Tidak ada istilah tangan sejuk, panas dalam bercucuk tanam. Semuanya tertumpu pada cara,tip dan kaedah yang betul dalam menanam sesuatu pokok.
Seperti perkongsian lelaki ini, Hafiz Husin antara yang berjaya menanam pokok anggur di kawasan rumahnya . Ada lebih 30 pokok anggur pelbagai jenis di tanam di kediamannya. Ya, jangan ingat anggur boleh ditanam di kawasan iklim sejuk saja. Di rumah kita pun boleh dengan tip yang betul.
Bagi yang berminat dan nak cuba tanam, beliau yang juga menjual anak pokok anggur tak lokek berkongsi cara penanamannya.
Cara tanam anak pokok anggur di rumah
Ujar walau pun tiada pengetahuan luas tentang teknik penanaman anggur tapi ini adalah kaedah yang dilakukan setiap kali tanam pokok anggur di kediamannya. Alhamdulillah subur dan berhasil semuanya.
1.Mula-mula korek lubang kira-kira dua kaki.
2. Sediakan tinja kambing yg dah reput dalam satu bekas emudian campak tinja kambing tersebut ke dalam lubang.
2. Gaulkan kesemua bahan-bahan ini. Nisbah 1:1 kesemuanya kecuali kapur pertanian agak-agak saja. Tujuan penggunaan kapur untuk neutralkan keasidan tanah.
Ads
4. Seterusnya masukkan kesemua adunan yang telah digaul ke dalam lubang.
5. Beginilah rupanya adunan tadi. Biarkan dulu tanah ni dalam 7-14 hari untuk “menyejuk’. Tujuannya supaya media terkompos dgn sempurna. Atau jika nampak anak-anak rumput mulai tumbuh di atas permukaan media, itu membawa petanda anak pokok anggur sedia utk dipindahkan.
6. Setelah cukup tempoh 1-2 minggu, korek semula lubang dan gunting bahagian belakang polibeg anak pokok anggur.
Ads
7. Masukkan anak pokok sekali dgn polibeg ke dalam lubang.
8. Kambus tanah di celah-celah luar polibeg yang berongga dan siram. Dah siap. Jangan siram kerap sangat pada musim hujan. Jika nampak tanah agak mengering baru siram sebab akar anak anggur sangat sensitif dengan air yang berlebihan.
Karakter, cara penyampaian serta kisahnya adalah tersendiri. Mungkin masih ramai tidak mengenali siapa empunya diri yang sering menemani anda ketika memandu di jalan raya pada awal pagi.
SIAPAKAH ‘HALIM OTHMAN?
“Kita hidup hari ini dalam dunia yang keliru. Halim Othman seorang yang ringkas sahaja. Sebab itu nama pun sudah pendek menjadi H.O. Kita semua patut kembali ke kehidupan ringkas tetapi menerima lebih kejayaan. They say simplicity is the ultimate sophistication. Orang seperti Leonardo Di Vinci, Steve Jobs sememangnya faham tentang perkara ini. So, in short I AM A PASSIONATE STUDENT of knowledge. Selebihnya akan menyusul kemudian”.
DJ RADIO
“Dari tahun 1998 sehinggalah sekarang dan tolak dua tahun tempoh saya bercuti.”
OTAI?
“Erm…saya tidak mengatakan otai dan setiap hari saya masih belajar, belajar dan terus belajar. Saya hanya penyampai radio biasa yang kadang kala ditegur jika melakukan kesilapan”.
SEORANG ARKITEK
“Saya bermula sebagai seorang arkitek. Mendapat ijazah dari University Of Tennessee dan bekerja di Amerika Syarikat selama dua tahun sebelum kembali ke Malaysia.
Tidak ramai yang tahu sejarah kerjaya saya. Dunia kerjaya di sini bermula dengan program Roda Impian.
Sewaktu di Amerika, saya merupakan peminat program Wheel of Fortune. Tidak pernah terlepas menonton rancangan tersebut. Sehinggakan saya dipanggil untuk menjadi penonton yang ditemu ramah sewaktu program itu berlangsung. Setiap kali lihat program ini, saya bermonolog sendiri bahawa saya boleh mengacara rancangan seperti ini.
Pulang ke Malaysia, saya mengikuti satu temu duga dan akhirnya menjadi hos rancangan Roda Impian. Dari situ kerjaya saya bermula dan sekarang ini menjadi penyampai radio di SuriaFm. SuriaFM merupakan radio ketiga dalam kerjaya ini dan amat menyukainya.
DI SEBALIK KONTI
“Dunia juruhebah sungguh kecil. Di mana saya berada pasti akan berjumpa kembali dengan kawan-kawan lama yang sama-sama mengilap bakat pada awal pembabitan. Seperti contoh, saya berjumpa kembali dengan Kudsia Kahar dan Linda Onn walaupun saya melompat-lompat ke tempat yang lain dan akhirnya berjumpa kembali dengan mereka”.
PENGALAMAN 14 TAHUN
“Dalam apa sahaja yang anda buat harus ada minat. Jika anda tidak minat bertugas sebagai penyampai radio, peminat akan mengetahuinya. Saya bekerja kerana minat bukannya kerana popular atau wang semata-mata. Paling penting yang saya pelajari sepanjang kerjaya ini adalah kebenaran bahawa tidur itu penting. Penting kerana ia akan menguasai jiwa dan minda kita. Sebagai Dj radio yang bertugas pada sesi pagi, rutin saya bermula seawal jam 4.30 pagi”.
HUBUNGAN DENGAN PENDENGAR
“It a connection. Wujudnya saya sebagai penyampai radio pagi adalah sebagai connection pada keadaan. Mendengar radio tidak sama dengan menonton TV. Pendengar beranggap DJ radio sebagai temannya di dalam kereta. Jika tiba-tiba DJ tiada, seolah-olah mereka kehilangan teman.
Keadaan menjadi sunyi dan emosi mereka pasti terganggu. Apatah lagi perjalanan tersebut terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan anda akan tahu apa yang akan berlaku. Setidaknya kehadiran suara DJ ini boleh menenangkan emosi. Ini penting sebagai seorang DJ radio. 10 saluran radio tidak sama dengan satu saluran radio yang disukai. Jika anda berjaya menambat hati pendengar maka hanya anda sahaja dipilih setiap kali switch on radio”.
HOBI UNIK
“Ya, saya akuinya. Saya obsesi dengan seni seperti kaligrafi, fotografi, buku dan permainan Jigsaw Puzzle. Ayah saya seorang guru besar dan kami tiada TV untuk mencari hiburan. Maka kami adik beradik perlu cari alternatif lain untuk menghiburkan diri iaitu membaca buku.
Sehingga ke hari ini saya masih lagi mengamalkan hobi membaca. Malah saya juga suka menyelesaikan permainan Jigsaw Puzzle. Terlalu suka sehingga dinding rumah saya sudah tiada ruang untuk menampal Jigsaw Puzzle yang berjaya diselesaikan. Tempoh paling lama adalah selama 40 hari. Ia adalah gambar bulan dan langit yang gelap di sekelilingnya. Anda mungkin boleh membayangkannya”.
SIFAT LELAKI
“Seharusnya perlu berani! Berani bukan untuk bergaduh tetapi berani untuk melakukan kesalahan, berani untuk meminta maaf, berani untuk mengaku kesalahannya, berani untuk menangis, berani untuk menjadi sensitif, berani untuk mendengar pendapat orang lain tetapi masih mempunyai pendirian sendiri.”
TIDAK SUKA KUASA
“Saya pernah menjadi presiden untuk Persatuan Bulan Sabit Merah di sekolah. Saya akui tidak suka dengan kuasa. Dengan erti kata lain, saya tidak suka untuk memerintah orang lain. Maka jawapannya saya kurang gemarkannya”.
Profil
Nama: Che’ Halim Bin Othman
Nama Gelaran: Halim Othman / H.O
Asal: Kerteh, Terengganu
Pendidikan: University Of Tennessee, Amerika Syarikat
Jawatan: Penyampai Radio Suria Fm (Ceria Pagi Di Suria (5am-10am))
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Big Stage Alpha, siri spin-off Big Stage yang cukup dinanti-nantikan, kini telah melangkah ke minggu kedua. Ia menyaksikan persaingan yang lebih sengit dalam misi pencarian sebuah fenomena baharu dalam industri muzik tempatan.
Menariknya, edisi kali ini tampil berbeza dengan format ‘all-male’, menampilkan 18 bakat lelaki dari pelbagai latar belakang termasuk dari Brunei, Singapura dan Indonesia, berusia antara 18 hingga 37 tahun.
Mereka bersaing untuk merebut peluang eksklusif menjadi sebahagian daripada ‘boy group’ pertama yang bakal melakukan debut di bawah naungan Astro dan Rocketfuel.
Format pertandingan ini cukup menguji. Setiap minggu, para peserta diuji hingga ke had maksimum melalui persembahan solo dan misi berkumpulan berdasarkan tema yang diberi.
Dan mereka akan dinilai oleh barisan juri tetap yang mantap yang terdiri daripada Datuk Syafinaz Selamat, Edry Abd Halim dan Hael Husaini. Setiap minggu merkah mereka akan menjadi penentu utama.
Namun, perlu diingat, undian peminat juga memainkan peranan yang akan menentukan siapa yang layak meneruskan perjalanan ke peringkat akhir dan berpeluang menjadi sebahagian daripada enam finalis yang membentuk ‘boy group’ impian ini.
Setelah memperkenalkan 18 peserta di minggu pengenalan, enam daripadanya terpaksa meninggalkan pentas, meninggalkan 12 peserta terbaik yang diperkenalkan sebagai The Big 12.
Mereka kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan: Alpha Prime dan Alpha Ultra. Namun, minggu kedua menyaksikan persaingan yang lebih sengit dan membawa khabar kurang gembira buat dua peserta.
Daniel Sher mencatatkan markah tertinggi dengan persembahan yang memukau, diikuti rapat oleh Ariel Fesol dan Ray-D.
Malangnya, impian dua lagi peserta, Ashmirul dan Qarl Q, terhenti di sini apabila mereka disingkirkan. Penyingkiran ini meninggalkan kumpulan Alpha Prime dengan hanya empat ahli.
Membentuk sebuah kumpulan lelaki atau ‘boy group’ yang padu bukanlah tugas yang mudah. Ia memerlukan setiap ahli memiliki dinamik dan kemampuan tersendiri yang dapat melengkapi satu sama lain.
Formula ini dilihat menyamai pendekatan industri muzik Korea atau K-Pop, serta pembentukan boyband terkenal dari Amerika Syarikat dan UK suatu ketika dahulu, di mana setiap ahli membawa persona berbeza – menyerlahkan vokal, tarian, rapping, atau tampil sebagai visual utama.
Melihatkan potensi besar yang ada di kalangan peserta Big Stage Alpha, ternyata cukup banyak kombinasi menarik yang boleh kita saksikan di akhir pertandingan ini.
Reaksi warganet di media sosial sudah mula merancakkan perbualan, malah ada yang berani meramal ‘perfect line up’ idaman mereka! Ada yang bersuara ingin melihat sebuah grup terdiri daripada Daniel Sher sebagai vokal utama, Ariel Fesol sebagai ketua vokal, Araf sebagai vokal, Ray-D sebagai penari utama, Rizal Rasid sebagai ketua penari, dan Ashmirul atau Qarl Q sebagai visual.
Namun, keinginan itu mungkin tidak kesampaian dengan penyingkiran dua peserta tersebut pada minggu kedua.
Selain faktor keupayaan vokal dan tarian, di antara aspek lain yang membolehkan mereka terpilih sebagai enam ahli terbaik ialah kekuatan mental, disiplin yang tinggi, sifat merendah diri dan sentiasa ingin belajar.
Bakat mereka rata-rata umpama permata yang bernilai, namun harus digilap melalui proses yang panjang.
Proses pembentukan kumpulan ini tidaklah semudah disangka kerana ia juga melibatkan sokongan daripada pelbagai pihak. Dan kemungkinan besar hala tuju dan mencungkil kelebihan mereka ini akan dikorek oleh barisan juri berpengalaman luas program ini.
Satu perkara perlu kita sentiasa ingat, apa yang menjadi nadi utama kejayaan sesebuah boy group ialah keserasian ahli-ahlinya yang mampu bergerak bersama di sebalik setiap perbezaan yang mereka hadapi.
Adakah versataliti dan konsistensi Daniel Sher bakal meletakkannya sebagai calon wajib? Dan adakah gerak tari mantap Ray-D akan jadi pertaruhannya atau kehebatan vokal seperti Awnienit bakal melengkapkan boy group unggul Big Stage Alpha?
Big Stage Alpha bukan sekadar pertandingan nyanyian biasa. Ini merupakan usaha mencari bakat menyeluruh untuk mencari enam individu yang bukan sahaja berbakat besar, tetapi juga memiliki keserasian dan kekuatan mental untuk bergelar bintang dalam sebuah entiti kumpulan.
Jadi, siapakah peserta Big Stage Alpha yang anda ramalkan akan berjaya terpilih menjadi enam ahli yang membentuk sebuah ‘super boy group’ sensasi ini? Perjalanan masih panjang, dan setiap minggu pasti menjanjikan kejutan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila bercakap pasal hal rumah tangga pasti topik yang keluar pasal kemandulan. Buat lelaki, tahap kesihatan serta kualiti air mani memainkan peranan yang sangat penting. Tahu tak yang air mani yang subur dan berkualiti bukan sahaja bergantung pada bilangan sperma yang terkandung didalamnya, malah kualiti sperma itu sendiri turut patut diambil kira.
Walaupun begitu, senaman dan pemakanan yang sihat boleh membantu anda untuk meningkatkan bilangan sperma. Jom kita lihat jenis makanan yang boleh diamalkan untuk meningkatkan bilangan sperma. Barulah berbangga dengan kualiti sperma kita. . 1. Buah Pisang Buah pisang sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Pisang mengandungi Bromelain, sejenis enzyme yang turut terdapat dalam buah nenas (terutamanya pada bahagian tengah buah). Bromelain adalah enzyme anti-inflamatory semula jadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosterone (hormon sex lelaki).Buah pisang juga kaya dengan vitamin B1, A, dan C, yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.
Coklat sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan. Coklat mengandungi L- arginine, sejenis amino asid yang yang diperlukan oleh tubuh badan dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani.
Menurut sebuah kajian dari The University of Michigan Health System, pengambilan L-arginine sebagai suplemen tambahan dalam beberapa bulan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma. L-arginine juga boleh menyebabkan pengembangan salur darah (vasodilation), yang meningkatkan aliran darah pada alat sulit dan seterusnya membantu dalam proses ereksi.
3.Bawang putih
Bawang putih mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.
4. Buah delima
Buah delima mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani, yang menunjukkan sperma kurang berkualiti. Kajian terbaru yang telah diterbitkan dalam International Journal of Medical Research and Health Sciences (2013) telah membuktikan merokok boleh meningkatkan tahap MDA dalam air mani dan mengurangkan bilangan sperma.
Daging mengandungi zat sepeti zink yang membantu menghalang radikal bebas (free radicals) dari menjadi sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya. Zink juga membantu testosterone dari bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurang nafsu syahwat.
6. Kacang Walnut
Selain mengandungi arginine (lihat coklat), kacang walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 (Omega-3 fatty acids) yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah zakar. Selain itu, kacang walnut mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain.
7. Bayam
Terdapat banyak kandungan falic acid dalam bayam yang boleh membantu meningkatkan kuantiti sperma. Bahan ini juga mampu membantu menghasilakn sperma yang sihat dah tinggi motilitinya.
8. Salad Buah
Buah-buahan seperti oren, strawberry, ceri, dan beberapa lagi buah-bauahan yang tinggi kandungan anti-oksidan sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Air mani lelaki yang mengambil sehingga 1000 mg vitamin C setiap hari dapat meningkatkan motility sperma dan seterusnya dapat meningkatkan peluang berlakunya proses persenyawaan.
9. Telur
Telur dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan memperbaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan vitamin E, dimana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah zakar. Kesan anti-oksidan vitamin E juga dapat menghalang kesan negative radikal bebas terhadap sel sperma dan telur (ovum). Oleh yang demikian, vitamin E ini dianggap antara nutrient yang terpenting untuk meningkatkan kesuburan.
10. Air Kosong
Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan minum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan, termasuklah sel sperma. Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara 8 hingga 10 gelas air kosong setiap hari.
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.