Sejak penularan wabak COVID-19 pada tahu lalu ramai rakyat Malaysia telah berdepan bukan sahaja krisis kesihatan tetapi juga ekonomi. Ramai yang telah kehilangan pekerjaan dan terpaksa ‘gulung tikar’ perniagaan yang mereka jalankan gara-gara wabak ini.

Ia ditambah pula dengan PKP yang berlarutan dalam tempoh masa yang cukup lama. Label bakat dan hiburan berpengaruh di Malaysia, Prodigee Asia Talents bersama artis di bawah naungannya seperti Hao Ren, Priscilla Abby, Thomas Kok dan Daniel Wong berganding baru dan memulakan acara Food Bank- Paving the way Together (PAT)

Pengenalan PAT Food Bank ini dikatakan bertujuan mengumpulkan dana bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan dan terjejas disebabkan pandemik.

Selain itu, ia juga dijadikan sebagai platform kepada rakyat Malaysia untuk menderma ke yayasan yang telus dan sah di negara ini. Aktiviti PAT Food Bank telah berlangsung selama 4 hari bermula 20 Julai hingga 23 Julai lalu, serta melaksanakan strim secara langsung selama 2 jam sepanjang aktiviti tersebut.

Misi ‘Food Bank – Paving The Way Together’, Uncle Kentang & Artis Prodigee Asia Talent Turun Padang

Dalam masa empat hari, mereka berjaya untuk meraih lebih dari RM100,000 sumbangan (baik dalam bentuk wang atau lain-lain) berkat sokongan padu dari peminat, para sponsor dan content creator tempatan, 3P.

Kesemua sumbangan yang diterima ketika program penstriman langsung terus dihantar ke yayasan yang berkelulusan seperti Kentang Fund, The Hope Branch, dan rumah kebajikan Orang Asli Malaysia di Sabah dan Sarawak.

Misi ‘Food Bank – Paving The Way Together’, Uncle Kentang & Artis Prodigee Asia Talent Turun Padang

Selain daripada empat artis Prodigee Asia Talent ini, penyanyi, Daniel Cheah, artis Wayne Phoo, Youtuber, Gladish dan Han Ke-Sin turut mengambil bahagian di dalam strim secara langsung.

Bukan itu sahaja, selebriti tempatan seperti Fuying & Sam, Danny One, Miko Wong, Bell, Ivan Low, Jane Ng, Ernest Chong, Happy Gan, Jasmin Chong, Tomato Odd, Ryota Katayama, Ruby Yap, Mandy Chen, Leo Panda dan Xin Hong turut menyokong misi ini dengan berkongsi video-video mereka serta di platform media sosial mereka.

Sila layari laman Facebook Prodigee Asia Talent di https://www.facebook.com/ProdigeeAsiaTalent untuk mengetahui lebih lanjut dan perkara terbaru mengenai aktiviti tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=0_6WNfiCFbE

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI