Lelaki dan kopi adalah kombinasi yang cukup mantap. Terutamanya di waktu pagi sebelum keluar membanting tulang mencari rezeki untuk keluarga tersayang. Sejak berzaman lamanya, kopi menjadi antara minuman yang menjadi peneman setia seorang lelaki.

Malah ia menjadi simbol kepada jalinan sosial masyarakat kampung di kedai-kedai kopi. Ia kini diganti dengan pelbagai lambakan jenama kopi moden di kota-kota besar.

Tahukah anda terdapat satu kajian yang menunjukkan bahawa sesiapa yang minum kopi dikaitkan dengan panjang umur dan kebarangkalian mendapat penyakit kronik termasuk kanser yang rendah.

Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan yang terkenal, Annals of Internal Medicine. Kajian yang dilakukan di University of Southern California yang melibatkan 185,000 orang selama 16 tahun.

BEBAS KRONIK

Saintis mendapati mereka yang minum satu cawan kopi TANPA GULA mempunyai kebarangkalian 12% untuk hidup lebih lama berbanding dengan mereka yang tidak minum kopi dalam hidup mereka.

Mereka yang minum dua atau tiga cawan kopi mempunyai kebarangkalian untuk bebas dari penyakit kronik termasuk kanser sebanyak 18%.

IKLAN
Minum Kopi Tanpa Gula Jauh Lebih Baik & Boleh Hindari Penyakit Kronik
Designed by macrovector / Freepik

Menerusi kajian yang berbeza pula, saintis yang melibatkan setengah juta orang di seluruh Eropah mendapati meminum kopi dapat merendahkan risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular dan penghadaman.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa dengan minum kopi tanpa gula setiap hari dapat merendahkan risiko mendapat penyakit.

Parkinson’s dan Alzheimer’s dan dapat mengawal gula dengan lebih baik bagi pesakit diabetes. Ia juga dikatakan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

IKLAN

Jadi minumlah kopi tanpa gula untuk mendapat kebaikan kopi.

Namun ada orang yang sensitif terhadap kopi (yang mengandungi kafein). Mereka mungkin akan mengalami rasa sakit kepala, degupan jantung yang laju, dan rasa tidak selesa dalam perut.

KOPI TERBARU

Terbaru jenama kopi premium Nespresso memperkenalkan kopi istimewa sempena kemunculan Tahun Baru China. Nespresso memperkenalkan kopi baharu yang kekal – Shanghai Lungo, sebagai simbol membawa tuah bagi Tahun Baharu dan permulaan baharu.

IKLAN

Diinspirasikan oleh minat yang semakin meningkat dan kemunculan lokasi-lokasi menikmati kopi di China, Nespresso Shanghai Lungo menghidupkan ciri kopi unggul yang dipanggang ringan, hasil gandingan biji kopi Arabika Kenya, China dan Indonesia yang masyhur.

Minum Kopi Tanpa Gula Jauh Lebih Baik & Boleh Hindari Penyakit Kronik

Shanghai Lungo adalah adunan kopi yang dipanggang ringan, yang membolehkan Nespresso mendapat hasil yang tepat daripada setiap bahagian kopi sambil mengekalkan keenakannya. Ketelitian proses pemanggangan ini menghasilkan campuran kopi panggang-ringan Shanghai Lungo yang tersendiri, yang akan menceriakan citarasa dengan nota beri. Elemen-elemen ini bergandingan sempurna dan paling baik dinikmati dengan pengekstrakan panjang, sesuai dengan namanya, Lungo.

Nespresso turut menawarkan pelbagai promosi hebat buat pelanggan yang ingin mencuba kopi baru mereka. Buat kaki kopi yang berminat boleh dapatkannya di pasaran sekarang menerusi laman sesawang rasmi mereka.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI