Kenderaan empat roda kini bukan lagi sekadar medium pengangkutan untuk semata-mata. Dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini kita telah melihat pelbagai integrasi teknologi pintar telah mula diperkenalkan di dalam kenderaan.
Sama ada untuk membantu pemanduan menjadi lebih lancar atau pengalaman yang lebih menarik dengan pelbagai pengenalan teknologi infotaiment terkini, inovasi pintar dilihat berterusan memberikan tawaran hebat buat pengguna.
Sebagai salah sebuah pemain utama industri automotif, Volvo turut tidak ketinggalan untuk sentiasa memperkenalkan teknologi terbainya. Dalam usaha untuk terus melakukan eksplorasi teknologi, Volvo XC60 model terbaru hadir dengan lebih banyak teknologi dan inovasi terkini.
Diberi gelaran sebagai ‘the smarter XC60’, model terbaru Volvo ini hadir dengan beberapa pengenalan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan, rekaan dalaman terkini dan juga integrasi teknologi pintar bersama Google Services.
INTEGRASI PINTAR
Volvo XC60 juga menjadi indikasi kepada usahasama di antara Volvo dan Google bagi menawarkan sistem infotainment terbaik pernah dihasilkan. Integrasi bersama Google Services turut menyaksikan kemunculan Digital Services Package yang mengandungi kawalan suara Google Asistant.
Ads
Ia turut membenarkan pemandu untuk menggunakan arahan suara bagi pelbagai aplikasi berbeza seperti Google Map.
Jadi pemandu tidak perlu mengalihkan tangan dari stereng untuk melakukan sebarang tetapan seperti mencari lokasi di Google Map. Secara tak langsung bukan sahaja senang tapi lebih selamat.
“Model XC60 yang lebih pintar bersama Google Services bakal memberikan pengalaman infotainment terbaik di pasaran automotif. Ia benar-benar telah melonjakkan jenama kami untuk menjadi pengeluar kenderaan lebih selamat, jelas Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump.
Ads
Volvo XC60 juga hadir dengan rekaan yang banyak dipengaruhi oleh elemen Scandinavian dengan beberapa penambah baikan di beberapa komponen luaran. Di antara yang paling ketara ialah gril bahary, bumper hadapan dan juga pemilihan warna lebih elegan pada bahagian dalaman.
ASPEK KESELAMATAN TERKINI
Model yang lebih pintar ini juga turut hadir dengan beberapa mode pemanduan yang boleh disesuaikan mengikut keselesaan pemandu. Volvo XC60 dilengkapi dengan enjin berkembar 4-silinder 2.0L bersama transmisi 8-kelajuan automatik Geatronics.
Enjinnya turut diberikan lebih kekuatan dengan bantuan supercharger serta turbocharger yang menghasilkan sehingga 470 kuasa kuda dengan 640Nm torque.
Ads
Di antara ciri keselamatan terkini diperkenalkan menerusi Volvo XC60 ialah pengenalan sistem keselamatan terbarunya, Advanced Driver Asistance Systems (ADAS). Ia merangkumi teknologi mengelak perlanggaran, penetapan kenderaan di dalam lorong, auto-braking, Blind Spot Information System dan dilengkapi kamera luaran.
Model Volvo XC60 terbaru kini boleh disaksikan di semua pengedar sah Volvo di seluruh negara. Sebarang tempahan juga boleh dilakukan menerusi laman sesawang rasmi Volvo Malaysia, www.volvocars.com/my.
Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN ya untuk update paling terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Melihatkan jumlah kepadatan penduduk dan pertambahan jumlah kenderaan di negara kita terutamanya di bandar-bandar besar keperluan ruang letak kereta semakin diperlukan.
Di lokasi yang sentiasa sibuk terutamanya seperti di Lembah Klang dan bandar-bandar besar di seluruh negara mempunyai lokasi curam dan berbukit. Jadi sudah menjadi perkara biasa ruang letak kereta berada di kawasan seperti ini.
Buat anda yang tinggal di kawasan yang banyak lokasi berbukit meletakkan kereta di kawasan curam sudah menjadi perkara biasa. Namun tahukah anda terdapat cara yang betul dan selamat bagaimana untuk parkir kereta di kawasan berbukit atau curam?
Foto: wikihow
Apabila anda meletakkan kereta di kawasan curam musuh utama adalah graviti. Jika anda tidak mengambil langkah pencegahan dan parkir dengan cara betul perkara tidak diingini boleh berlaku.
Bila ia berlaku bukan kereta anda sahaja yang rosak malah boleh melibatkan kecederaan dan kemusnahan kenderaan atau harta benda orang lain. Sebab itulah bagi mengelak perkara ini berlaku anda harus tahu cara-cara meletakkan kereta di kawasan berbukit dengan betul.
Terdapat dua elemen yang sangat penting. Pertama, anda WAJIB menggunakan HANDBRAKE. Dan kedua, PUSINGKAN tayar ke arah yang betul untuk elak kereta berundur ke belakang atau ke depan jika berlaku kerosakan pada handbrake.
Berikut MASKULIN kongsi cara letak kereta di kawasan curam sama ada ke kereta menghadap ke arah naik atau ke bawah.
