Bagi generasi sekarang mungkin ramai yang tidak sempat melihat kelibat motosikal legenda ini di atas jalan raya.
Mungkin bagi anda yang berusia 30 dan 40-an masih sempat mengenali motosikal ini. Inilah antara model motosikal kapcai terawal diperkenalkan di negara kita. Malah ia juga menjadi kebanggaan generasi datuk nenek kita yang banyak memberi jasa.
Inilah HONDA C50 yang kini boleh kita anggap sebagai motosikal klasik. Tampil dengan rekaan yang cukup ringkas namun mendahului zaman pada era ia diperkenalkan.
Ads
Boon Siew Honda merupakan syarikat yang bertanggungjawab membawa motosikal ini ke Malaysia apabila diberi kepercayaan oleh syarikat gergasi Jepun itu untuk menjadi pengedar rasmi.
HONDA C50 merupakan antara model terawal diperkenalkan. Namun pada ketika itu HONDA C50 didapati tidak berapa sesuai dengan keadaan lanskap Malaysia pada ketika itu. Kemudian lahirlah Honda C70 yang menjadi motosikal paling popular pernah wujud di negara kita.
Ads
Antara modifikasi yang cukup popular sekarang.
Jadi tidak hairanlah mengapa Honda C50 jumlahnya lebih sedikit atau ‘rare’. Pada masa kini Honda C50 cukup popular diubah suai terutamanya oleh peminat motosikal dragster.
Tinjauan MASKULIN di laman sesawang mendapati harga Honda C50 kini agak tinggi. Rata-rata harga bergantung kepada kondisi dengan harga di antara RM2000 sehingga mencecah RM11,000!
Ads
Sumber: Mudah.my
Siapa sangka motosikal kapcai seperti ini mempunyai nilai yang sangat tinggi di pasaran sekarang. Buat anda yang mungkin mewarisi motosikal ini sekarang adalah masa untuk lakukan restoration semula.
Antara harga yang ditawarkan di pasaran
Ini satu pelaburan yang berbaloi!
Mencari aksesori motosikal pada harga berpatutan? Anda boleh dapatkannya di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nak wangikan bau kereta tak semestinya anda perlu menggunakan gel pewangi kereta yang banyak dijual di pasaran. Sebenarnya ada bahan dari dapur yang lebih menjimatkan boleh anda guna untuk wangikan bau kereta.
Tidak dinafikan bau kereta yang hapak dan busuk boleh mengganggu mood pemanduan, apatah lagi jika anda memandu dalam tempoh yang lama. Oleh itu adalah penting untuk anda wangikan bau kereta agar anda lebih selesa.
Sebelum nak balik beraya ke kampung, anda boleh praktikkan tip mewangikan bau kereta seperti baru menggunakan kopi sebagaimana yang dikongsikan seorang pengguna Instagram bernama Ahmad Aizatnur Zakaria.
Beginilah cara saya memastikan kereta sentiasa berbau wangi seperti baru keluar dari showroom secara semulajadi sahaja.
1. Sediakan 1 bekas plastik. Saya pakai bekas beli “tau fu fa”.
2. Ambil 1 getah gelang. Saya ambil di dapur. Ada banyak.
3. Ambil sehelai kertas tisu di ruang tamu.
4. Satu sudu besar kopi Nescafe.
Siapkan seperti dalam gambar diatas lalu simpan di bawa kerusi kereta Anda. Sifat kopi menghilangkan bau. Boleh juga diganti dengan hirisan daun pandan.
Insyaallah, kita terhindar dari pemakaian pewangi sintetik kimiawi yg dapat merosak paru-paru dan jimat ratusan ringgit pertahun utk membeli pewangi kereta. ?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebelum ini penulis ada mengeluarkan artikel model spyshot Fazer 25 di India. Konsumer India baru sahaja menerima model tersebut. Kehadiran Fazer 25 menandakan permulaan penglibatan Yamaha dalam kategori sport 250cc di India.
Justeru itu, ini lima perkara perlu anda ketahui tentang model tersebut:
1) ENJIN & PRESTASI Model Fazer 25 berkongsi jana kuasa dengan motosikal naked FZ25. Model tersebut menggunakan enjin 249cc silinder tunggal penyejukan udara/minyak. Kuasa maksimum 20.9PS pada 8,000rpm dan tork 20Nm pada 6,000rpm disalurkan ke roda menerusi transmisi 5-kelajuan. Berat jentera 154kg membantu kepada nisbah kuasa-ke-berat secara keseluruhan.
2) CIRI PERALATAN Fazer 25 dipadankan dengan kluster digital yang memaparkan masa, penggunaan purata bahan api dan jam digital diikuti speedometer, odometer, takometer, indikator minyak dan perbatuan.
Ciri lain termasuk lampu depan LED bersama lampu nyalaan siang (DRL) pada kedua-dua bahagian sisi yang memberi sentuhan unik. Tidak ketinggalan Fazer 25 dilengkapi dengan ciri Auto Headlamp On (AHO).
Reka bentuk fairing depan menawarkan perlindungan angin yang efektif selain menyumbang kepada faktor aerodinamik.
Untuk keselesaan tunggang jarak jauh, pelana penumpang dan penunggang adalah berasingan bersama material anti-geluncur. Sayangnya model tersebut tidak ditawarkan dengan ciri ABS.
3) KOMPONEN MEKANIKAL Tugas menyerap bonggol dan lubang serta jalan tidak rata diserahkan kepada fork teleskopik depan 41mm manakala penyerap hentak hidraulik dipasang di bahagian belakang.
Cengkaman brek yang meyakinkan ditugaskan kepada brek cakera bersaiz 282mm di depan dan 220mm di belakang. Kemudian ia dipadankan dengan rim 17 inci.
4) KECEKAPAN BAHAN API Menggunakan teknologi Blue Core, model sport itu dikatakan mampu merekodkan kecekapan bahan api di atas kertas 40km/l. Selain kecekapan bahan api, sistem berkenaan juga mampu menawarkan keseimbangan di antara pecutan dan prestasi di tahap terbaik.
5) HARGA Model pengenalan asas kategori sport milik Yamaha itu ialah Rs1,29, 335 (RM8,627). Harga berkenaan meletakkan Fazer 25 di kedudukan tengah antara pesaingnya yang lain iaitu Bajaj Pulsar RS200, Honda CBR250R dan KTM RC200.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berita tentang model baru keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dengan kod D20N sudah lama berlegar sejak awal tahun ini.
Agak sukar untuk mendapatkan informasi tentang model generasi ketiga Perodua Myvi berkenaan. Penulis mengumpulkan maklumat sejak dari awal tahun bagi mendapatkan gambaran yang hampir.
Maklumlah, pihak pengeluar automotif tempatan itu mengunci mulut dengan rapat. Bahkan pihak sumber industri juga tidak mahu memberi kerjasama apabila diajukan soalan tentang model Myvi itu.
Setelah berusaha dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber, ternyata penampilan Myvi baharu tidak sama dengan model Daihatsu Boon seperti mana yang digambarkan oleh portal automotif sebelum ini.
Mengukuhkan lagi informasi tersebut, baru-baru ini difahamkan model akhir Myvi itu dipertontonkan secara tertutup kepada pihak vendor. Bayangan Myvi baharu berkenaan sebenarnya lebih mirip Toyota Corrolla iM. Difahamkan Myvi baharu memiliki saiz badan yang lebih besar berbanding generasi sedia ada.
Justeru itu, pihak Sinar Turbo mengambil inisiatif melakar imej D20N berdasarkan bayangan yang diberikan oleh pihak sumber. Mungkin ketepatan imej lakaran berkenaan hanyalah 70 peratus. Difahamkan pihak Perodua melakukan transformasi daripada segi saiz, penampilan, kabin dan mekanikal.
Berdasarkan informasi yang diterima, dapat penulis ringkaskan bahawa dimensi Myvi baharu meningkat daripada segi panjang dan lebar berbanding generasi sebelumnya.
1) Menurut sumber, bahagian depan Myvi mirip model Honda Jazz. Bahkan, difahamkan lampu depan bakal menggunakan lampu LED bersama ciri pelarasan sebagai standard.
2) Pandangan sisi D20N seakan model Jazz dan juga Toyota Corolla iM. Saiznya lebih panjang dan memiliki garis aerodinamik.
3) Beralih kebelakang, rekaannya mengingatkan anda kepada model Kia Rio yang dipadankan dengan desain lampu combi yang sedikit berkotak. Khabarnya, pihak Perodua masih mengekalkan konsep pembuka pintu but belakang yang ada pada model Axia baharu.
4) Perodua mungkin mempertahankan pilihan rim 14 inci bagi model terbaru ini. Alangkah bagusnya jika mereka menambah satu lagi pilihan rim bersaiz 15 inci.
5) Khabarnya Perodua bakal memperkenalkan warna baharu iaitu kelabu selain warna badan putih, merah dan perak.
Selain itu, difahamkan Perodua juga merombak susun atur kabin D20N yang lebih mengutamakan ergonomik bagi memudahkan capaian butang kawalan buat pemandu.
1) Posisi gear kini diposisikan di konsol tengah dan tidak lagi diletakkan pada bahagian papan pemuka.
2) Difahamkan reka bentuk papan pemuka tidak lagi mendatar dan keseluruhan butang kawalan berada pada posisi ergonomik, ke arah pemandu.
3) Varian tertinggi bakal menerima skrin sentuh bersama integrasi GPS, pemain DVD dan lain-lain.
4) Butang penghidup push/start ditawarkan standard pada semua varian.
5) Bakal dilengkapi dengan kerusi semi bucket seperti mana yang ditawarkan pada varian Myvi Advance.
6) Lebih menarik, khabarnya Myvi baharu tidak lagi didatangkan dengan tayar ganti donat. Bakal dilengkapi dengan tayar ganti biasa.
Dijangka Perodua bakal menggantikan enjin DVVT sedia ada dengan unit Toyota NR 1.3 liter dan 1.5 liter Dual VVT-i yang kini dipasang pada model Bezza dan Vios baharu.
Sementara, bahagian transmisi masih mengekalkan kotak gear 4-kelajuan automatik dan 5-kelajuan manual.
Difahamkan D20N ini bakal menjadi model Perodua yang pertama menggunakan Tangki Minyak Plastik (PFT) yang beratnya hanya separuh daripada tangki minyak besi yang biasa, sekali gus mengurangkan berat kereta.
Myvi D20N bakal membawa ciri ciri yang terdapat pada model Bezza seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC), Bantuan Mula-Mendaki (HSA) dan Eko Melahu (Eco Idle).
Bilakah model Myvi baharu berkenaan akan dilancarkan?. Masih belum lagi dapat dipastikan. Difahamkan pengeluaran massa Myvi baharu dijadualkan pertengahan Oktober ini dan khabarnya D20N tersebut akan dilancarkan dalam bulan ini juga.
Sama-sama kita nantikan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang