
Siapa masih ingat dengan telfon bimbit flip atai dikenalui sebagai flip-phone yang pernah popular pada suatu ketika dahulu.
Sebelum adanya telefon pintar seperti sekarang, flip-phone merupakan atara reka bentuk telfon bimbit yang sangat popular. Dan antara model yang paling sinonim dengan rekaan ini ialah Motorola Razr. Pada masa itu kelihataan sangat sleek, futuristik dan sangat nipis.

BACA: 10 Telefon Pintar Terbaik Bawah RM1000
Dengan perkembangan tekologi semasa flip-phone sekaan sudah dilupakan dan dimamah zaman. Namun Motorola kini dikatakan sedang merancang untuk mengeluarkan model terbaru Razr yang menjanjikan reka bentuk identitinya disertakan dengan teknologi terkini.
Ia merupakan kolaborasi bersama antara Motorola dan Lenovo, syarikat yang kini memiliki jenama tersebut dan Verizon. Menurut laporan, model Razr terbaru akan menggunakan teknologi foldable screen technologi di mana paparan skrinnya boleh dilipat!
Jika dahulu model Razr telah terjual lebih 50 juta unit, versi terbaru ini pula dijangka akan lebih terhad unit jualannya. Dengan harga kira-kira USD1500, ia dianggap sebagai peranti yang lebih bersifat collectible.
Teknologi sama juga telah digunakan di dalam telefon pintar FlexPai yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat telekomunikasi China, Royale.

Apakah agaknya bentuk telefon pintar Motorola Razr nanti? Adakah ia mampu menyaingi lambakan telefon pintar yang ada di pasaran sekarang?
Apa Perlu Anda Lakukan Bila Dibuang Atau Hilang Kerja Secara Tiba-Tiba

Pada zaman ekonomi yang kadangkala tak menentu ini pelbagai perkara tak dijangka boleh berlaku. Lihat sahaja baru-baru ini apabila ramai pengamal media tempatan kehilangan kerja akibat masalah yang dihadapi oleh syarikat mereka.
Ujian seperti itu sememangnya tak dapat untuk kita bayangkan. Hanya mereka yang berdepan dengan situasi itu mampu merasainya. Akan tetapi jika perkara sama berlaku kepada anda apakah yang boleh anda lakukan?
JANGAN PANIK
Pastinya kehilangan kerja ibarat satu igauan ngeri. Semuanya kelihatan gelap di mana anda. Perkara utama yang perlu anda lakukan adalah untuk tidak panik mahupun gelabah. Elakkan mainan emosi menguasai pendirian dan stabiliti minda anda, kerana ianya hanya akan memudaratkan. Ambil masa untuk tenangkan diri. Sekiranya anda kusut, lagi sukar untuk anda berhadapan dengan krisis ini.
AJUKAN SOALAN
Sekiranya anda dipecat secara tiba-tiba tanpa notis atau sebagainya, anda wajar untuk bertanyakan soalan. Yang pasti, ianya adalah hak anda untuk mengetahui punca dan seterusnya mengenai status anda. Jangan terus keluar dari pintu pejabat. Pergilah ke jabatan sumber manusia dan selidiki mengenai gaji, rujukan, faedah, insuran serta apa saja yang melibatkan post-pemecatan anda ini.
CUBA BERUNDING
Ini adalah langkah yang boleh anda ambil sekiranya anda masih menyayangi tempat kerja anda itu. Sekiranya jabatan anda sudah membuat keputusan untuk mengurangkan staf, maka anda boleh melakukan rundingan untuk diletakkan di jabatan yang lain buat sementara waktu. Sekiranya layak, ambil masa ini untuk menimbang pilihan lain pula di masa hadapan.
KAWAL PERBELANJAAN
Soal bajet antara yang paling anda gusarkan tatkala menhadapi kemelut ini. Anggarkan jika anda tidak memiliki pekerjaan dalam masa terdekat ini, maka kritikalnya untuk anda melihat kembali kedudukan kewangan anda dan cubalah untuk berjimat. Bak kata pepatah, sediakan paying sebelum hujan. Kurangkan perbelanjaan dan cubalah untuk menyimpan. Ini bagi mengelakkan pihak bank memburu anda sekiranya anda tidak mampu membayar bil dan pinjaman yang tertangguh.
TUNTUT HAK ANDA
Sekiranya anda dibuang kerja bukan kerana kesalahan anda, anda wajib untuk menuntuk hak anda iaitu berupa pampasan yang selayaknya diberikan kepada anda. Hubungi pihak-pihak tertentu berkaitan isu legal mengenai pemecatan anda ini dan cuba lindungi hak anda sebagai pekerja. Jangan sesekali biarkan majikan mengambil kesempatan terhadap anda.
BERSEDIA UNTUK MOVE ON
Sebaik saja anda mendapati jangka hayat tidak lama di bawah majikan anda, tiada lain yang lebih penting melainkan untuk memperbaharui resume serta cv anda. Asah semula setiap butir-butir peribadi serta pengalaman anda bekerja di bawah majikan tersebut.
KEKALKAN PERHUBUNGAN
Ini merupakan tabiat yang sewajarnya diamalkan. Sekiranya anda diberhentikan secara tiba-tiba, ini tidak bermaksud anda perlu menghentikan perhubungan baik anda dengan rakan sekerja mahupun klien-klien anda. Perhubungan yang erat ini sebenarnya dapat membantu membuka peluang-peluang baru kepada anda sekiranya anda amat memerlukan pekerjaan.
NIKMATINYA
Bukanlah anda disaran untuk menikmati ‘masalah’ yang melanda ini, cuma ini mungkin masanya untuk anda kembali mencari laluan baru masa depan kerjaya anda. Sekiranya anda punya simpanan, pergilah bercuti tenangkan fikiran ataupun habiskan masa bersama keluarga tercinta. Tapi janganlah terlalu lama. Ingat, anda bukan berseorangan. Ramai sudah membuktikan kejayaan walaupun sudah dipecat beberapa kali. Positifkan diri, perbaiki diri dan percaya diri akan mendapat kerjaya yang lebih sesuai.
Tip Cuci Kipas Siling Dengan Cara Paling Mudah Tanpa Habuk Berselerak!