KERETA ARAH MENAIK
pusingkan tayar ke arah berlawanan daripada arah tembok tepi jalan
biarkan kereta mengundur ke belakang hingga tayar belakang menyentuh tembok
cara ini boleh elakkan kereta anda mengundur dan tembok tepi jalan menjadi penghalang ia berundur ke belakang jika berlaku kerosakan brek
KERETA ARAH MENURUN
pusingkan tayar hadapan menghadap tembok sisi jalan
biarkan kereta bergolek ke hadapan hingga tayar hadapan menyentuh tembok jalan
sama seperti cara pertama, tembok ini berfungsi menjadi penghalang kereta dari maju ke hadapan jika berlaku kerosakan brek tangan
KAWASAN TANPA TEMBOK
jika tiada tembok perkara pertama perlu dilakukan ia pusing tayar ke arah berlawanan dari trafik
ia bagi mengelak kereta bergolek ke arah trafik
elakkan pusing stereng sampai habis bagi menghalang tekanan pada tayar dan sistem navigasi kereta
TIP UNTUK KERETA AUTO
pertama sekali tekan brek ketika kereta masih dalam ‘D’
kemudian tarik handbrake dan baru tukar gear ‘D’ kepada ‘P’
boleh matikan enjin
TIP UNTUK KERETA MANUAL
selepas kereta berada dalam kedudukan selamat, tarik handbrake
kemudian tukar kepada gear 1 atau reverse, sebagai contoh jika parkir kawasan menurun letak pada kedudukan gear reverse
tinggalkan kereta dalam keadaan tersebut
Semoga perkongsian kali ini boleh memberikan manfaat untuk anda. Selain pandu selamat, meletakkan kereta dengan selamat juga sangat penting!
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk saksikan siri terbaru kami, MASKULIN Xtra!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah atau tidak kereta Iriz anda proton Iriz anda naik temputure tiba-tiba saat anda sedang memandunya?
Jika anda seorang yang tidak biasa mengenai kereta pasti anda sudah kelam-kabut dan akhirnya panggil pomen atau hantar ke bengkel bukan.
Lepastu anda akan dikenakan caj yang tinggi harganya dan tidak masuk akal. Hati-hati, Jangan tertipu oleh sesetengah takti pomen kereta.
Sebenarnya anda boleh gantikan sendiri tanpa memerlukan kos yang tinggi pun. Namun harus diingat ya, jangan sampai terbakar. Jika Nampak tanda temperature anda sedang naik segera matikan kenderaan anda.
Cara ini hanya boleh diguna pakai pada kenderaan model baharu sahaja, kenderaan lama mungkin ada cara-caranya.
Apa yang anda harus lakukan;
1. Matikan enjin sementara tunggu sehingga temperature turun
2. Pastikan kipas moto atau fan kenderaan anda berfungsi atau tidak (dengan cara membuka air cond. Jika dah buka tetapi ia masih tidak berfungsi itu tandanya kereta anda mempunyai masalah)
3. Buka bonet hadapan kenderaan anda dan pergi ke bahagian kiri kenderaan anda.
4. Anda akan nampak satu kotak hitam yang dipanggil fusebox di mana terdapat hampir semua fuse kenderaan anda.
5. Buka fusebox itu, apabila anda terbalikan fusebox itu, cari cooling fan.
6. Pertama sekali tengok fuse itu putus atau tidak, sekiranya tidak putus tiada masalah. Andai kata putus sebelum gantikan relay.
Lihat sendiri bagaimana cara-cara untuk gantikan relay di video yang sempat dikongsikan oleh CK Yusoff ini…
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kereta yang dipandu harus memiliki tekanan angin yang mencukupi pada tayarnya. Ia bukan sahaja menjadikan kenderaan yang dipandu sentiasa berada dalam keadaan yang selamat malah anda juga dapat menjimatkan minyak dalam tangki kereta anda.
Anda boleh memeriksa tekanan angin pada tayar anda setiap dua minggu sekali dan kalau boleh, jadikan ia sebagai satu rutin yang wajib.
Guna pressure gauge
Sekiranya anda memiliki pressure gauge dan tekanan menunjukkan pada aras ‘3’, ia sebenarnya sudah mencukupi.
Jika berada di bawah paras itu, perlulah ditambah anginnya dan jika berada melebih paras tersebut, kurangkanlah sedikit anginnya.
Ketahui tekanan air bagi tayar kereta anda
Tekanan angin tayar untuk kereta 1.3 cc & 1.5 cc, tekanan angin yang diperlukan cukup sekitar 190 hingga 230 kpa.
Mengambil contoh yang dipakai adalah rim 15′ tayar 55 siri, standard bagi Proton Gen 2 atau Waja, anda perlu isi tayar depan dengan 210/30 dan tayar belakang pula 190/29.
Kalau anda gunakan kereta Perodua Kancil pula, memandailah dengan isi tekanan angin sekitar lingkungan 180-200 kpa sahaja.
Jika terisi lebih sehingga 300 kpa, silap-silap tayar anda keras macam batu dan kereta boleh melantun-lantun atau bergegar.
Periksa sebulan sekali
Sehubungan itu, anda disarankan untuk memeriksa keadaan tayar kereta anda paling kurang sebulan sekali dengan cara :
Langkah 1 : Beli pengukur tekanan tayar untuk mengukur tekanan dalam tayar kereta anda.
Langkah 2 : Gunakan pam basikal atau pergi ke stesen minyak berhampiran rumah anda. Pastikan tayar kereta anda dalam kenderaan sejuk terutamanya jika anda sudah memandu lebih daripada 2 kilometer.
Langkah 3 : Rujuk kepada manual kereta anda atau pada pintu sebelah pemandu untuk meilhat tekanan tayar yang disyorkan. Sesetengah kenderaan memerlukan jumlah tekanan yang sama bagi setiap tayar, tetapi tayar depan dan belakang selalunya berbeza jumlah tekanannya.
Langkah 4 : Tambah angin jika kurang daripada yang diperlukan atau buang angin jika lebih daripada yang diperlukan. Tekan pin ditengah pada batang injap dengan kuku atau apa-apa peralatan. .
Langkah 5 : Gantikan penutup batang injap. Ulang setiap langkah bagi setiap tayar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.