
Setiap hari kita sering dinasihatkan oleh doktor untuk minum air kosong atau air putih dengan mencukupi. Bila bercakap mencukupi kebanyakan doktor akan memberikan saranan agar kita minum sekurang-kurangnya 8 gelas minuman sehari.
Kalau hari kebiasaan mungkin anda rasa ia bukanlah sukar mana untuk dilakukan. Paling senang beli sahaja bekas air besar dan letakkan sahaja di atas meja di pejabat. Pasti anda akan sentiasa minum air kosong sepanjang hari.
Tapi bagaimana pula dengan bulan Ramadan. Dalam tempoh beberapa hari lagi kita akan menyambut ketibaan bulan penuh keberkatan, bulan Ramadan. Jadi adakah kita masih perlu minum air mencukupi?
Ya, sudah semestinya. Walaupun kita berpuasa lebih kurang 13 jam sehari namun janganlah pinggirkan kepentingan untuk minum air mencukupi.
Anda boleh lakukannya dengan mengikuti jadual seperti yang dikongsikan oleh page Public Health Malaysia. Dengan mengikuti jadual minum air 1 gelas mengikut masa diberikan anda boleh capai misi 8 gelas sehari.
BERIKUT GILIRAN MINUM SETIAP 1 GELAS SEPANJANG BULAN RAMADAN
1 GELAS
Selepas bangun sahur
1 GELAS
Selepas bersahur
1 GELAS
Selepas azan Maghrib @ waktu berbuka
1 GELAS
Selepas tunaikan solat Maghrib
1 GELAS
Selepas makan
1 GELAS
Selepas solat Isyak
1 GELAS
Setelah selesai solat Terawih
1 GELAS
Sebelum masuk tidur
Genap 8 gelas untuk sepanjang hari pada bulan puasa. Siapa cakap kita tak boleh minum air sebanyak 8 gelas. Bagi anda yang ingin diet, turunkan berat badan serta ubah corak pemakanan inilah waktu yang paling sesuai sekali.
Malah, di Facebook Public Health Malaysia juga turut bersetuju dan berkongsi tip kekal hidrasi semasa Ramadan…
5 Karakter Anak Sulung Yang Membuatkan Mereka Ada Tarikan Tersendiri

Bila bercakap tentang anak sulung terutamanya lelaki, ramai mungkin akan terfikir tentang sikap kera kepalanya.
Selain itu anak sulung juga biasanya membesar dalam situasi semuanya dia rasa dulu. Dan besar kemungkinan ibu bapa juga lebih tegas terhadapnya berbanding dengan adik-adiknyayang menyusul kemudian.
Tapi apakah karakter mereka yang membezakan dirinya dengan orang lain?
Pemimpin Tegas
Anak pertama adalah anak yang terdidik sebagai seorang pemimpin, sedar atau tidak di dalam kehidupannya anak pertama merupakan contoh untuk adik-adiknya. Jiwa kepemimpinan anak pertama muncul kerana terbiasa dengan tanggungjawab, seperti misalnya saat anak pertama diminta oleh orang tua untuk menjaga dan mengawasi adik-adiknya.
Biasanya anak pertama di dalam sebuah keluarga akan tampak menonjol jiwa kepemimpinannya secara otomatis akan ada pada dirinya. Berpotensi besar untuk menjadi pemimpin yang hebat apatah jika menjadi suami, mereka akan dilihat tegas dalam membuat keputusan, namun ketegasannya masih ada kelembutan dan rasional.
BACA: 5 Sebab Kenapa Suami Setia Adalah Jenis Yang Tidur Awal Di Sebelah Isteri
Suami Yang Penyayang
Jika kita perhatikan jarang anak pertama yang bersifat nakal. Biasanya inilah yang terjadi, anak pertama adalah anak yang mempunyai perilaku lebih sopan dan perhatian jika dibandingkan dengan adik-adiknya. Mereka lebih banyak interaksi kepada kedua orang tua sebelum mengambil tindakan. Baginya, setiap apa yang akan ia perbuat nantinya akan di contoh oleh adik-adiknya.
Di tambah lagi, anak pertama selalu menjadi orang untuk disalahkan atas kenakalan adiknya. Maka sebagai seorang suami, mereka akan lebih memahami pasangan juga anak-anak apabila berkeluarga. Jadi hargai suami anda jika mereka adalah anak sulung dalam keluarganya.
Sangat Prihatin
Sifat prihatian yang tinggi menjadikan anak pertama lebih mudah untuk memahami perasaan orang lain. Nah, apabila kamu ingin mendapatkan perhatian lebih carilah pasangan seorang anak pertama. Anak pertama akan mudah mengerti kamu atas sikapnya ini. Romantik itu tidak janji, ada masa mereka romantik ada masa mereka adalah lelaki yang paling malas buat kejutan.
Bertanggungjawab Dan Mudah Stres
Anak pertama adalah anak yang dilahirkan menjadi orang yang bertanggung jawab, bahkan sifat tanggung jawab itu bukanlah hanya untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuk adik-adiknya.
Orang tua yang baik adalah orang tua yang memberikan pelajaran pada anak pertama sifat tanggung jawab, terkadang tanggungjawab yang dimiliki anak pertama menjadikan ia ingin melakukan setiap tugasnya dengan sempurna, sehingga diri sendiri yang tertekan.Apapun sebagai suami, mereka adalah lelaki paling bertanggungjawab pada pasangan, anak-anak juga keluarga. bertuah siapa dapat berkahwin dengan anak sulung ni.
Kreatif Dan Ego
Anak pertama terbiasa dengan berbagai permasalahan yang ia hadapi sejak kecil. Jika diperhatikan secara seorang abang akan kelihatan lebih menonjol berbanding adik beradik yang lain, begitupun jika di dalam lingkungan sosial secara umum, seseorang yang sebagai anak pertama akan terlihat memiliki kreativiti yang tinggi untuk memperlihatkan dirinya menyerlah dan tahu untuk menyerlahkan orang lain.
Walaupun kreatif, mereka juga sangat ego kerana sifat dominan dalam diri mereka menjadikan mereka sahaja yang betul. Jadi berhati-hati bila menyuarakan pendapat kepada mereka.
Selain Tak Kena Strok Otak, Ini 12 Sebab Kenapa Anda Perlu Derma Darah

Tidak dinafikan derma darah merupakan amalan yang cukup terpuji kerana dengan cara tersebut, anda berpeluang menyelamatkan nyawa orang lain.
Namun begitu, masih ramai rakyat Malaysia yang belum berani untuk menderma darah atas alasan tiada masa atau pun takut kena cucuk jarum.
Walau bagaimana pun, ini kelebihan yang perlu anda kongsikan kepada umum bagi menjawab persoalan mengapa kita digalakkan untuk derma darah :
1. Selamatkan nyawa
Setiap kali anda menderma darah, anda dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Selain itu, ia juga membantu untuk melancarkan pergerakan darah dalam tubuh penderma sekali gus memberi faedah kepada kedua-dua penderma dan penerima.
2. Ketahui jenis darah anda
Selain dapat mengetahui kumpulan darah, darah penderma juga akan diuji di makmal sebelum diberikan kepada pesakit. Ini membolehkan anda dapat mengetahui sekiranya terdapat jangkitan atau masalah lain pada peringkat awal.
3. Kurang risiko penyakit jantung
Kajian mendapati kandungan besi dalam darah pada tahap optimum dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Pendermaan darah dapat mengurangkan sedikit besi dalam darah kita. Selain itu, pendermaan darah juga membantu badan mengawal tahap kolesterol.
4. Penyakit kronik
Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik. Masalah ini disebabkan kekurangan hemoglobin dalam darah pesakit. Satu-satunya cara mengatasi masalah ini adalah memindahkan darah kedalam badan pesakit secara konsinten. Selain itu, pesakit kanser darah juga memerlukan darah dalam tempoh tertentu.
5. Darah tidak disimpan selamanya dalam badan
Setiap darah yang diderma hanya boleh disimpan dalam tempoh empat bulan sahaja. Oleh itu, pendermaan darah secara konsisten dapat memastikan bank darah hospital akan sentiasa mempunyai bekalan darah yang mencukupi.
6. Mudah dan selamat
Tidak ada apa yang perlu anda takuti. Semua tugas pendermaan dilakukan secara profesional. Anda tidak akan merasa sedikit pun kesakitan. Setiap jarum dan perkakasan lain yang digunakan hanya digunakan sekali sahaja.
7. Meneruskan kehidupan normal
Kandungan besi dalam darah membawa oksigen dan hormon-hormon lain ke seluruh badan. Ini sangat-sangat membatu pesakit agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
8. Mengurangkan risiko strok otak
Berdasarkan kajian sekumpulan pakar perubatan, menderma darah dapat mengurangkan risiko penyakit strok otak dari 35 – 85%!
9. Membakar kalori
Individu boleh melakukan ‘diet’ atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.
10. Warga emas rasa lebih bertenaga
Ramai warga emas melalui pendermaan darah dan menjadikan badan berasa lebih selesa. Walaupun tidak dibuktikan secara jelas, tetapi ia antara sebab kenapa warga emas kini semakin kerap menderma darah.
11. Kepuasan
Menderma darah adalah seperti melakukan kerja khidmat komuniti yang lain. Perasaan gembira hadir secara tidak langsung selepas kita menolong orang lain.
12. Menjadi lebih produktif dan berkesan
Selepas menderma, darah anda akan diganti dalam masa 48-72 jam. Walaupun sel darah merah hanya dapat diganti sepenuhnya dalam masa 6-8 minggu, namun kesemua proses itu menjadikan badan lebih sihat, kuat, efektik dan segar.
Oleh itu, menderma darah bukan sahaja menyelamatkan darah seseorang, tetapi juga memberi faedah kepada penderma dari aspek kesihatan. Jom derma darah.
Makan Lewat Malam Boleh Menyumbang Ke Arah Pertambahan Saiz Seluar

Salam 1 Ramadan buat anda semua pembaca setia MASKULIN. Selamat menjalani ibadah puasa yang pada tahun ini kita semua lalui dengan suasana yang sangat berbeza.
Di sebalik dugaan negara berdepan penularan wabak COVID-19, kita harus bersyukur kerana masih boleh berpuasa bersama-sama keluarga di rumah. Kepada yang berjauhan mungkin hubungan itu dapat terus diharmonikan dengan jalinan secara digital.
Jika kebiasaan bulan Ramadan meriah dengan juadah dari bazar Ramadan, kali ini mungkin hidangan secara terus dari dapur jadi pilihan ramai.
Berpuasa dengan duduk di rumah sepanjang masa juga punya cabaran berbeza terutama di waktu malam.
Tabiat makan lewat dijangka bakal menjadi rutin ramai orang terutama di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Apatah lagi buat anda yang terpaksa bekerja dari rumah dan perlu menyiapkan tugasa hingga lewat malam.
Makanan pasti jadi buruan sebelum masuk tidur.
Pepatah ‘makan malam punca jadi buncit’ tidak diendahkan malah ada di antara mereka beranggapan apa salahnya sekali sekala makan lewat malam.
Namun begitu, anda perlu tahu bahawa selain daripada menjadi buncit, ini antara senarai penyakit yang berpotensi anda hadapi sama :
1. Penyakit kronik diabetes
2. Tekanan darah tinggi
3. Kolestrol tinggi dalam darah
4. Penyakit jantung
5. Kehilangan bentuk badan
6. Lemak terkumpul di pinggang
Ini kerana apabila kita makan, badan akan menghasilkan insulin untuk membawa gula ke dalam darah supaya ia boleh digunakan sebagai tenaga.
Bagaimana pun, insulin ini akan berkurangan sewaktu kita tidur dan sekiranya anda makan beberapa minit sebelum tidur, tenaga yang terhasil kurang aktif sekali gus bertukar menjadi lemak.
Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah dan tabiat ini, Maskulin mencadangkan :
1.
Makan malam awal walaupun sesibuk mana sekali pun. Paling kurang di antara pukul 6 petang hingga 8 malam sahaja untuk makanan yang berat.
2.
Jika lapar pada tengah malam, cuba minum dua cawan air atau segelas minuman panas yang rendah kalori dan lemak seperti teh herba tanpa gula atau susu suam.
3.
Bagi individu yang menjaga badan, makan dalam kuantiti yang sedikit namun boleh berulang kali namun jika lapar pada waktu malam, set minda untuk tidur dan rehatkan badan sahaja.
4.
Jangan ada makanan di bawah tudung saji atau makanan ringan yang mudah dicapai kerana ia antara faktor kenapa anda mudah ‘tergoda’ untuk makan pada waktu malam.
5.
Segera berus gigi selepas makan. Ia akan membuatkan anda berfikir dua tiga kali untuk berus gigi sekali lagi jika mahu makan pada lewat malam.