Ramai yang merungut penat nak cuci kipas siling. Mana tidaknya, kalau guna penyapu atau bulu ayam habis satu rumah penuh dengan habuk hitam. Sudahnya jadi dua kerja pula, nak cuci kipas siling dan bersihkan habuk yang jatuh ke lantai.
Jangan bimbang! Sebenarnya anda tak perlu pun pakai penyapu atau bulu ayam untuk cuci kipas siling ini sebab ada cara yang lagi mudah boleh anda buat. Paling penting, lantai tak berhabuk.
Mendapat keizinan daripada blog mamapaparea, di sini MASKULIN kongsikan cara-cara untuk mencuci kipas siling.
BACA: Senangnya Cuci Kipas! Ramai Tak Tahu, 2 Bahan Ini Boleh Elak Habuk Melekat
Tips Cuci Kipas Siling Paling Mudah Tanpa Habuk Berselerak
Tips ni selalu la Paparea amalkan di rumah bila rasa angin dari kipas tu kurang. Dah tahu la apa masalahnya, semestinya habuk banyak melekat di bilah kipas tu. Selalunya ini yang dipersoalkan tentang masalah kipas siling ini.
“Kipas siling pusing tak laju bila ada banyak habuk melekat”
“Kipas siling pusing, tapi tak ada rasa angin”
“Habuk banyak bila nak cuci kipas”
“Kipas siling kotor, malas nak panjat cuci”
Selalunya kalau masalah habuk di kipas ni kita mesti guna penyapu, bulu ayam, penyepit cuci cermin tingkap dan sebagainya. Tapi semua cara ni buat kerja kita menjadi 2 kerja sedangkan kita boleh buat sekali saja yang menjimatkan masa dan tenaga. Mana taknya dah la cuci kipas, sambung lagi sapu habuk-habuk yang jatuh di lantai. Kan bertambah kerja kita.
Ni tips simple ja, mungkin korang pun tau kan. Cuma ada yang tak praktik tips ni sebab mungkin kedudukan kipas tu tinggi dengan masalah tangga tak ada. Ada rumah yang silingnya tinggi seperti rumah teres kos rendah yang pattern lama dulu. Tips ini membolehkan habuk dari kipas tu tak jatuh beterbangan dapat dikurangkan.
BACA: 10 Cara Mudah & Jimat Nak Sejukkan Rumah Tanpa Pasang Air-cond
Untuk cara mencuci kipas ni perlu la ada 2 jenis barang iaitu:
a. Tangga 4 tingkat / 5 tingkat / lebih tinggi lagi bagus.
b. Sarung bantal (yang lama / tak guna).
Tengok habuk yang lekat kat bilah kipas ni. Ni la punca kipas kurang berangin.
Tips nak kembalikan kipas kita tu berangin kuat seperti baru, buang la habuk tu.
BACA: Kesan Buruk Tidur Menghadap Kipas Yang Boleh Bahayakan Diri. Memang Nikmat Tapi Awas!
Cara nak cucinya macam ni.
1. Sarung bantal tu perlu la dibasahkan dulu, perah airnya jadi lembap. Jangan ada lagi air meleleh dari sarung tu. Nanti lagi kotor lantai.
2. Masukkan sarung dalam bilah kipas tu. Lap la hingga tertanggal habuk tu. Tarik dan gosok kipas untuk keluarkan habuk. Habuk yang keluar dari bilah kipas tu akan jatuh terperangkap di dalam sarung bantal. Cuci sampai sedap mata korang.
Bila dah hilang habuk tu semua. Baru la terasa angin dia. Kipas lebih laju dan lantai pun tak kotor.
Jangan lupa pulak pada sarung bantal yang guna tadi tu. Buang habuk dalam sarung tu, basuh, keringkan dan simpan untuk kegunaan akan datang.
Kipas tu tahan la sebulan. Tu pun bergantung keadaan rumah. Kalau rumah korang terbuka (tingkap nako) memang kena rajin la cuci kadang2 sebulan skali. Kawasan rumah juga jadi boleh punca adanya habuk ni. Habuk masuk terperangkap dalam rumah.
Oo ya, tips ni tak boleh guna untuk kipas siling yang ada di ruang dapur (bahagian memasak). Kenapa???
Yela, kalau di dapur dah tentu la kita selalu memasak bagai. Jadi kipas yang ada di situ penuh dengan habuk + minyak = Bilah kipas ada habuk2 hitam. Kalau guna tips atas ni, lagi bertambah kotor. Banyak lagi keja nak buat.
Jadi penyelesaiannya adalah terpaksa la cuci dengan sabun cuci pinggan macam Sunlight ka, apa2 ja la. Kalau rajin, buka la bilah kipas tu, cuci.
Kunto Aji Amal Gaya Hidup Sihat Demi Jaga Emosi

Kalau dahulu, masyarakat kurang cakna dengan masalah kesihatan mental. Perkara ini secara tidak langsung mengakibatkan ramai orang, terutamanya lelaki bersikap lebih tertutup dalam meluahkan perasaan sekaligus menjejaskan kesihatan mental mereka.
Bagaimanapun, kini masyarakat sudah semakin peka dan lebih positif menghadapi golongan lelaki yang mengalamai masalah ini malah mula kemudahan bantuan juga semakin mudah untuk diakses.
Bagi selebriti dari negara jiran, Kunto Aji yang pernah mengalami perkara tersebut mengakui bagaimana kesihatan mentalnya lebih stabil selepas beliau mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
“Saya menerima segala bentuk emosi dan saya melepaskannya dengan cara yang saya boleh, termasuk salah satunya dengan aktif bersukan, saya mencuba hidup sihat.
“Saya membaca buku-buku, rupanya makanan pun memberi kesan kepada kesihatan mental, dan ada cara berguna untuk memperbaiki kualiti tidur kita,” katanya ketika ditemui Maskulin dalam satu sesi sidang media sebelum konsertnya berlangsung di ibu negara pada Jumaat lalu.
@maskulinmy Dengan mengamalkan gaya hidup lebih sihat, bukan sahaja fizikal lebih cergas malah emosi juga semakin membaik. Itu antara yang perkongsian penyanyi negara jiran, Kunto Aji yang terkenal dengan album Mantra-Mantra itu. #KuntoAji #LiveinKualaLumpur #Nusafest #ZeppKL #ShirazProjects ♬ original sound – Maskulin
Tambahnya, dengan lebih aktif bersenam, menjaga pemakanan dan memperbaiki corak tidurnya, beliau boleh merasakan perkembangan yang baik dalam kualiti hidupnya.
Kunto dikenali kerana mengetengahkan isu kesihatan mental di dalam album keduanya yang berjudul Mantra-Mantra.
Beliau yang bakal melancarkan album terbaharunya September ini memaklumkan, antara lagu yang dimuatkan di dalam album itu dibuat ketika kesihatan Allahyarham ayahnya semakin merosot akibat menghidap penyakit kanser selama dua tahun.
IBU PESAN JANGAN SERING BUAT LAGU SEDIH
Pemergian ayahnya pada 14 Jun tahun lalu itu sedikit sebanyak telah menjejaskan kesihatan mentalnya, maka lagu Salam Pada Rindu dicipta dengan mengangkat tema kekeluargaan
“Ibu saya sempat berpesan supaya jangan selalu menghasilkan lagu-lagu sedih… Bila bercakap soal keluarga ini, selalu ada kehangatan, ada doa, ada harapan. Itu yang ditulis dalam Salam Pada Rindu,” katanya.
Hampir 2500 penonton hadir menyaksikan Konsert Kunto Aji yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur itu.
Kunto Aji atau nama sebenarnya, Kunto Aji Wibisono yang berasal dari Yogyakarta, memulakan karier nyanyiannya selepas menyertai pertandingan Indonesian Idol pada 2008.