People photo created by lookstudio - www.freepik.com

Sukar atau tidak itulah yang ramai daripada kita semua harus harungi. Tahun ini buat kali kedua berturut-turut kita semua harus meraikan Hari Raya Aidilfitri dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bermakna ramai anak perantauan tidak dapat pulang meraikan hari mulia bersama ibu bapa tercinta. Sanak-saudara yang tinggal berbeza negeri dan daerah juga tidak dapat menziarahi antara satu sama lain.

Tapi usah jadikan itu sebagai alasan untuk kita semua tidak meraikan hari kemenangan. Selepas sebulan berpuasa kita seharusnya meraikannya dengan penuh kegembiraan, kesyukuran dan juga kemeriahan. Namun dalam cara yang sedikit berbeza berbanding biasa.

Lengkapkan Hari Raya anda dengan sepasang baju baru. Percayalah, menggayakan baju Melayu di pagi Raya sudah cukup membuatkan anda tersenyum. Salah satu cara untuk meraikannya ialah tidak lain tidak bukan dengan bergambar! Kongsi kegembiraan anda dengan ber-OOTD di laman media sosial.

IKLAN

Jadi kali ini MASKULIN ingin kongsikan beberapa tip bergambar untuk nampak lebih menarik di laman media sosial.

SUDUT BAIK

Buat apa kalau handsome tapi gambar tak menarik. Antara faktor utama untuk nampak lebih mengancam dalam gambar ialah dengan mengambilnya pada sudut yang baik. Sebagai contoh jika anda ingin kelihatan lebih tinggi ambillah dari sudut bawah. Anda dan tukang ambil gambar haruslah sentiasa berkomunikasi dengan baik juga.

IKLAN

FAKTOR CAHAYA

Pada masa kini kamera telefon pintar sudah menghampiri kualiti kamera digital yang berharga mahal. Jadi masalah pengcahayaan itu tidak lagi menjadi masalah sebenarnya. Namun jika anda tak menggunakan teknik pengcahayaan dengan baik pasti gambar tidak akan nampak menarik. Sebagai contoh elakkan ambil gambar membelkangkan sumber cahaya seperti sinaran matahari.

LATAR BELAKANG

Mengapa orang yang pergi melancong beriya-iya ambil gambar terutamanya berhampiran monumen terkena. Ya, tak lain tak bukan sebab ingin latar belakang yang menarik. Selain latar belakang popular antara teknik foto yang baik ialah menggunakan latar belakang kemas yang bercorak, bergeometri dan berwarna-warni.

IKLAN

GUNA PROP

Selain itu anda juga boleh meningkatkan keunikan foto dengan menggunakan prop. Penggunaaan prop membuatkan foto nampak lebih menarik. Antara prop penting ialah makanan, hiasan meja, beg tangan juga boleh dijadikan prop dalam foto OOTD anda. Tapi janganlah pula anda guna objek sensitif seperti minuman keras, rokok dan barang-barang berbahaya dilarang undang-undang!

TIRU MAJALAH

Jika anda kering idea nak pose, usah gundah-gulana. Ambil idea yang ditonjolkan dalam majalah fesyen atau gaya hidup seperti MASKULIN. Tiru sahaja pose yang diketengahkan dalam ruangan fesyen atau personaliti. Pasti anda sendiri pun nampak pose macam model!

Follow IG Maskulin & subscribe YouTube kami ya!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI