Buat peminat Kombi…ini berita baik buat anda. Model yang cukup sinonim dengan jenama Jerman dan zaman gypsie itu akan melakukan kemunculan semula pada 2022. Berita ini disahkan sendiri oleh Volkswagen (VW).
Model berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama di beberapa negara itu bakal menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Model konsep minibas itu yang dikenali dengan nama I.D. Buzz didedahkan pada Concours d’Elegance di Pebble Beach, California.
I.D. Buzz berwarna kuning lemon dan kelabu itu masih mengaplikasi garisan badan dari Kombi. Pihak VW menjadikan ruang kabin lebih lapang berbanding sebelumnya dengan bumbung panorama besar untuk pencahayaan tambahan.
Walaupun masih di peringkat model konsep, model yang dipertontonkan berkenaan berfungsi sepenuhnya. Ia didatangkan dengan stereng berbentuk segi empat tepat yang boleh ditarik secara elektrik. Pengguna tekan sahaja logo VW di tengahnya untuk mengalihkan kedudukan. Selain itu, pada bahagian depan ia dipadankan dengan lampu LED seiring abad ke-21.
Ads
Ciri tersebut menjadikan I.D. Buzz bersedia untuk masa depan seiring dengan konsep zaman itu yang mana kereta akan memandu sendiri. Bahagian kerusi depan juga boleh berpusing 360 darjah bagi memudahkan penumpang berborak secara bersemuka ketika kenderaan bergerak.
Minibas empat pintu itu boleh dipandu sejauh 430 kilometer dengan kuasa bateri 369hp. Kapasiti bateri 111kwh itu boleh di cas 80 peratus hanya dalam tempoh 30 minit. Walaupun tiada spesifikasi penuh dikeluarkan, model itu akan menggunakan platform kenderaan elektrik MEB.
Ads
Model produksi yang bakal dikeluarkan pada 2022 itu menyasarkan pasaran Eropah, China dan Amerika Utara. Pihak VW menyasarkan untuk memiliki sekurang-kurangnya 30 unit kenderaan elektrik untuk dijual.
Ads
VIDEO
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas episod pertama ditayangkan pada 16 Januari 2022 lalu kini RODA PANAS 2 tiba ke episod yang terakhir. Pelbagai tema automotif telah dihidangkan dengan segala macam jenis motosikal, kereta dan juga genre motorsport telah dipersembahkan.
Tidak hairanlah ramai menganggap RODA PANAS 2 merupakan program televisyen automotif nombor satu di Malaysia!
Untuk episod finale, RODA PANAS 2 meneruskan kesinambungan tema SUPERCAR dari minggu lalu. Jika minggu lalu menampilkan kereta buatan Jepun, pada episod ini pula kejuruteraan Jerman pula ditonjolkan.
Hos, Fizo Omar membawakan kepada anda kereta hebat jentera supercar Jerman yang sangat berkuasa iaitu Mercedes-AMG C63 Coupe! Bagi episod finale ini, RODA PANAS membawakan expert khas, Kavind yang akan berkongsi kepakarannya serta pengetahuannya tentang kelebihan ‘supercar’ ini. Apakah rahsia kehebatan jentera dari Jerman ini? Ikuti penjelasan dengan lebih mendalam daripada Kavind.
Selain itu, episod ini turut menampilkan aktor popular masa kini, Fikry Ibrahim. Bersama-sama Fikry dan Kavind mereka berdua memberikan pandangan tersendiri tentang Mercedes-AMG C63 Coupe!
Episod finale ini juga RODA PANAS 2 turut membawakan beberapa tip ‘wrapping’ untuk pelbagai jenis kereta.
Jadi jangan lupa untuk saksikan RODA PANAS 2 ya!
Buat anda yang mungkin terlepas atau ingin ‘catch up’ semua episod RODA PANAS 2, anda boleh menontonnya menerusi platform Astro GO!
Edisi kedua The Hot Wheels Legends Tour kini bakal kembali di Malaysia. Program meraikan pelbagai rekaan kereta ini diadakan dengan kerjasama Art of Speed Malaysia dan ia merupakan siri global pencarian kenderaan rekaan khas untuk dijadikan model sebenar kereta permainan Hot Wheels. Paling menarik, barisan panel jurinya terdiri daripada pereka global Hot Wheels dan disertai barisan juri tempatan.
Mereka telah memilih 12 rekaan terbaik (Top 12) daripada sejumlah 163 penyertaan di Malaysia. Pusingan pusingan akhir pertandingan ini bakal disiarkan secara pentriman secara langsung pada 17 Oktober 2021 (Ahad), pukul 8 malam.
Pada tahun ini, para peminat kereta rekaan khas Malaysia akan disertai kelompok peminat dari Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia dan New Zealand, sekali gus bersaing merebut gelaran juara. Siri Hot Wheels Legends Tour Malaysia tahun ini juga mencatatkan peningkataan penyertaan dua kali ganda berbanding tahun 2020.
Setiap penyertaan dinilai berdasarkan Ketulenan (Authenticity), tahap mirip rekaan memaparkan identiti semangat Hot Wheels; Kreativiti, daya tarik rekaan menonjol berbanding rekaan lain; dan Semangat Garaj (Garage Spirit), keupayaan pereka menyerlahkan ciri model sebagai kereta ‘buatan khas bukan dibeli.’
Pemenang siri Malaysia akan mewakili negara di peringkat antarabangsa dan bakal bersaing dengan para pemenang dari siri-siri Hot Wheels Legends Tour. Juara keseluruhan akan menyaksikan rekaannya diabadikan dalam Hot Wheels Garage of Legends sekali gus ditransformasi kepada kereta permainan 1:64 untuk dipasarkan serta memberi keseronokan kanak-kanak semua peringkat usia di seluruh dunia bermain.
Barisan juri pereka Hot Wheels terdiri daripada Brendon Vetuskey, ketua pereka model kereta permainan Monster Trucks dan Red Line Club; Manson Cheung, pereka model 3D Hot Wheels yang terkenal dengan ukiran seninya; dan Sam Kok, pereka Hot Wheels yang kini merupakan pemacu utama pereka pakej Mattel.
Panel juri tempatan pula terdiri daripada Christian Coujin, figura yang tidak asing dalam komuniti kerana koleksi kereta RWB miliknya dan peminat kenderaan buatan khas atau diubahsuai; Tengku Djan, pelumba drift profesional negara yang menyertai perlumbaan D1 Grand Prix; dan Azrina Jane Abdullah, pemandu lagak ngeri dengan bakat sebagai pelumba drift dan litar.
Kesemua 12 finalis Malaysia menunjukkan kepelbagaian rekaan kereta berjenama dari pelbagai negara seperti Jepun, Jerman, Itali termasuklah jenama Malaysia. Finalis terdiri daripada:
Lee Ming Hui (Audi TT MK2), Sofyan Darmadi (1969 VW Beetle Vandetta), Norsayang bin Ngatiman (1968 Toyota Corolla KE10), Addison Victor Liew Kian Tek (1980 Mazda RX7 1st Gen Savanna Sa22C), Jeffrey Teoh (2008 Ferarri 430), Karrthikan Amerudalingam (1997 Proton Wira 1.5 GL), Abdul Wahab bin Bahari (1986 Daihatsu Mira Walkthrough Van), Elden Schrock (1987 Toyota Cressida), Mohd Iltizam bin Mohamad Sokri (1990 Toyota Estima TCR 21), Tham Kheng Ming (2002 Toyota MRS MR2 Spyder), Norman Ng (2014 Porsche Boxster 981), dan Kathires Thanabal (2012 Honda Accord).
Pusingan akhir akan bersiaran langsung dalam talian dari Muzium RWB, Johor Bahru yang dikurator oleh Christian Coujin. Muzium RWB merupakan satu bentuk keraian berkisar RAUH-Welt Begriff dan pengasasnya, Akira Nakai, serta diiktiraf oleh komuniti peminatnya sebagai sebuah pameran menakjubkan sekali gus membuktikan hobi ini amat mengujakan.
Bersempena sambutan Hot Wheels Legends Tour dan segalanya tentang budaya kereta, Hot Wheels telah melancarkan rekaan kolektibel menarik sebagai hadiah menerusi pembelian daripada rakan kerjasama runcit rasmi: Toys ‘R’ Us Malaysia [https://www.toysrus.com.my/hot-wheels/] dan Shopee Malaysia [https://shopee.com.my/hotwheels.os] untuk pembelian dalam talian. GWP boleh disusun / dicantum dan boleh dibeli selagi stok masih ada.
Oktober 2021
• BELI produk Hot Wheels RM50 ke atas, dapatkan Model Misteri Hot Wheels PERCUMA
• BELI produk Hot Wheels RM200 ke atas, dapatkan model edisi terhad Hot Wheels Nissan Laurel 2000 SGX PERCUMA
November 2021
• BELI produk Hot Wheels RM50 ke atas, dapatkan Model Misteri Hot Wheels PERCUMA
• BELI produk Hot Wheels RM200 ke atas, dapatkan model edisi terhad Hot Wheels ‘65 Volkswagen Fastback PERCUMA
Berkemungkinan besar sejak dari kecil kita sudah perhatikan ayah, pak cik atau abang kitaakan panaskan enjin kenderaan setiap kali ingin mulakan perjalanan. Tidak kiralah sama ada jarak dekat atau jauh, memanaskan enjin itu seakan perkara yang wajib mereka lakukan.
Lalu apabila kita besar rutin yang sama menjadi ikutan setiap hari. Ada yang tunggu tolok suhu enjin sejuk bertuka menjadi normal baru bergerak. Dan tidak kurang juga ada yang tetapkan tempoh masa tertentu untuk panaskan enjin.
Tapi adakah perbuatan memanaskan enjin ini perlu kita lakukan atau tidak?
TEKNOLOGI TERKINI
Percaya atau tidak melakukan rutin memeaskan enjin tidak perlu dilakukan setiap hari, apatah lagi dilakukan setiap kali untuk menggunakan kereta dalam sehari. Ini terutamanya bagi kereta keluaran baru yang mana ia sudah boleh menyesuaikan diri dengan keadaan suhu sekeliling walaupun berada di kawasan sejuk.
Tahukah anda bahawa enjin kereta moden pada hari ini dilengkapi dengan teknologi fuel injection yang datang bersama unit kawalan elektronik (ECU). Ia berfungsi untuk menyesuaikan suhu enjin kenderaan walaupun berada di kawasan sangat sejuk.
ENJIN YANG SEJUK
Kenderaan atau kereta yang sudah lama tidak dihidupkan boleh menyebabkan minyak enjin menjadi berkurangan. Manakala bagi yang setiap hari dihidupkan ia tidak perlu dipanaskan kerana ini boleh meningkatkan risiko minyak petrol meresap ke dalam minyak enjin.
Bila ini berlaku ia sekali gus menjejaskan tajap kelikatan bahan pelincir tersebut. Lalu menyebabkan risiko komponen dalamam enjin boleh menjadi ‘haus’.
Apa yang boleh kita simpulkan secara ringkas ialah memanaskan enjin kenderaakereta sebelum memulakan perjalanan bukanlah satu perkara yang perlu dilakukan dan tidak juga mendatangkan risiko kerosakan.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.