Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jumlah tontonan penstriman meningkat secara mendadak. Antara platform yang sentiasa menjadi pilihan ramai kerana kepelbagaian kandungannya ialah Netflix.

Variasi kandungan dari pelbagai genre merangkusi drama bersiri, dokumentari serta filem menjadikan Netflix sebagai platform penstriman paling popular di dunia.

Bermula esok, kita bakal measuki fasa kedua tempoh PKP yang akan berakhir pada 14 April. Jadi sepanjang tempoh dua minggu lagi kita semua perlu berada di rumah dan menjayakan aspirasi kerajaan untuk melandaikan graf kadar jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Jadi apa kata kita luangkan masa dengan menonton kandungan baharu dan terkini dari Netflix. Jadi apa yang terbaru ditawarkan oleh Netflix bermula April ini?

IKLAN

MONEY HESIT: PART 4
3 April 2020

‘Money Heist: Part 4’ & Pelbagai Siri Menarik Di Netflix Sepanjang Bulan April

Drama bersiri dari Sepanyol yang cukup popular mengisahkan bagaimana seorang mastermind melakukan rompakan terbesar dalam sejarah. Untuk musim baharu ini pelan ‘Professor’ mula dirungkai dan musuh mereka dari dalam serta luar Bank of Spain perlu ditangani.

IKLAN

THE WILLOUGHBYS
22 April 2020

‘Money Heist: Part 4’ & Pelbagai Siri Menarik Di Netflix Sepanjang Bulan April

Filem animasi yang mengisahkan empat orang adik-beradik yang ditinggalkan oleh ibu bapa yang kurang bertanggungjawab cuba untuk ‘sruvuve’ dalam dunia kotemporari.

IKLAN

EXTRACTION
24 APRIL 2020

‘Money Heist: Part 4’ & Pelbagai Siri Menarik Di Netflix Sepanjang Bulan April

Sebuah karya filem khas ditayangkan di Netflix berjudul ‘Extraction; ini dibintangi pelakon popular, Cris Hemsworth. Tyler Rake merupakan seorang pembunuh upahan handalan di pasaran gelap. Dia ditugaskan untuk menyelamatkan anak kepada ketua kongsi gelap. Tapi adakah tugasnya semudah itu sahaja?

Selain tiga judul yang pertama kali ditayangkan di atas terdapat beberapa judul filem dan K-drama yang bakal muncul pada April ini.

  • Fantastic 4 (1 April)
  • Jaws (10 April)
  • Extracurricular (29 April)
  • Community Musim 1 – 6 (1 April)
  • The Land Before Time (10 April)
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI