Image by jcomp on Freepik

MASKULIN ingin bertanya kepada anda secara jujur. Apakah perkara pertama yang anda akan bayangkan bila perkataan ‘nikotin’ disebut?

Peratusan besar daripada anda pasti membayangkan tentang produk tembakau seperti rokok, bukan? Tidak dapat dinafikan itulah konsensus secara am difahami oleh mayarakat tentang nikotin.

Bila membicarakan produk seperti rokok pastinya akan terus mengaitkannya dengan pelbagai penyakit kronik yang datang dan berpunca daripada penggunaannya.

Sebab sebenar kenapa rokok dikategorikan sebagai produk yang memudaratkan adalah kerana ia mengeluarkan asap rokok yang mengandungi lebih daripada 6,000 bahan kimia dan sekurang-kurangnya 69 daripadanya akan menyebabkan penyakit kanser seperti kanser paru-paru.

Oleh itu, bahan-bahan inilah yang menyebabkan penyakit berbahaya seperti kanser. Walaupun nikotin terkait dalam tanggapan seperti ini namun tahukah anda nikotin bukanlah punca utama kepada penyakit berkaitan asap rokok?

Ads

Mitos Tentang Nikotin Yang Banyak Disalah Erti

BUKAN PUNCA UTAMA

Mitos mengatakan nikotin menjadi salah satu penyebab utama penyakit kronik seperti kanser tidak benar seperti yang dikatakan oleh nicoderma.ca.

Laporan dari Webmd.com juga mengatakan nikotin bukan penyebab kanser walaupun ia memberikan ketagihan kepada penggunanya. Kebanyakan kondisi penyakit serius dan kronik berkaitan dengan amalan merokok adalah disebabkan oleh asap rokok yang mengandungi bahan toksik yang dibebaskan dari pembakaran tembakau.

Ads

Satu yang ramai mungkin tidak tahu ialah nikotin merupakan bahan natural yang terdapat di dalam tembakau, tomato, kentang dan tumbuhan lain-lain. Asap rokok yang terdedah boleh dielakkan dengan pengambilan nikotin tanpa pembakaran dengan menggunakan alternatif bebas asap seperti e-rokok (vape) atau produk tembakau yang dipanaskan (Heated Tobacco Product, HTP).

Ya, nikotin boleh menyebabkan ketagihan namun alternatif yang ditawarkan oleh produk bebas asap dapat membantu perokok dan orang disekeliling mereka untuk menjauhi dari asap rokok yang memudaratkan.

SOLUSI BEBAS ASAP

Selain faktor risiko lebih rendah pengambilan nikotin menggunakan produk bebas asap rokok juga memberikan elemen kebersihan kepada penggunanya. Mereka boleh bebas dari bau mulut dan badan yang tidak enak.

Ads

Tahukah anda bahawa tar rokok yang dihasilkan melalui pembakaran tembakau merupakan faktor utama kepada perubahan warna pada kulit, mulut, gusi dan jari mereka menjadi lebih gelap dan kehitaman.

Disebabkan ini jugalah perokok mempunyai risiko yang jauh lebih tinggi terhadap kanser mulut, masalah gusi, kerosakan dan juga kereputan gigi.

Bagi merendahkan risiko seperti di atas penghijrahan kepada produk bebas asap rokok seperti vape atau HTP mampu menjadi solusi pilihan buat pengguna yang masih tidak dapat berhenti merokok sepenuhnya atau tidak berniat meninggalkan pengambilan nikotin.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI