Kegiatan menghidu gam bukan sesuatu yang asing lagi. Fenomena ketagihan kesan khayal bahan terbabit sekian lama menjadi kegilaan terutama dalam kalangan remaja, terutama pelajar sekolah!
Antara faktor menyebabkan golongan itu memilih menghidu gam kerana harganya murah serta mudah didapati di pasaran. Kegiatan tidak sihat itu boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dari segi mental dan jasmani. Antara bahan kimia berbahaya terkandung di dalam gam adalah Toluene. Kebiasaannya, Toluene digunakan sebagai pelarut dalam industri penghasilan cat, bahan kimia, getah dan penghasilan produk farmaseutikal.
Ads
Bahan kimia itu menyebabkan kerosakan sistem saraf dan organ penting di dalam tubuh sekiranya terdedah secara berlebihan melalui sistem pernafasan. Antara kesan negatif Toluene terhadap sistem saraf adalah menyebabkan gejala halusinasi, khayalan, pening, kekeliruan, sakit kepala dan pengsan. Sekiranya aktiviti menghidu gam dilakukan berterusan, kesan lebih serius terhadap sistem saraf seperti neuropsychosis, kerosakan sel otak, sawan, koma, kerosakan sistem saraf, penurunan keupayaan kognitif, buta, dan kehilangan pendengaran.
Selain itu, aktiviti menghidu gam juga mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan jantung dan sistem pengaliran darah. Ia boleh mengganggu fungsi jantung normal apabila jantung menjadi tidak sekata. Sebelum ini, dilaporkan ada kes kematian mengejut gara-gara menghidu gam. Kesan buruk bahan itu terhadap paru-paru pula termasuk sesak nafas, asfiksia iaitu keadaan tubuh tidak mendapat oksigen mencukupi, kecederaan dan keradangan paru-paru.
Ads
Ads
Antara kesan buruk terhadap sistem pencernaan ialah sakit perut, loya, muntah dan muntah berdarah. Selain itu ia menyebabkan kegagalan fungsi hati dan buah pinggang. Seperti yang dapat kita lihat, aktiviti menghidu gam memberikan impak negatif sangat besar bagi individu terbabit. Generasi muda adalah golongan berharga yang akan menerajui kepemimpinan negara pada masa hadapan.
Mengubah corak pemakanan antara perkara mampu menyelamatkan jantung anda. Ini boleh dilakukan dengan memilih makanan tertentu mengikut piramid makanan, mengurangkan pengambilan minyak, lemak, garam dan gula dalam hidangan. Namun begitu, terdapat beberapa jenis makanan yang bermanfaat untuk kesihatan jantung anda, antaranya:
1.Ikan
Antara pilihan ikan paling baik ialah salmon. Ikan ialah sumber asid lemak omega-3 yang baik. Ia melindungi jantung dengan mengurangkan radang dan risiko pembekuan darah. Lemak dalam ikan juga membantu mengekalkan paras kolesterol pada kadar yang sihat. Selain salmon, pilihan lain termasuk ikan laut yang berminyak seperti tuna atau sardin dengan pengambilan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Untuk lebih sihat, ambil salmon panggang bersama salad.
2.Oat
Bijirin oat mengandungi serat larut dipanggil beta glucan yang membantu mengurangkan paras keseluruhan kolesterol termasuk kolesterol LDL. Serat boleh larut ini juga membantu sistem penghadaman kekal sihat. Jika sukar menikmati bijirin oat begitu saja, campuran oat bersama susu rendah lemak atau susu soya itu boleh ditambah hirisan buah-buahan segar seperti pisang, strawberi atau oren.
3.Epal
Epal mengandungi sejenis bahan iaitu quercetin yang bertindak sebagai antiradang dan membantu mencegah pembekuan darah. Ia juga mengandungi vitamin dan serat, malah enak dijadikan snek ringan atau menambah hirisan epal dalam masakan. Epal membantu untuk mengurangkan sehingga 50 peratus risiko penyakit jantung jika pengambilannya dilakukan secara berterusan misalnya, dua biji epal atau segelas jus epal sehari.
4.Sayuran berdaun hijau
Sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli dan sawi bukan saja mengandungi vitamin E, malah ia turut dikaitkan dengan keupayaan daya ingatan apabila berusia. Sayuran hijau kaya mineral yang mampu melindungi jantung daripada masalah kesihatan.
Pastikan dalam setiap hidangan tengah hari, masukkan sayuran hijau sebagai menu harian anda. Untuk mendapatkan mineral dan zat terkandung dalam sayuran hijau, elak daripada memasaknya terlalu lama. Sayur hijau juga boleh dimakan mentah seperti salad atau dijadikan ulam-ulaman.
