Gaya Hidup

Motorola Bakal Keluarkan Telefon Pintar Razr Dengan Skrin Boleh Lipat

Share

Siapa masih ingat dengan telfon bimbit flip atai dikenalui sebagai flip-phone yang pernah popular pada suatu ketika dahulu.

Sebelum adanya telefon pintar seperti sekarang, flip-phone merupakan atara reka bentuk telfon bimbit yang sangat popular. Dan antara model yang paling sinonim dengan rekaan ini ialah Motorola Razr. Pada masa itu kelihataan sangat sleek, futuristik dan sangat nipis.

Antara model telefon bimbit paling popular pernah dihasilkan dalam sejarah.

BACA: 10 Telefon Pintar Terbaik Bawah RM1000

Dengan perkembangan tekologi semasa flip-phone sekaan sudah dilupakan dan dimamah zaman. Namun Motorola kini dikatakan sedang merancang untuk mengeluarkan model terbaru Razr yang menjanjikan reka bentuk identitinya disertakan dengan teknologi terkini.

Ia merupakan kolaborasi bersama antara Motorola dan Lenovo, syarikat yang kini memiliki jenama tersebut dan Verizon. Menurut laporan, model Razr terbaru akan menggunakan teknologi foldable screen technologi di mana paparan skrinnya boleh dilipat!

Jika dahulu model Razr telah terjual lebih 50 juta unit, versi terbaru ini pula dijangka akan lebih terhad unit jualannya. Dengan harga kira-kira USD1500, ia dianggap sebagai peranti yang lebih bersifat collectible.

Teknologi sama juga telah digunakan di dalam telefon pintar FlexPai yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat telekomunikasi China, Royale.

Teknologi skrin boleh lipat dilaporkan akan digunakan untuk model terbaru Razr.

Apakah agaknya bentuk telefon pintar Motorola Razr nanti? Adakah ia mampu menyaingi lambakan telefon pintar yang ada di pasaran sekarang?

IKLAN