Gaya Hidup

Minum Kopi Boleh Buat Anda Kurus, Tapi Pastikan Kopi Anda Bebas Gula Ya!

Share

Ramai orang minum kopi. Terdapat satu bahan di dalam kopi yang dikategorikan sebagai ‘Stimulant Drug’ iaitu kafein hingga menyebabkan ketagihan. Bahan ini juga hadir di dalam minuman lain seperti air berkarbonat, minuman tenaga dan sebagainya.

Kopi yang dimaksudkan adalah kopi yang pekat atau hitam tanpa ada campuran gula langsung. Ia juga tidak termasuk kopi 3 dalam 1 kerana ia terkandung pelbagai gula yang boleh menyebabkan anda naik berat badan secara mendadak.

Berikut adalah kebaikan kopi hitam kepada kesihatan lelaki.

BACA: Minum Kopi Lebih 6 Kali Sehari Tinggikan Risiko Sakit Jantung

1. Kopi dapat menurunkan berat badan

Kopi boleh meningkatkan metabolism dalam badan sebanyak 11%. Lagi tinggi metabolism lagi mudah untuk anda kurangkan berat badan.

2. Meningkatkan kesihatan jantung

Jika anda minum kopi tanpa gula anda dapat mengurangkan serangan sakit jantung sebanyak 20 %. Masa yang sama ia juga dapat mengurangkan serangan strok yang amat ditakuti oleh golongan lelaki.

3. Meningkatkan daya ingatan

Ia amat efektif membantu otak anda terus aktif serta meningkatkan prestasi fungsi memori. Selain itu, ia juga dapat membantu anda mengurangkan penularan penyakit Alzheimer dan demensia.

4. Mengurangkan risiko diabetes

Pastikan anda minum kopi tanpa gula, ini kerana jika anda melakukan sedemikian, anda telah mendedahkan diri terhadap peningkatan risiko penyakit diabetes. Jika diambil tanpa gula, anda menurunkan risikonya sebanyak 20-50%. Ini kerana jika gula terlalu banyak berkumpul dalam darah, anda di dalam keadaan yang bahaya.

BACA: Selain Beri Tenaga Palsu, Ini 5 Bahaya Serbuk Kopi Instant 3-In-1 Perlu Anda Hadapi

5. Menurunkan risiko penyakit Parkinson

Minum kopi hitam dua kali sehari dapat mencegah risiko penyakit Parkinson kerana kafein di dalamnya boleh meningkatkan kadar dopamine dalam tubuh. Oleh itu, jika anda minum kopi tanpa tambahan gula, anda telah mengurangkan risiko penyakit Parkinson menyerang tubuh badan hingga 60%.

IKLAN