Model Terkini ‘Y-Suku’, Yamaha Y15ZR V2 Bakal Berada Di Pasaran Pada Harga RM8,168

Share

Tak dapat dinafikan penggunaan motosikal di negara kita masih tinggi serta popular. Antara sebabnya mengapa ramai memilih untuk menggunakan motosikal kerana mampu mengelakkan kesesakan jalan raya.

Disebabkan itu jugalah semakin ramai pengguna memiliki kereta dan motosikal dalam masa yang sama. Selain digunakan sebagai kenderaan utaa atau kedua, motosikal juga kini dijadikan sebagai antara koleksi kebanggaan ramai orang.

Antara model motosikal yang sering meniti di bibir penggemar motosikal ialah Yamaha YZ15ZR atau lebih popular dengan gelaran ‘Y-Suku’. Sejak diperkenalkan pada tahun 2015 model motosikal moped daripada Yamaha ini merupakan antara motosikal paling popular di jalanraya selutuh negara.

Terbaru Yamaha telah mengumumkan mereka akan melancarkan model Y15ZR V2 atau versi kedua pada minggu hadapan.

Antara pembaharuan yang terdapat pada model ‘Y-Suku’ V2 ini ialah:

Lampu hadapan baru LED

Paparan meter LCD

Tayar hadapan lebih lebar (90/80-17)

Corak grafik baru

BACA: 4 Sebab Kenapa Lelaki Lebih Suka Tunggang Motosikal Berbanding Naik Kereta!

Yamaha Motorr Malaysia turut mengumumkan terdapat empat variasi warna yang bakal diperkenalkan iaitu Biru Storm, Merah Blazing, Cyan Striking dan Kelabu Dynamic. Masih mengekalkan enjin berkuasa 150cc dengan sejukan cecair, SOHC lima kelajuan model terbaru ini juga bakal tampil dengan ‘wajah’ corak grafik baru yang lebih baik dan gempak!

Empat variasi warna yang cukup menarik!

Harga yang diumumkan ialah RM8,168 (harga atas jalan tanpa insurans) yang datang dengan setahun jaminan pengeluar atau 10,000 kilometer yang mana lebih dahulu.

Jadi warna apakah yang menjadi pilihan anda agaknya?

IKLAN