Musim durian kini nampaknya sudah bermula. Walaupun negara kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan ‘full lockdown’, namun keterujaan untuk merasai sensasi buah durian masih lagi tinggi di kalangan pengguna.

Penjual durian kini semakin banyak didapati di pasaran tempatan termasuklah yang melakukan jualan secara di atas talian.

Sejak bergenerasi lamanya buah durian dianggap sebagai raja buah. Apa tidaknya dengan rasanya yang unik dan muncul secara bermusim sahaja, ia sentiasa dinantikan ramai.

Namun apabila berbicara tentang makan buah durian kita pastinya tidak akan dapat lari daripada mendengar sesetengah pantang larangnya. Adakah pantang larang yang sering kita dengar ini relevan dan terbukti secara saintifik?

Sejauh manakah kebenaran sesetenga pantang larang itu? Jom ikuti perkongsian MASKULIN kali ini.

DIMAKAN BERSAMA ‘BUAH SEJUK’

Mungkin anda sedia maklum dalam masyarakat kita ada istilah ‘buah panas’ dan ‘buah sejuk’. Sebagai contoh ‘buah sejuk’ ialah manggis. Namun tahukah anda bahawa perubatan moden sebenarnya tidak ada istilah ‘buah sejuk’ atau panas. Malahan pengkelasan dua kategori ini sebenarnya langsung tidak disokong oleh sebarang kajian saintifik.

IKLAN

Mungkin disebabkan manggis dan durian kebiasaannya berbuah dalam musim yang sama. Jadi mitos ini mungkin jadi bualan untuk mengelakkan orang ramai daripada membazir.

SEJENIS BUAH TINGGI KOLESTEROL

Ini antara mitos yang sangat popular berlegar sama ada perbualan atau pun di laman media sosial terutamanya di kalangan warga emas. Buat penggemar durian ini adalah berita baik untuk anda. Sebenarnya buah durian tidak mempunyai sebarang kolesterol! Sila jangan keliru dan pandai bezakan antara kolesterol dan karbohidrat.

Untuk pengetahuan anda buah durian mengandungi karbohidrat LDL (low density carbohydrate). Ia merupakan sejenis karbohidrat yang cukup mesra untuk jantung. Namun begitu kandungan karbohidratnya masih lagi dianggap tinggi. Jadi usahlah makan macam hilang ingatan. Ambil secara berpada-pada.

IKLAN

Buah mereka yang ada penyakit kronik seperti diabetes dan sakit jantung pula, makanlah cukup seulas dua.

Mitos Tentang Makan Durian, Ramai Masih Percaya Antaranya Tak Boleh Diambil Bersama Kopi
Foto: Sinar Harian

KUATKAN TENAGA DALAMAN

Lelaki kalau bercakap tentang tenaga dalaman pasti laju saja beri perhatian. Mitos mengatakan makan buah durian mampu meningkatkan tenaga dalaman serta keinginan keintiman lebih tinggi adalah mitos semata-mata. Sehingga kini tiada sebarang kajian membuktikan bahawa durian mampu meningkatkan libido seseorang.

Tapi makan durian mampu mengurangkan stres dan membahagiakan anda. Dan itulah antara perkara yang baik demi kesihatan luaran dan dalaman. Durian mempunyai sejenis asid amino yang bernama tryptophan – asid amino yang boleh menaikkan kadar serotonin dan melatonin di dalam badan. Ia mampu membantu kurangkan stres dan tidur dengan lebih lena.

IKLAN

DIAMBIL BERSAMA MINUMAN KOPI

Salah satu pantang larang yang sangat popular. Sebenarnya ia tidak terbukti dan tidak benarsama sekali. Memakan durian bersama minuman kopi tidak akan menyebabkan seseorang itu sakit jantung.

Ini kerana penyakit jantung berpunca daripada tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang, bukan disebabkan kombinasi dua jenis makanan dan minuman semata.

Akan tetapi, berpada-padalah memakan durian dan minum kopi. Makanan apa sekali pun kalau diambil secara berlebihan daripada yang sepatutnya akan memberikan kesan sampingan.

MAKAN BERLEBIHAN BOLEH DEMAM

Harus diakui bahawa selepas memakan durian terutamanya jika sedikti berlebihan badan akan terasa sensasi panas. Tapi penting untuk kita ketahui bahawa memakan durian yang banyak tiak akan menyebabkan demam atau pun batuk.

Mungkin jika makan berlebihan anda akan jadi kembung atau perut tak selesa. Namun untuk demam memang jauh sekali. Badan mungkin sedikit panas tetapi tidak bermakna menyebabkan anda jatuh demam.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI