Selain impak dari segi kesihatan, penularan wabak COVID-19 juga telah banyak memberikan kesan sangat besar terhadap ekonomi global.

Kesemua negara tidak terkecuali daripada terkena tempias kesan ekonomi yang dijangka akan menjadi bertambah sukar sepanjang tahun ini.

Kita sebagai rakyat Malaysia beruntung kerana mempunyai kerajaan yang cukup cakna dengan permasalahan rakyat dan juga syarikat-syarikat perniagaan dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi meringankan beban.

Golongan berpendapatan rendah, peniaga kecil dan juga bergaji harian merupakan antara yang paling terkesan. Apabila pelaksanaan perintah kawalan pergerakan atau juga lockdown dilakukan di sesebuah negara, maka rakyatlah yang paling menerima kesannya.

Mesin Ala-ATM Keluarkan Beras Percuma Untuk Rakyat Diperkenalkan Di Vietnam

IKLAN

Di negara Vietnam terdapat usaha bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan bekalan makanan. Menerusi perkongsian dari akauan Twitter @redfishteam, Vietnam memperkenalkan mesin ala-ATM yang mengeluarkan beras bagi membantu rakyat mendapat makanan.

IKLAN

Menerusi mesin tersebut, orang ramai boleh menekan butang dan sebanyak 2 kilogram beras akan dikeluarkan.

Mesin Ala-ATM Keluarkan Beras Percuma Untuk Rakyat Diperkenalkan Di Vietnam Mesin Ala-ATM Keluarkan Beras Percuma Untuk Rakyat Diperkenalkan Di Vietnam

IKLAN

Jelas pencipta mesin tersebut, Hong Tuan Anh mesin ini diperkenalkan kerana melihat kesan terhadap ramai orang awam sepanjang berlakunya pandemik COVID-19. Jika bekalan beras disalurkan secara terus ia boleh meningkatkan risiko merebaknya virus tersebut.

Jadi mereka memilih mencipta mesin ini dengan memastikan penjarakkan sosial dipatuhi semasa beratur untuk mengambil beras.

Difajamkan kerajaan Vietnam juga telag mengarahkan sebarang eksport beras ke luar negara dihentikan serta merta bagi memastikan bekalan untuk rakyatnya mencukupi sehingga bulan Jun.

Mungkin cara ini boleh memberikan inspirasi kepada badan-badan amal negara agar sumbangan boleh diberikan dengan cepat dan selamat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI