Seorang lelaki warga Indonesia yang dahulunya pernah berkhidmat dalam Kor Marin Angkatan Laut Republik Indonesia (TNI AL) kini merayu untuk pulang ke tanah air setelah menyesal menyertai tentera upahan Rusia dalam konflik Ukraine.
Keputusannya menandatangani kontrak dengan Kementerian Pertahanan Rusia pada Mei 2025 telah menyebabkan kerakyatan Indonesianya dilucutkan, sekali gus menjadikannya tanpa negara dan terperangkap di zon konflik.
Dalam permohonan maaf terbuka yang menyentuh hati, dia merayu kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, Naib Presiden, Gibran Rakabuming Raka, dan Menteri Luar Negeri, Sugiono.
Dia menegaskan bahawa keputusannya menyertai tentera asing hanyalah “atas dasar ekonomi semata-mata, setelah saya bergelut mencari pekerjaan, dan bukan dengan niat untuk menentang negara sendiri.”
Kini, dia sedar akan betapa seriusnya kehilangan kerakyatan dan memohon bantuan kerajaan Indonesia untuk menamatkan kontraknya dengan Rusia serta mendapatkan kembali statusnya sebagai warga negara Indonesia.
Tanggapan Pihak Berkuasa Indonesia
Namun, reaksi dari pihak berkuasa Indonesia tidaklah semudah yang diharapkan. Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI AL) telah menegaskan bahawa mereka tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan individu tersebut.
Ads
Ini kerana dia sebelum ini telah diberhentikan dari perkhidmatan dan pernah menghadapi tindakan undang-undang yang mengakibatkan pemenjaraan.
Mereka menjelaskan bahawa isu ini kini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Undang-Undang.
Seorang Ahli Parlimen Indonesia dan bekas Jeneral, TB Hasanuddin, mengulangi sentimen ini, dengan menyatakan, “Jika kerakyatannya telah dilucutkan secara rasmi, kerajaan Indonesia tidak bertanggungjawab untuk melindunginya.”
Ads
Ini selaras dengan Undang-Undang Indonesia No. 12 Tahun 2006 Artikel 23(d) dan Peraturan Kerajaan No. 21 Tahun 2022, yang menyatakan bahawa warga negara Indonesia secara automatik kehilangan kerakyatan mereka jika menyertai tentera asing tanpa kebenaran presiden.
Amelia Anggraini, seorang lagi Ahli Parlimen, menekankan betapa seriusnya tindakan ini. Beliau berkata, “Menyertai tentera upahan adalah pelanggaran serius undang-undang negara dan sumpah ketenteraan. Kesetiaan kepada negara adalah mutlak, bermakna undang-undang tidak seharusnya dilonggarkan atas dasar simpati.”
Beliau menambah bahawa sebarang permohonan untuk pengembalian kerakyatan akan memerlukan proses yang sangat ketat, dengan mengambil kira keselamatan dan kepentingan negara.
Ads
Kisah lelaki ini menjadi peringatan keras tentang implikasi serius menyertai konflik asing tanpa izin dan pengorbanan yang mungkin perlu ditanggung, termasuk kehilangan identiti nasional.
Sumber: Kompas.com
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejauh manakah anda rasa keadaan trafik di negara kita. Bagi pengguna jalan raya yang melalui hari demi hari pasti bersetuju bahawa kondisi kesesakan trafik semakin hari semakin teruk.
Keadaan ini semakin buruk berlaku di bandar-bandar utama di seluruh negara terutamanya di Lembah Klang. Perjalanan dalam jarak 10km pun boleh mengambil masa sehingga satu jam. Begitulah jika ia benar-benar sesak ketika di waktu puncak.
Kesesakan jalan raya di kenal pasti sebagao antara punca menyebabkan pemandu di negara kita alami stres yang cukup tinggi. Dalam kajian terbaru oleh yang dikongsi oleh confused.com terhadap 48 buah negara mendapati Malaysia merupakan antara negara paling teruk di mana pemandunya mengalami stres.
Lebih tepat, Malaysia berada di kedudukan ke lapan sebagai negara yang pemandu atau pengguna jalan rayanya berdepan stres paling tinggi. Dengan sebanyak 72 poin ia juga menjadikan Malaysia sebagai negara pada kedudukan tertinggi di Asia Tenggara.
Selama ini mungkin ramai yang berpandangan negara lain di rantau ini lebih teruk keadaannya. Namun ia tidak menggambarkan rasa stres sepenuhnya.
Sebagai contoh, Singapura berada di tangga ke-17. Malaysia pula mencatatkan purata 91.5 buah kereta setiap satu kilometer berbanding 192.3 buah bagi jarak sama di negara jiran tersebut.
Jadi apakah punca menyebabkan pemandu di Malaysia sentiasa berdepan stres. Pada pandangan MASKULIN ini 10 punca utama yang menjadi penyumbangnya.
Terperangkap dalam kesesakan jalan raya dalam tempoh yang lama
Berdepan dengan karenah pembuli jalan raya dan pemandu agresif
Kurangnya kesedaran untuk menggunakan ‘signal’ bila ingin menukar lorong
Kenderaan yang tidak mengikuti arahan lampu isyarat dengan baik
Berdepan pemandu yang suka memotong barisan
Di lebuh raya bila berdepan kereta dari belakang yang mengekori rapat atau ‘mencucuk’
Meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya
Kenderaan yang ‘double park’
Berdepan situasi brek mengejut dengan kerap
Bila mengekori kereta yang memandu terlalu perlahan terutamanya di lebuh raya
Semoga kita semua menjadi pemandu yang lebih berhemah di jalan raya. Nak tahu sejauh mana anda stres ketika memandu? Periksalah kadar denyutan jantung menggunakan jam pintar ketika memandu. Pasti anda pu akan terkejut melihat betapa lajunya jantung anda berdegup kerana stres.
Jom subscribe YouTube dan Telegram MASKULIN untuk seleksi kandungan menarik tentang gaya hidup lelaki!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Fakta – Melihat skrin komputer secara berterusan selama berjam-jam akan menyebabkan ketidakselesaan pada mata atau dikenali sebagai sindrom penglihatan komputer (CVS).
CVS akan terjadi pada seseorang yang membuat pergerakan sama setiap masa contohnya kanak-kanak yang bermain permainan video secara mudah alih. Ia juga boleh berlaku pada mereka yang menggunakan komputer dalam aktiviti harian secara berterusan terutamanya jika pencahayaan dan kedudukan komputer tidak sesuai.
Namun masih belum terbukti CVS akan menyebabkan kerosakan kepada mata contohnya katarak. Simptom CVS adalah seperti mata kabur, penglihatan berganda, mata kering dan merah, iritasi, sakit leher, sakit belakang serta sakit kepala. Jika simptom ini tidak dirawat, ia akan menjejaskan prestasi kerja individu terbabit.
MITOS: MEMBACA DALAM KEADAAN SAMAR AKAN MEROSAKKAN MATA
Fakta – Menurut Pakar Oftalmologi dari Cleveland Clinic Cole Eye Institute, Dr Richard Gans, cahaya samar akan menyebabkan mata kurang berkedip, sukar untuk fokus dan mengakibatkannya menjadi penat serta kering.
Ketidakselesaan ini tidak menyebabkan sebarang kerosakan pada struktur atau fungsi mata. Bagi menyelesaikan masalah ini, pesakit hanya perlu menggunakan ubat titis sebagai pelembap. Jelasnya, tiada bukti saintifik yang membuktikan bahawa membaca di dalam cahaya samar akan menyebabkan kerosakan pada mata.
MITOS: MENONTON TELEVISYEN PADA JARAK DEKAT AKAN MEROSAKKAN MATA
Fakta – Kenyataan ini tidak benar, sama seperti membaca dalam keadaan samar. Ia tidak akan merosakkan mata sama ada disebabkan terlebih fokus ataupun dari segi radiasi.
Kanak-kanak yang melakukan sedemikian mungkin bagi melihat imej di televisyen dengan lebih jelas dan ini petanda mereka mungkin memerlukan kaca mata.
MITOS: MENCABUT GIGI MENYEBABKAN PENGLIHATAN KABUR.
Fakta – Pesakit akan diberikan suntikan bius setempat sebelum proses mencabut gigi dilakukan. Kebiasaannya, suntikan pada gusi bawah tidak menyebabkan masalah pada mata.
Penglihatan berganda dan mata kabur adalah kesan sampingan kepada agen bius setempat iaitu lidocaine atau xylocaine. Kesan sampingan ini selalunya bersifat sementara, tetapi jika ia berterusan, pesakit dinasihatkan berjumpa pakar oftalmologi untuk rawatan lanjut.
MITOS: MERENUNG MATAHARI SECARA LANGSUNG BOLEH MEROSAKKAN MATA
Fakta – Ini adalah benar. Melihat matahari secara langsung bukan saja akan menyebabkan sakit kepala dan penglihatan menjadi herot sementara tetapi ia juga boleh mengakibatkan kerosakan mata secara kekal.
Cahaya matahari akan mengakibatkan radiasi ultra lembayung pada mata yang menjadi penyebab kepada penyakit mata seperti degenerasi makular, solar retinitis dan distrofi kornea.
Waktu gerhana matahari adalah tempoh paling berbahaya jika mata merenung matahari kerana pada waktu itu kecerahan cahayanya akan berkurangan tetapi radiasi yang boleh menyebabkan kerosakan mata tidak berubah.
MITOS: MAKAN LOBAK MERAH AKAN MEMULIHKAN RABUN MATA.
Fakta – Lobak merah adalah makanan yang kaya dengan beta karotena iaitu pigmen karotid yang juga dijumpai di dalam oren, sayur-sayuran, keju, susu, kuning telur dan hati.
Karotid adalah pelopor penting bagi vitamin A. Kekurangan vitamin A yang ekstrem akan menyebabkan kebutaan seperti yang berlaku di kebanyakan negara yang sedang membangun.
Vitamin A boleh membantu dalam mengatasi masalah katarak dan degenerasi makular, tetapi jika masalah penglihatan tidak berkait dengan kekurangan vitamin itu, ia tidak akan berubah walau sebanyak mana pun memakan lobak merah.
MITOS: KANAK-KANAK TIDAK PERLU MENJALANI PEMERIKSAAN MATA SEHINGGA MEMASUKI ALAM PERSEKOLAHAN.
Fakta – Pemeriksaan mata seawal usia tiga hingga tujuh tahun perlu untuk mengelakkan terjadinya masalah mata malas atau ambliopia. Perkembangan mata kanak-kanak yang kritikal adalah pada usia berkenaan.
Jika sebarang keabnormalan dapat dikesan pada peringkat umur ini, pencegahan awal boleh dilakukan. Tanda yang boleh diperhatikan pada kanak-kanak yang mempunyai masalah mata adalah:
– Melihat televisyen atau sesuatu objek pada jarak dekat.
– Kerap berkelip dan menggosok mata.
– Mata berair.
– Sakit kepala.
– Mata mudah menjadi penat.
– Suka menelengkan kepala.
MITOS: KATARAK BOLEH DISEMBUHKAN DENGAN UBAT
Fakta – Ini adalah 100 peratus tidak benar. Katarak adalah sebarang kekaburan pada kanta mata yang selalunya dikaitkan dengan proses penuaan.
Rawatan katarak hanyalah melalui pembedahan dan memerlukan penggantian kanta intraokular palsu. Rawatan awal diperlukan untuk mencegah penyakit lain seperti glaukoma.
MITOS: ORANG YANG MENGHIDAP RABUN JAUH KETIKA MUDA TIDAK AKAN MENDAPAT RABUN DEKAT
Fakta – Rabun dekat atau dikenali sebagai presbiopia terjadi apabila seseorang mencapai umur 40 tahun apabila otot siliari yang memegang kanta kristalin menjadi kurang kenyal untuk mengubah bentuk kanta berkenaan.
Bagi penghidap rabun jauh, penglihatan pada jarak jauh adalah kabur manakala jelas pada jarak dekat. Apabila penglihatan jarak jauh dibetulkan dengan kaca mata, penglihatan jarak dekat juga akan terjejas manakala pesakit presbiopia akan mengalami kekaburan jarak dekat.
Disebabkan keadaan itu, pesakit akan membuka cermin mata untuk melihat pada jarak dekat. Selalunya, pesakit dinasihatkan untuk membuat kaca mata pembetulan bagi jarak jauh dan dekat atau dikenali sebagai kanta bifokal atau multifokal.
