MILO® memperkenalkan MILO® Original, varian sedia diminum baharu yang akan memacu Generasi Z di Malaysia untuk melangkah jauh sambil mengekalkan keaslian individu. MILO® Original menawarkan kebaikan tenaga MILO® yang diperbuat daripada barli malt, susu dan koko. Ia menyajikan kehebatan rasa MILO® yang bukan sahaja menggamit nostalgia ketika membesar, malah ‘diiktiraf’ oleh Abang MILO® terutamanya apabila disajikan sejuk.

Sebagai generasi pelapis negara dan peneraju perubahan masa hadapan, Generasi Z kini mampu untuk mencetuskan impak positif. Walaupun menghadapi tekanan untuk berjaya, mereka tetap membuktikan daya tahan serta keupayaan untuk menyesuaikan diri mengikut perubahan zaman.

MILO Original Semarakkan Tenaga Gen Z

Membesar dalam era digital telah memberi mereka perspektif unik untuk mengilhamkan cara-cara baharu, selain kemampuan untuk berinovasi dan berubah seiring dengan peredaran masa. Dalam pada Generasi Z berpegang teguh pada keunikan individu, MILO® ingin meraikan keaslian dan keupayaan mereka untuk mencorak masa hadapan dengan cara mereka yang tersendiri.

IKLAN

“MILO®, satu jenama yang berkembang bersama rakyat Malaysia dari generasi ke generasi, telah menghulurkan tenaga MILO® yang unik bagi memperkasakan setiap generasi untuk melangkah lebih jauh. Kami berbesar hati untuk memperkenalkan MILO® Original sebagai MILO® pilihan untuk Generasi Z Malaysia,” kata April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Sedia Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad.

“Berbekalkan MILO® Original, kami ingin membakar semangat generasi pencetus inovasi dan perubahan ini untuk keluar dari kepompong dan mencorak masa hadapan mereka sendiri, serta memacu perubahan positif,” tambahnya.

IKLAN

BOTOL MESRA ALAM

Dirumuskan berdasarkan gaya hidup Generasi Z yang pantas dan dinamik, MILO® Original didatangkan dalam botol rPET 500ml mesra alam yang diperbuat daripada 100% plastik resin polietilena tereftalat (rPET) berkualiti tinggi yang dikitar semula.

IKLAN

Ia sesuai dinikmati untuk tempoh masa yang lebih panjang, menjadikannya pilihan tepat bagi menghadapi tugasan harian – pada bila-bila masa, di mana jua – apabila anda memerlukan tenaga yang berpanjangan untuk terus melangkah ke hadapan dan menyerlahkan keaslian anda!

Serlahkan keaslian anda dengan MILO® Original! Dapatkan sebotol hari ini, yang boleh didapati di semua kedai serbaneka, pasar mini, pasar raya dan pasar raya besar, serta platform e-dagang yang terkemuka. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Milo Malaysia.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI