Jika anda membeli-belah barang keperluan dapur di pasaraya, pernahkah anda melihat produk dengan label “No Palm Oil” ataupun “Palm Oil Free”?
Jika ya, pasti perkara pertama yang anda fikirkan ialah minyak sawit membawa mudarat kesihatan dan sebarang produk makanan yang tidak mengandunginya adalah lebih baik, bukan?
Sebenarnya, anda telah dikelirukan dengan label tersebut.
Menurut doktor dan pempengaruh kesihatan, Doktor Malar Santhi, minyak sawit sebenarnya sejenis minyak sihat sama seperti minyak zaitun.
“Sememangnya dah terbukti melalui banyak kajian saintifik yang pemakanan yang kaya dengan minyak sawit membawa impak kesihatan yang sama bila kita gunakan minyak zaitun ataupun minyak sayuran yang lain, macam minyak bunga matahari ataupun minyak kanola,” katanya menerusi sebuah hantaran video di laman Tiktoknya.
Oleh itu, Dr Malar menegaskan yang bukanlah minyak sawit yang bersalah dalam kesihatan anda namun jumlah pengambilannya yang boleh membawa mudarat.
“Dah tiba masanya untuk kita celik bahawasanya bukannya jenis minyak yang memberikan impak kesihatan dari segi penyakit kronik ataupun tahap kolestrol. Tetapi jumlah minyak dan jumlah makanan yang kita ambil saban hari, itu yang memberi impak secara langsung kepada kesihatan kita.
Ads
“Sebab itu lebih penting untuk kita menjaga jumlah makanan iaitu kuantiti kalori, jumlah stress dan juga aktiviti fizikal untuk dapatkan tubuh yang sihat,” jelasnya.
Label “No Palm Oil” Menyalahi Undang-Undang
Dalam pada itu, beliau menyeru masyarakat untuk segera melaporkan ke Kementerian Perdagangan Dalam negeri (KPDN) jika terjumpa sebarang produk berlabel “No Palm Oil” ataupun “Palm Oil Free” di pasaran.
Ads
Hal ini kerana perkara itu melanggar Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda RM 250,00 atau penjara 5 tahun, demikian ujar Dr Malar.
Palm oil free and no palm oil logo icon. Vector logo label for healthy food or cosmetic product package. Gold and black oil drop with palm leaf design element
Tambahan pula, label sedemikian mula digunakan disebabkan tuduhan kononnya industri sawit ini menyebabkan masalah persekitaran.
Padahal 95 peratus ladang sawit di Malaysia mempunyai sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mungkin ramai yang tidak suka dengan kewujudan ‘dagu berlapis’ kerana ia membawa maksud seseorang itu gemuk atau berat badan meningkat. Bagi lelaki, kadang-kala ia juga boleh mengganggu penampilan anda.
Setuju? Contoh terbaik adalah wajah idaman persis artis lelaki korea yang muka tirus, ‘jawline’ tinggi dan dagu runcing persis hero Korea Lee Min Ho..
Jadi, bila muka bulat dan naik dagu berlapis, itu merupakan nightmare setiap lelaki mahupun wanita yang ingin dielakkan. Dagu berlapis bukan terjadi hanya disebabkan makan berlebihan tetapi beberapa faktor lain seperti :
Lemak di bahagian pipi Otot yang kendur Tekanan Kurang rehat Genetik
Jadi, bagaimana nak atasi dagu berlapis? Cuba cara ini…
1. Teh Hijau
Faedah kesihatan teh hijau adalah sangat luar biasa dan salah satunya baik untuk keanjalan kulit. Jika anda mengamalkan teh hijau, jangan lupa gunakan tea bag untuk mengurut kulit. Ia membantu menghilangkan lemak berlebihan di bawah dagu di samping menghalang kulit daripada penuaan.
2. Gula Getah
Rasanya semua tahu petua ini. Mengunyah gula getah akan mengaktifkan otot muka. Wanista cadangkan gula getah bebas gula yang akan menjaga gusi dan gigi anda dengan sihat.
3. Minyak Zaitun
Hanya urut minyak zaitun yang hangat di bawah dagu. Antioksidan dalam minyak bekerja melindungi radikal bebas dan membuatkan kulit lebih glowing.
4. Putih Telur
Putih telur digunakan sebagai topeng muka untuk menegangkan kulit. Caranya putih telur, susu, madu dan jus lemon kemudian sapukan pada wajah, leher dan dagu. Bilaskan selepas 30 minit dan ulang langkah-langkah ini setiap hari.
5. Tanah Liat
Pakai topeng tanah liat dua kali seminggu akan membantu mengelakkan kulit kendur dan mengetatkan kulit.
6. Madu & Lemon
Dalam segelas air suam, tambah 1 sudu madu dan sedikit titis jus lemon. Sediakan minuman ini setiap pagi untuk membakar lemak muka dan menghilangkan dagu berlapis.
