Mo Salah Betul-Betul Ikon Muslim Sejati, Berpuasa 18 Jam Tidak Halang Dia Beraksi Di Final Liga Juara-Juara Eropah

Share

Seluruh dunia kini betul-betul merasai bahang kehangatan final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) antara Liverpool dengan juara bertahan dua tahun berturut-turut Real Madrid. Tapi apa yang menarik perhatian penulis ialah pemain prolifik Liverpool, Mohamed Salah, membuat pengakuan tidak akan sekali-kali meninggalkan puasa Ramadan, walaupun pada hari perlawanan penting hujung ini.

Sudah pasti perlawanan itu menjanjikan aksi yang hebat antara kedua-dua pasukan gergasi ini. Real Madrid akan menentang Liverpool di Stadium NSC Olimpiyskiy Kiev, Ukraine pada Sabtu (Ahad, 27 Mei 2:45 pagi waktu Malaysia) dan peminat boleh menyaksikan perlawanan itu secara langsung di  bermula jam 2:30 pagi, waktu Malaysia.

Salah, yang sentiasa mengutamakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim, menimbulkan kegusaran ramai peminat kelab itu apabila fakta menunjukkan dia akan berpuasa selama 18 jam pada pentas final Liga Juara-Juara Eropah, hujung minggu ini.

Menurut laporan portal berita Arab Saudi, Salah memaklumkan soal berpuasa tidak sepatutnya menjadi isu kerana jelas, dia beragama Islam.

“Kejayaan saya hari ini datang dari Allah. Saya akan terbabit dalam banyak perlawanan penting pada bulan Ramadan ini, termasuk Piala Dunia, tetapi saya berniat mahu menghabiskan puasa 30 hari tanpa meninggalkannya,” kata Salah seperti yang dipetik portal Yenisafak.com.

Mengikut laman web SalahTimes.com, waktu berpuasa di Kiev pada 26 Mei ini bermula jam 2.32 pagi dan tamat jam 8.53 malam.

Waktu perlawanan pula ialah 7.45 malam, bermakna Salah akan turun bermain ketika dia masih berpuasa, jika tersenarai dalam kesebelasan utama.

Namun begitu, ada juga peminat yang yakin Salah tidak berpuasa pada hari berkenaan kerana dia sedang bermusafir.

“Kepada anda yang tertanya-tanya, Salah mungkin tidak berpuasa kerana mereka sedang bermusafir. Mengikut ajaran Islam, mereka yang dalam perjalanan jauh dibenarkan untuk tidak berpuasa dan boleh menggantikannya pada tarikh lain,” tulis pengguna Twitter dengan nama @grizz.

IKLAN