terpakai itu sudah bersih dibasuh olih penjual dan tiada tanda-tanda terkena kotoran atau najis maka tidak wajib membasuhnya sekali lagi.
- Jika memang ada najis atau kotor maka wajib dibasuh supaya bersih.
- Jika dibasuh bukan kerana ada najis atau kotoran tetapi semata-mata supaya lebih yakin akan kebersihannya maka adalah elok.
Wallahua’lam
BACA: Bahaya Jemur Pakaian Dalam Rumah, Ini 5 Sebabnya Yang Anda Perlu Tahu!
Perkongsian asal di Facebook:
Kelebihan & Cabaran Kerja Sendiri Berbanding Makan Gaji

Kerja sendiri atau makan gaji?
Sebenarnya ia terpulang kepada citarasa masing-masing. Dan tiada salahnya untuk anda bekerja makan gaji kerana ia juga satu sumber rezeki yang halal. Bagi anda yang memilih untuk bekerja sendiri dan menjalankan perniagaan, segala risiko itu terletak di atas kepada sendiri.
Setiap kerjaya ada ruangnya tersendiri dan tak semua orang ada kebolehan, kemahiran dan keberanian untuk bekerja sendiri dan mempunyai perniagaan.
Jadi apakah sebenarnya kelebihan bekerja sendiri dan bagaimana pula dengan cabarannya? Buat anda yang tak pernah bekerja sendiri mencari rezeki pastinya sukar memahami bagaimana ia boleh dilakukan.
Berikut MASKULIN kongsikan apakah kelebihan dan kekurangan bekerja sendiri.
BACA: Cabaran Mencari Rezeki, Ini 10 Pekerjaan Lelaki Yang Paling Bahaya Di Dunia
KELEBIHAN
Kurang Tekanan Kerja
Bila bekerja sendiri secara automatiknya andalah jadi bos dan andalah juga jadi kuli. Setiap hari anda tak perlu nak hadap muka bos. Jadi anda boleh buat kerja ikut pacing sendiri. Anda juga boleh laksanakan kerja dengan lebih selesa dan tenang. Secara tak langsung anda sudajh bebas dengan tekanan kerja.
Dapat Kepuasan
Bayangkan segala usaha yang anda curahkan untuk perniagaan sendiri membuahkan hasil. Pasti kepuasan itu lebih dirasa nikmatnya berbanding bekerja untuk orang lain. Tambahan lagi apa yang anda buat adalah sesuatu yang anda suka!
Rajin Kerja, Banyak Hasilnya
Bila bekerja sendiri segala pendapatan anda adalah tanggungjawab sendiri. Jadi jika anda rajin berusaha maka makin banyaklah hasilnya. Secara tak langsung anda boleh tingkatkan keyakinan diri juga. Jika bersungguh-sungguh dan ikhlas nescaya pendapatan akan meningkat.
Tiada Waktu Khas
Inilah seronoknya bila bekerja sendiri. Tiada bos yang nak marah anda nak masuk kerja pukul berapa sekalipun. Namun, demi periuk nasi sendiri mestilah anda tak akan buat ebgitu bukan? Tiada kekangan maka tiada tekanan dari orang atasan. Masa bekerja anda juga tak sama dengan kerja orang lain. Jika rajin anda kerjalah lebih dan jika rasa macam tak boleh nak carry pada hari itu, pulang awal saja.
CABARAN KERJA SENDIRI
Harus Sedia Kelengkapan & Fasiliti Sendiri
Nak mulakan perniagaan sendiri mestilah anda perlukan segala macam jenis kelangkapan dan fasiliti. Dan semua benda ini bukannya murah. Anda juga perlukan mental yang kuat untuk hadapai segala kesukaran semasa hendak memulakannya. Anda sendiri perlu lakukan pilihan yang bijak dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk setiap perkara yang dilakukan agar tidak terjadi perkara yang sia-sia nanti.