5.Tomato
Tomato baik untuk kesihatan jantung kerana kaya dengan vitamin dan lycopene yang terbukti membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Hanya tambahkan hirisan tomato pada sandwic atau banyakkan sos tomato dalam makanan. Sos tomato yang dimasak dan sos tomato di dalam tin yang mudah didapati di kedai mengandungi lebih banyak lycopene berbanding tomato mentah.
6.Soya
Protein soya ialah sumber yang baik untuk menggantikan daging merah apatah lagi ia membantu untuk mencegah penyakit jantung. Terdapat pelbagai makanan berasaskan soya seperti tauhu dan tempe. Anda juga boleh mengambil susu soya setiap hari untuk kekal cergas.
7.Minyak zaitun
Minyak zaitun mengandungi kandungan lemak tidak tepu sehingga 77 peratus sekali gus membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dengan menurunkan paras kolesterol. Anda boleh mengambil minyak zaitun satu sudu sehari sebagai makanan tambahan atau dijadikan bahan dalam masakan. Jika mampu gunakan minyak zaitun bagi menggantikan minyak lain dalam masakan.
8.Bijirin penuh
Bijirin penuh menyediakan vitamin dan serat bagi menguatkan jantung. Jika anda penggemar roti, pilihlah roti yang dihasilkan daripada bijirin penuh seperti roti perang dan bukannya roti putih.
9.Badam
Badam ialah jenis kacang yang mengandungi minyak menyihatkan seperti vitamin E bagi membantu mengekalkan paras kolesterol. Ia juga sumber yang baik untuk protein dan serat.
10.Avokado
Avokado kaya lemak tidak tepu dan berfungsi menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh. Buah ini juga memungkinkan penyerapan karotenoid, khususnya betakaroten dan lycopene, yang sangat penting untuk kesihatan jantung. Amalkan makan avokado setiap hari bagi mendapatkan jantung yang sihat.
11.Beri
Semua jenis buah berasaskan beri seperti blueberi, raspberi dan strawberi kaya antioksidan dan berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser. Amalan pengambilan setiap hari menguatkan jantung sekali gus mengelak daripada serangan jantung.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa lagi yang lebih sesuai melakonkan watak seniman legenda Hollywood Michael Jackson kalau bukan anak saudaranya sendiri Jaafar Jackson?
Memetik laporan Astro Awani, Jaafar dikatakan mewarisi banyak persamaan fizikal dengan Raja Pop dunia itu.
Filem arahan Antoine Fuqua dan diterbitkan oleh Graham King itu akan diterajui Jaafar Jackson yang akan memegang watak utama.
Jaafar yang kini berusian 28 merupakan anak kepada Jermaine Jackson iaitu abang Michael Jackson.
Jaafar mengikut jejak langkah bapa serta bapa saudaranya, Michael dan ibu saudaranya, Janet Jackson sebagai penyanyi dan penari di Hollywood.
Selain watak utama Michael, pihak produksi juga sudah mengenal pasti pelakon-pelakon lain untuk memegang watak adik beradik Michael yang pernah dikenali sebagai Jackson 5 iaitu Jermaine, Marlon, Tito dan Jackie Jackson pada pelbagai peringkat umur
Biopik “Michael” tidak hanya akan bercerita mengenai sisi hidup Michael semata-mata, sebaliknya, Jackson 5 yang menjadi platform awal kemasyhuran Michael juga akan kembali ‘dijelmakan.’
Selain Jaafar, pelakon Juliano Krue Valdi pula akan memegang watak Michael pada usia muda.
“Naskhah sebenar filem ini memerlukan sejumlah 10 pelakon dengan bakat untuk menggambarkan Jackson 5 sepanjang tahun.
“Saya sangat teruja untuk membawa kumpulan pelakon dan penghibur yang luar biasa ini kepada penonton di seluruh dunia dalam filem ini,” kata King semasa mengumumkan senarai pelakon filem “Michael.”
Filem biopik “Michael” kini sedang dalam proses penggambaran dan dijangka ditayangkan di pawagam pada 18 April 2025.
Bercita-cita untuk menjadi model sejak kecil? Tetapi terhalang kerana bentuk badan yang kurang menarik, rupa anda biasa-biasa sahaja dan kurang yakin dengan gaya penampilan anda. Kenapa perlu risau, mungkin suatu hari nanti impian anda bakal tercapai, jadikan wajah-wajah ini sebagai pemangkin untuk anda lebih bersemangat mengejar cita-cita sebagai model ternama.
Ini adalah di antara model diversiti yang semakin diterima sejak kebelakangan ini di dalam medan fesyen dunia.
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.