MITOS: KUASA CERMIN MATA DAPAT DIKURANGKAN ATAU AKAN BERTAMBAH SEKIRANYA MEMAKAI CERMIN MATA SETIAP HARI
Fakta – Penambahan atau pengurangan kuasa cermin mata bergantung kepada pertumbuhan mata pesakit. Cermin mata hanyalah alat bantuan penglihatan yang dapat membantu si pemakai untuk melihat dengan lebih jelas. Pemanjangan bola mata akan tetap berlaku walaupun memakai cermin mata.
MITOS: JULING AIR ATAU JULING ITIK TIDAK PERLU MENDAPAT RAWATAN
Fakta – Kanak-kanak tidak sepatutnya membesar dengan mata juling. Juling lebih mudah diperbetulkan pada peringkat kanak-kanak. Ini antara kepentingan kanak-kanak mendapat pemeriksaan mata awal iaitu ketika bayi dan seterusnya pada umur dua tahun. Juling air atau juling itik adalah jenis juling yang jarang berlaku dan jika tidak dirawat akan menjadi juling kekal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Royal Canin, jenama pemakanan haiwan peliharaan premium global, melakar sejarah dengan melancarkan acara Purrever Healthy pertamanya di Malaysia.
Acara ini berlangsung di Sunway Pyramid dari 8 hingga 10 Ogos, menandakan komitmen Royal Canin dalam meningkatkan kesedaran tentang kesihatan kucing secara menyeluruh.
Acara Purrever Healthy ini menjadi platform bagi pemilik kucing, pencinta haiwan, dan pakar veterinar untuk berkongsi ilmu serta pengalaman.
Royal Canin menekankan bahawa pemahaman tentang keperluan kesihatan kucing dari segi pemakanan, penjagaan dan pemeriksaan kesihatan adalah kunci kepada kehidupan yang lebih sihat dan panjang.
“Di Royal Canin, kami percaya bahawa setiap kucing adalah unik, dan memerlukan pendekatan pemakanan serta penjagaan yang disesuaikan.
“Purrever Healthy bukan sahaja meraikan cinta terhadap kucing, tetapi juga mendidik pemilik tentang bagaimana membuat pilihan terbaik untuk kesihatan mereka,” kata Pengarah Pemasaran Royal Canin Malaysia, Amanda Lee.
Sepanjang acara, pengunjung berpeluang untuk menyertai sesi interaktif termasuk ceramah daripada pakar veterinar, demonstrasi penjagaan kucing, dan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.
Royal Canin turut menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma untuk kucing yang dibawa oleh pemilik, sebagai langkah proaktif dalam menjaga kesejahteraan haiwan peliharaan.
Acara ini dibahagikan kepada beberapa zon interaktif seperti Zon Pemakanan, Zon Penjagaan, dan Zon Kesihatan, di mana pengunjung dapat merasai sendiri pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.
Royal Canin menampilkan produk-produk terpilih yang direka khas untuk memenuhi keperluan pemakanan kucing mengikut usia, gaya hidup, dan keadaan kesihatan mereka.
“Kami mahu pemilik kucing memahami bahawa penjagaan kesihatan kucing bukan sekadar memberi makan dan tempat tinggal.
Ia melibatkan perhatian kepada pemakanan berkualiti, pemeriksaan kesihatan berkala, dan persekitaran yang selamat serta merangsang,” tambah Amanda Lee.
Selain itu, Royal Canin juga menekankan pentingnya peranan doktor haiwan dalam memantau dan menilai kesihatan kucing secara berterusan.
Kerjasama antara pemilik, komuniti pencinta kucing, dan pakar veterinar adalah asas kepada misi Purrever Healthy.
Pengunjung turut disajikan dengan peluang memenangi hadiah menarik melalui pertandingan media sosial, sesi fotografi bersama kucing angkat, serta peluang menyertai kempen kesedaran tentang pengambilan kucing terbiar.
Acara Purrever Healthy ini diakhiri dengan sambutan ulang tahun Royal Canin yang ke-56, sebagai simbol dedikasi jenama ini terhadap dunia haiwan peliharaan.
Royal Canin berhasrat untuk menjadikan acara ini sebagai inisiatif tahunan, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju dalam pendidikan dan kesedaran kesihatan kucing di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, layari www.royalcanin.com atau ikuti media sosial rasmi Royal Canin Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.