Pendapatan Tak Menentu
Lebih rajin anda bekerja, maka lebih lah hasil pendapatan yang anda akan dapat. Jadi, anda boleh menggunakan sebahagian hasil pendapatan itu untuk membayar kembali duit pinjaman bank yang anda jadikan modal untuk perniagaan anda. Untuk jadi seorang yang berjaya, anda haruslah rajin berusaha untuk mendapatkan keuntungan pada masa akan datang.
Risiko Tinggi
Ini merupakan antara alasan paling popular mengapa orang kerja makan gaji tak berani nak berhenti dan mula kerja sendiri. Ya, ia merupakan satu langkah yang berisiko tinggi. Masa deoan anda bergantung kepada sama ada anda berjaya atau tidak. Sebelum memulakan sesuatu perniagaan banyak perkara anda perlu ambil kira antaranya mengetahui jumlah persaingan dan jumlah permintaan pasaran.
Aksi Adrenalin Auto Maksima ‘Fast & Furious 9’ Kini Di Malaysia, Menangi Merchandise Menarik Ini!

Akhirnya selepas beberapa bulan lamanya, filem aksi yang dinanti-nantikan ini akan mula ditayangkan mulai esok di negara kita.
Selaras dengan pembukaan lebih banyak kegiatan ekonomi termasuklah panggung wayang dalam Pelan Pemulihan Negara, kita kini berpeluang menonton filem ‘Fast & Furious 9’. Bagi pengikut filem antarabangsa terutamanya dari Hollywood pastinya sudah sedia maklum bahawa francais filem ‘Fast and Furious’ merupakan antara yang paling laris di dunia.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2001 menerusi instalasi pertamanya, setiap filem francais ini mencatat kutipan cukup luar biasa.
Apa tidaknya setiap filemnya sarat dengan aksi kereta, jentera perang, kapal selam, kereta kebal malah kapal selam sering mendapat kutipan box-office yang menjadi antara filem-filem terlaris sepanjang zaman.
Buat peminat kereta dan juga filem aksi, inilah francais yang cukup dekat dihati anda semua. Dan semalam trailer terbaru filem terbarunya, ‘Fast and Furious 9’ telah pun diperkenalkan yang sekali gus menjadi topik tular diperkatakan di laman media sosial.
‘Fast & Furious 9’ hadir dengan kisah yang masih berlegar pada tema kekeluargaan. Kali ini, Dominic Toretto dan rakan-rakannya harus berdepan dengan adiknya, Jakob yang digelar sebagai pembunuh upahan berskil tinggi serta pemandu paling hebat yang pernah mereka hadapi.
Jakob tampil bekerjasama dengan karakter antagonis lakonan Charlize Theron iaitu Cipher. Turut melakukan kemunculan semula menerusi siri kali ini ialah Han Lue lakonan Sung Kang yang sebelum ini disangka telah meninggal dunia pada penghujung filem ‘Tokyo Drift’.
Apakah kesudahannya dengan seteru dua adik-beradik ini? Pastinya anda sudah tidak sabar menontonnya di pawagam.
Bersempena kemunculan ‘Fast & Furious 9’, MASKULIN bersama United International Pictures berbesar hati ingin memberikan hadiah eksklusif menerusi contest di bawah. Hadiah-hadiah menarik menanti anda!
- FAST & FURIOUS 9 Cross Body Bag
- FAST & FURIOUS 9 T-Shirt
- FAST & FURIOUS 9 Wireless Phone Charger
- FAST & FURIOUS 9 Wireless Headphone
- FAST & FURIOUS 9 Hoodie
Sebelum menjawab soalan di bawah, anda harus mengikuti beberapa langkah tersebut.
- Follow Instagram @maskulinmag & @uipmalaysia
- Kongsi artikel ini di IGStory anda dengan hashtag #maskulinF9 #fastandfurious9
- Jawab dan isi soalan di bawah.
Pemenang akan diumumkan kelak dan harus mengambil hadiah tersebut di alamat dibawah:
Nu Ideaktiv Sdn Bhd,
Lot 2, Jalan Renggam 15/5,
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15
40200 Shah Alam
Selangor