7. Minyak Badam
Memandangkan badam mengandungi asid lemak omega-3, vitamin E dan vitamin B6, ia membantu mengetatkan kulit, mengekalkan keanjalan dan kelembapan. Cara aplikasi sama seperti minyak zaitun.
Aktiviti hiking sekarang dah jadi budaya dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama lelaki yang nak jaga stamina, kecergasan dan kesihatan mental. Tapi bayangkan, lepas sejam dua mendaki, badan dah berpeluh, tekak haus, tiba-tiba nampak ada teh ais ikat tepi sejuk-sejuk? Confirm layan!
Baru-baru ini, tular satu video dekat TikTok (@kaki_jalann) yang merakam momen unik di Bukit Tok’Kun, Pulau Pinang. Seorang peniaga gigih naik ke puncak sambil bawa bekalan teh ais untuk dijual — style betul!
‘Berniaga Dari Beg Galas’ – Macam Stall Bergerak Atas Bukit
Lelaki yang dikatakan pendaki tegar Bukit Tok’Kun ni, siap bawa beg galas besar berisi bekas ais, beberapa botol teh ais, teh hijau susu dan segala keperluan untuk bancuh air ikat tepi.
Lebih mantap, dia turut bawa plastik ikat tepi, pengikat getah dan straw. Confirm padu, minuman ready-to-go terus lepas order. Harga? Hanya RM5 satu plastik — berbaloi kalau nak legakan tekak lepas penat mendaki.
Menurut video tersebut, lelaki ni memang selalu naik Bukit Tok’Kun. Kadang-kadang semata-mata nak berniaga, kadang-kadang naik sebab nak jaga stamina. Sambil-sambil boleh buat duit halal, steady betul mentaliti dia!
Netizen Puji, Bijak Ambil Peluang & Kreatif Cari Rezeki
Ruangan komen pun penuh dengan pujian. Ramai yang kagum dengan usaha lelaki ni. Mana tidaknya, bukan senang nak pikul beg besar penuh ais dan air naik sampai puncak. Tapi dia sanggup buat demi rezeki halal dan mudahkan orang lain.
Ada juga yang kongsi pengalaman, kata minuman sejuk atas bukit ni memang priceless, lebih-lebih lagi bila dah penat, haus, dan lupa bawa air sendiri. Memang timing dia tepat!
Dalam masa sama, ramai yang lihat usaha macam ni sebagai motivasi — sambil hiking jaga kesihatan, sambil support anak muda cari rezeki.
Jaga Alam Sekitar, Baru Aktiviti Hiking Lebih Padu
Tapi bro, jangan lupa bab paling penting — kebersihan! Usaha peniaga tu dah cukup kreatif, jadi kita sebagai pendaki atau pelanggan, kena ada kesedaran juga.
Tip Etika Hiking + Minum Teh Ais Atas Bukit:
✅ Jangan buang plastik air merata-rata, simpan dalam beg sampai jumpa tong sampah.
✅ Sisa ais atau air? Pastikan tak tumpah sembarangan, kawasan tak jadi licin.
✅ Tegur atau nasihat kawan-kawan lain kalau nampak buang sampah merata.
Kalau semua orang jaga etika ni, aktiviti hiking bukan saja sihat untuk badan, tapi sihat untuk alam sekitar juga. Bonus dapat minuman ikat tepi yang buatkan pengalaman hiking lebih memorable.
Lelaki ni dah buktikan, asalkan ada semangat, atas puncak bukit pun boleh cari rezeki. Hiking bukan sekadar cabar diri, tapi platform untuk bantu orang lain dan cipta kenangan unik. So next time panjat Bukit Tok’Kun, mana tau boleh pekena teh ais ikat tepi atas awan.
Wang amat penting dalam memenuhi keperluan untuk terus hidup. Namun ramai yang masih berhutang. Bagi mereka yang menetap di bandar kos kehidupan yang tinggi akan menjadi bebanan buat mereka berbanding mereka yang memilih untuk hidup di luar bandar.
Tiada cara bebas hutang yang efisien. Kehendak sentiasa seiring dengan keperluan. Terdapat sesetengah pihak yang cuba memenuhi kehendak mereka dengan berhutang. Hutang sentiasa membelenggu manusia dalam kehidupan serba moden ini walaupun di mana anda berada. Oleh itu, panduan bebas hutang perlu dipelajari.
Tentu ada antara kita yang bingung dengan hutang kad kredit, ‘personal loan’ mahupun pinjaman perumahan. Setiap bulan ada saja pendapatan yang diperolehi ditolak untuk membayar hutang-hutang yang telah dibuat samaada melalui institusi perbankkan atau pun orang perseorangan. Bagi anda yang mungkin telah dibebani hutang anda akan sentiasa mencari jalan keluar untuk menangani masalah hutang ini.
Biar apapun cara anda gunakan untuk melangsaikan hutang, pastikan anda memilih jalan terbaik untuk mengelakkan anda lebih terbeban dengan masalah hutang. Jadikan tips di bawah sebagai panduan untuk anda menyelesaikan hutang anda.
ANTARA TIPS TERBAIK UNTUK BEBAS HUTANG
1. BELI SECARA TUNAI
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, beli dulu bayar kemudian atau skim bayaran mudah. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. jadi, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.
Biar kita bersabar dalam mengumpul wang untuk memiliki sesuatu untuk mengelakkan kita berhutang yang mana akan membebankan kewangan kita pada masa akan datang
2. BERBELANJA IKUT KEMAMPUAN
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Gunakan pendapatan yang diperolehi untuk keperluan dan bukan kehendak semata-mata. Sebagai contoh sekiranya gaji anda sebulan RM 2,000. Bahagikan ia mengikut keperluan dahulu dan simpanlah sedikit untuk simpanan masa hadapan.
Selepas itu barulah digunakan untuk perkara-perkara yang sepatutnya. Biarlah hidup di bawah kemampuan kerana langkah ini lebih selamat berbanding hidup mengikut kemampuan atau kelebihan.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual jer dulu. Downgrade life style yang berlebihan buat sementara waktu. Kalau sekarang ni langgan Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, downgrade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.
3. MENABUNG
Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit. Mulakan tabiat menabung seawal yang mungkin. Biar kita menyimpan untuk masa hadapan dan kecemasan yang tidak terjangka.
Didik semua ahli keluarga kita untuk menabung setiap hari. Kelebihan menabung amat baik untuk keluarga. Asingkan pendapatan yang diperolehi setiap kali mendapat gaji. Potong 20 % daripada gaji anda untuk tabungan masa depan anda.
Asingkan tabungan anda daripada akaun gaji anda. Anda boleh menabung di dalam Tabung Haji atau ASB, selain menabung anda juga akan mendapat bonus dan pendapatan di atas tabungan anda itu.
4. BUAT DUIT SAMPINGAN
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim cepat kaya. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan bebas dari hutang. Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan.
Bagi anda yang memiliki kemahiran tertentu, gunakan kemahiran anda untuk mencari pendapatan sampingan. Bagi yang tidak mempunyai kemahiran, berusahalah untuk belajar dari orang yang sudah berjaya.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan teknologi masa kini untuk menambahkan pendapatan anda. Gunakan IT untuk memulakan bisness di FB, Instagram, blog dan sebagainya . Ini adalah cara yang mudah untuk memulakan bisness sebagai pendapatan sampingan
5. BERSEDEKAH & BERZAKAT
Berzakatlah kerana zakat itu menyucikan harta. Bersedekahlah kerana sesungguhnya sedekah tidak mengurangkan harta. Kedua-duanya amalan ini sangat diberkati.
Mulakanlah sedekah anda bermula dari sekarang. Orang yang bersedekah tidak akan mengalami kemiskinan malah hartanya akan bertambah. Sedekahlah mengikut kemampuan anda. Ingat setiap pendapatan yang kita perolehi ada hak orang lain.
Bertindaklah sekarang untuk menjemput rezeki dengan hanya bersedekah.
STRATEGI UNTUK BEBAS HUTANG
6. JANGAN BERHUTANG LAGI
Gali lubang tutup lubang..Ini merupakan lagu yang selalu dinyayikan pada zaman 80-an. Banyak nasihat yang kita perolehi dari lagu tersebut. Penting untuk tidak memulakan hutang baru untuk menyelesaikan hutang lama.
Berilah tempoh bertenang untuk diri sendiri untuk menimbang baik dan buruk memulakan hutang yang baru. Langsaikan semua hutang anda untuk mengelakkan masalah dalam kehidupan anda. Berfikir dahulu sebelum berhutang.
Buatlah kira-kira untuk melihat kemampuan anda sebelum berhutang. Berbaloikah anda menanggung bebanan hutang selama bertahun-tahun hanya untuk memiliki sesuatu yang bukan keperluan dalam hidup anda ?
7. LANGSAIKAN HUTANG YANG INTEREST RATENYA PALING TINGGI DAHULU
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya!
8. BUKA DANA “FULL-SETTLEMENT HUTANG”
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, tapi dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut.
Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan.
9. SIMPAN DUIT LEBIHAN SELEPAS SELESAI BAYAR HUTANG
Contohnya, bila dah bayar full-settlement loan lereta yang ansurannya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi.
Jangan sesekali anggap duit tu sebagai duit berjoli, apatah lagi untuk tukar kereta baru! Jauhkan pepatah biar papa asal bergaya dari kehidupan anda. Bersabarlah menabung untuk memiliki sesuatu yang diimpikan.
Biar lambat asalkan kita tidak berhutang. Tidak salah untuk kita berhutang namun pastikan kita mampu untuk melangsaikan hutang sebelum anda membuat keputusan untuk berhutang.
Semoga tips di atas berguna untuk membantu anda melunaskan hutang-hutang anda!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.